search berita di sini

Adun Wakaf Mempelan vs celahan YB Sidang Dun

Yang berhormat datuk yang dipertua, Kami pembangkang tetapi kami tidak bangkang semua sekali. Ada benda baik yang kita sokong tapi benda yang tak baik kita tegur, bukan bangkang membabi buta dan wakil paka tadi sebut berhubung penggunaan balai raya ini lama dah kita sebut. Untuk dijadikan tadika,kita sebuta waktu kita memerintah dahulu biarlah tadika ini balai raya ini untuk manffat kegunaan orang kamung buka untu dijadikan kelas tadika. Dan saya setuju dengan cadangan yang dikemukakan.
Yang berhormat datok yang dipertua,
Celahan : yang dipertua mintak laluan, mintak laluan yang dipertua. Balai raya….
Saya yang berhormat datok yang dipertua, kalu nak beri laluan saya boleh beri laluan datok yang dipertua tapi 15 minit saya nak ambik masa nak terus. Beilah peluang untuk saya. Saya tidak kata ape lagi baru saya menyokong apa yang tuan ku sebut. Itu pun nak ganggu dah dato yang dipertua.
Celahan: Saya mintak laluan yang dipertua…
Saya beri laluan datok yang dipertua tapi datok yang dpertua beri masa yang cukup untuk saya. Klau saya mintak setengah jam lebih kurang. Tapi datok yang dipertua kata 15 minit, saya nak berckap pun tak tahu yang mana satu nak bercakap. Dalam keadaan 15 minit, siding hanya tiga kali sahja dalam setahun. KAau boleh berilah waktu, massa dan peluang yang kita faham untuk mencari kebaikan bersama. Kita da tanggungjawab untuk menyatakan sesuatu demi kebaikan bersama. Dan saya mintak maaflah kalau apa-apa yang selama ini kita bercakap menyebabkan
Kima minit dah habis datuk yang dipertua..Datok yang dipertua, soalan saya merujuk kepada titah ucapan tuan ku uka surat 13. Ringkas-ringkas datok yang dipertua, tuan ku menyebut apa nama ni..’ Beta yakin kerjasama semua sektor termasuk sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan, isu kemiskinan dpat ditangani dengan cara bersepadu,”.
Ini tuanku sebut secara khusus isu kemiskinan. Saya nak sebut datok yang dipertua, waktu kami memerintah barisan alternative dalam untuk membantu rakyat miskin kita beri peluang untuk buka tanah kepada rakyat.
Kita barisan pimpinan alternative pada ketika itu melaksnakan tanggungjawab khusus untuk rakyat miskin dnegan memberikan lot-lot tanah untuk umumya masyarakat dan rakyat yang miskin untuk dijadikan tapak kediaman.
Kerajaan kami pada waktu itu kerajaan pas berjaya memproses lebih darpada 50, 000 lot tanah. Sempat kit proses untuk rakyat seluruh negeri. Dan permohonan tnah rakyat….
Celahan: Yang berhormat Dato Yang Dipertua ..mintak laluan
Dtuk yang dipertua saya rayu datok yang dipertua. Kalau tidak datk yang dipertua beri peluang pula kepada saya petang ini. Saya tidap apa. Saya nak rayu yang dipertua..Saya dari pagi tadi datok yang dipetua, saya nak bentang satu usul tidak dibagi.
Datok Yang dipertua Treuskan yang berhormat..teruskan..
Sana terus ke sini terus.. saya akan teruskan
Celahan Adun Ladang: Datok yang dipertua sebenarnya. Kadang-kadang wakil dari wakaf mempelam bercakap banyak fakta yang salah. Apa bila fakta salah
Kalau fakta saysalah boleh diperbetul. Saya gentleman. Jika saya mengeluarkan fakta yang tisak berapa tepat. Saya terima. Bukan kita nak pertahankan benda yang tidak betul. Tapi belum bercakap dah kata salah dah..
Celahan Adun LAdang: Dengar ni…dengar dulu…
Ini kawan saya waktu sekolah ni..kawan lama ni… tapi jenis UMNO dari kecik
Celahan Adun LAdang: Apabila fakta tu salah. Kenyataan salah. Maka nak minta penjelasan. Nak minta beri penerangan. Sebab jika sekiranya kita tidak memberi penjelasan. Masa kita nak guung sikit lagi dia tak dok. Jadi apabila minta penjelasan, penerangan . Berilah peluang. Saya yakin dan pervaya bukan 50, 000 lot yang diproses dn diluluskan. Cakap saja.
