search berita di sini

Memaparkan catatan dengan label Rantau Abang: Simpang Empat Seberang Pintasan simpang maut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rantau Abang: Simpang Empat Seberang Pintasan simpang maut. Papar semua catatan

Simpang Empat Seberang Pintasan perlu lampu isyarat

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

Dungun: Kebimbangan penduduk sekitar Kampung Seberang Pintasan dengan ketiadaan lampu isyarakat di simpang empat kampung tersebut makin bertambah apabila jalan di kampung berkenaan menjadi laluan utama bas ekspress bermula 15 January lalu setelah bas ekspress berpindah daripada Stesyen Bas Jalan Baru Pak Sabah ke Stesyen Bas Ekspress Kuala Dungun.

Penduduk, Hasyim Abdullah, 55, berkata, kemalangan kerapkali berlaku di simpang empat tersebut selepas laluan melalui kampung seberang pintasan menjadi laluan utama pengguna kenderaan dari Bandar Dungun untuk ke Kuala Terengganu begitu juga dengan pemandu kenderaan dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan.

Setelah stesyen bas dipindahkan ke Kuala Dungun dari tapak asal di Jalan Baru Pak Sabah, simpang empat tersebut menjadi laluan utama bas ekpress yang mengambil dan menurun penumpang di Stesyen Bas Kuala Dungun.