50, 000 itu falta boleh check. Boleh check dengan Pejabat tanah dan galian negeri. Sepuluh minit dah habis datok yang dipertua, Saya pun tak tahu nak bercakap guana datok yang dipertua. Saya pun tak reti doh. Cuma datok yang dipertua, soal kekiskinan tadi datok yang dipertua. Soal kemiskinan yang disebutkan tadi datok yang dipertua, kita dalam masa kita emerintah dahulu kita membuka, sekarang barisan nasional dia tutup permohonan tanah rakayat ini sejak tahun 1975. Tapi kita buka untuk mengurangkan apa nama ni. Bila buka kita tahu maslah proses tanah ni birokrasinya cukup banyak.
Celah MB Ahmad Said: Datok yang dipertua minta penjeasan..
Allah..lailahaillalah…
Datok yang dipertua, gini ah..gini ah..maklumat yang diberitahu oleh yb ini tidak benar. Dia kata kerajaan barisan nasional sejak 1974
Sejak tahun 75 datok yang dipertua..
Celahn Mb Ahmad Said: semenjak tahun 1975. Sedangkan kita memproses setiap masa tanah-tanah berkelompok rakyat. Tinggal 400 lebih lagi yang tinggal saya rasa. Ini penjelasan. Ini adlah salah satu pembohongan yang mengatakan kerajaan tidak membantu orang-orang miskin ni. Saya mintak penjelasan masa penggulunga. Esok dia lari pulok ni. Saya siap telepon datok yang dipertua dok mari jugak. Esok lusa tembo doh ni. Tembo jaga ah..
Yang berhormat datok yang dipertua…Saya minta saya meneruskan ucapan dan saya mintak sambung petang ini datok yang dipertua. JAdi yang berhormat yang dipertua, berhubung kes taah ni yang berhormat yang dipertua..bila kita cuba nak menyelesaikan masalah birokrasi dalam pross permohonan tanah rakyat ni. Kita menurunkan, antara usul yang kita buat ni, kita menurunkan apa nama ni kuasa lebih kepada membuat keputusan diperingkat pejabta pentadbiran tanah daerah. Itu dintara lainnya. Diantaranya kita lantik juruukur tanah yang berlesen untuk membantu kita. Dan kita nak tolong rakyat yang miskin yang berhormat yang dipertua, kita turunknan lagi kadar premium tanah daripada 20 peratus kepda 10 peratus, malah kita turun lagi untuk rakyat yang memang benar-benar miskin kita tururn lagi jadi 5 peratus. Lepas tu kita tururn lagi dia. Kta terima pakai antara lainnya kaedah bayaran secara ansur-ansur. Rakyat ni miskin,
Celahn: Ynag berhormat datok yang dipertua..mohon penjelasan. Doh bayar balik dok lagi.. pitih-itih hok kutip menerusi pengerusi JSR dan lawyer yang kerajaan pas lantik dahulu kepada orang kampung. Sedangkan tanah-tanah tersebut tidak diperolehi oleh mereka. Dah bayar balik ke belum.
Jadi yang berhormat datok yang dipertua. Kalau ada tindakan yang tidak betul kerajaan ambik tindakan yang seterusnya. Jangan duduk Tanya kita. Kita dududk dalam proses kita nak menolong rakyat. Kalau rakyat tidak puas hati boleh saman. Pegawai atau apa juga perkara yang …aturcara yang dibuat dia boleh ambik tindakan.
Sehinggakan kita tidak lagi memerintah kerajaan negeri pada baru-baru ini pada bulan April tahun 2004, Pejabat tanah dan galian negeri telahpun mengeluarkan surat arahan kepada semua pentadbir tanah daerah-daerah. Untuk mentawakuhkan semua permohonan memproses tanah-tanah rancangan berkelompok. Jadi semua permohonan RTB yang diluuskan tidak boleh dikeuarkan jadual 5A, semua permohonan tanah yang dikeluarkan jadual 5A tidak boleh diterima bayaran. Semua permohonan RTB yang sudah jelas menerima bayaran tidak boleh dikeluarkan hak milik.
Lepas tu pula yang berhrmat yang dipertua, dia menggantungkan semua kerja ataupun tanggungjawab yang perah diberikan kepada juruukur berlesen. Jadi lepas pada itu, sekarang ini tindakan seterunya ialah mereka mua menghantar surat, menghantar notis kepada pemilik-pemilik ataupun pemegang-pemegang lesen untuk membatalkan lesen menduduki sementara kepada peserta RTB. Selepas itu hantar pula notis untuk nak roboh. Bila sebut nak roboh rumah rakyat datok Yang diertua. Rakyat miskin, hendak dapat tanah pun satu hal. Sekarang ini dalam keadaan bahan inaan. Ada yang buat separuh, ada yang buat penuh, ada yang duduk doh.Banyak RTB tindakan untuk sodok rumah rakyat ini suatu kerja yang cukup menyayat hati. Sya nak rayu kepada kerajaan.
Celahan: Yang berhormat yang dipertua..
Yang berhormat dun Kijal sahabat lama saya.. sekejap saja… Saya minta kerajaan kalau boleh biarlah membuat pertimbangan yang sewajarnya. Ini rakyat kita semua..Zaman orang pelarian dahulu. Pelarian veitnam kita beri satu pulau di pulau bidong. Ini rakyat Terengganu yang majoritinya… sepatutnya kita bantu dengan cara yang sebaik mungkin.
Celahan Ahmat Said: Datok yang berhormat yang dipetua, saya mohon penjelasan. Ini lah sikap orang pas pertama adun wakf mempelam, nak tunjuk hero dia nak tarik perhatian rakyat. Seolah-olah semua orang kejam. Jahat belaka. Sekarang ini menjadi seorang pembela rakayat dan tidak sedar masa kita berkuasa empat tahun dulu. Sedarkah wakil rakyat wakaf mempelam menghalau pelajar-pelajar tadika di payoh itu kita bina satu bangunan baru dengan harga 35 ribu ringgit. Separuh tanak milikan orang, separuh rizb jalan JKR. Bila agaknya JKR nak buat 4 lorong di Payoh tetapi pas boleh ruboh serta merta tanpa notis. Saya mintak satu yang diertua. Saya gentleman. Saya mintak semua wakil rakyat pas berada dalam dewan dan jawab satu per satu.
Yang berhormat datok yang dipertua, saya bimbang datok yang dipertua tidak bagi saya bercakap pada petang ini. Saya memang banyak point untuk bercakap berhubung maslah acdc, nak komen apa yang duli tuanku sebut, saya nak sebut ringkas-ringkas berkenaan KPKK. Yang berhormat datok yang dipertua, berhubung dengan masalah perhutanan. KPKK iaitu Kumpulan Perkayuan Kayu Kaya, pengurusan kayu kayan, saya nak mintak kalu buleh. Akhir-akhir ini isu curi balak, pembalakan haram berlaku seluruh negara.
Jadi Yang dipertua Alhamdulillah waktu kita perintah. Ada hitam putih. Tapi saya merasa telah membersihkan nama baik saya. Jadi sekarang ini timbul balik, walaupun bukan dikatakan pendatang haram, curi balak tapi saya nak minta BPR sisat berhubung satu kes, oleh kerana KPKK sepaputnya dia mengerjakan kawasan-kawasan konsesi dan jual balak, sebaliknya sekarang ini KPKK juala kawasan balak dia tidak mengerjakan kawasan itu, dengan istilah jual balak sendiri. Jual kawasan dan takut timbul masalah perkara ini ianya bertentangan dengan perjanjian asal yang dibuat antara knsesi sgreement dan kerajaan negeri, KPPKK melalui ACDC
Yang kedua berhubung isu tugas hakiki timbalan setiausaha kerajaan negeri Terengganu. Tugas-tugas khas. Saya tah tahu samada ianya telah mendapat kelulusan JPA, saya tidak tahu negri mana lagi wujud jawtan seumpama ini. Tapi inilah hakikat. Kdang-kadang saya kasihan kepada pegawai-pegawai yang sepatutnya kita penghormtan, penghargaan tetapi dibuat begitu rupa. Kalaunak jeruk pun janganlah. Sekadar nak create satu-satu tugas. Satu-satu jawatan sekadar nak leps tanggungjawab.
Satu lagi kes, saya nak minta kerjsama daripada agensi kerajaan pusat dimana ada satu kes yang berlaku di peti undi air jernih dun kemasik. UMNO boleh menganjurkan program di balai polis. Ini suatu benda yang saya nak maklumkan kepada yang amat berhormat, kalau boleh agensi-agensi kerajaan , pegawai-pegawai kerajaan biar kita professional jangan kita jadi alat kepada mana-mana pihak. Boleh buat program di balai polis. Di balai polis. Ucapan-ucapan pimpinan parti atas nama program kononnya bersama rakyat. Polis menjadi alat. Yng sedihnya yang amat berhormat yang dipertua, saya pernah sekali pada 16 Ogos hari Jumaat saya sembahyang di kawasan saya suatu lawatan TUn Dr. Mahathir Mohamad. Saya nak rai pemimpin negara. Saya pakai baju comel macam ni untuk pergi sembahyang jumaat molek-molek ada polis angkat saya. Nak sembahyang jumaat pun polis angkat.
Saya sebut perkara ini. Mintak kerjasama biarlah kita semua peringkat professional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kita.
Memperalatkan jabatan kerajaan. Ini diakui oleh SPR. Sekadar untuk jimatkan masa saya buat satu seloka.
Tajuk dia islam hdhari Terengganu bestari.
Islam hadhari Terengganu bestari.
Sebenarnya hadharah islamiah bukan, tapi dia kata islam hadhari.
Islam hadhari dipelopori pok loh badawi.
Dijaja seluruh negeri, ke sana kemari.
Kononya nak cari al ghazali, as shafie.
Tapi artis yang dijumpai.
Tak pasal-pasal JAWI yang kena maki.
Kini dah ditukar menjadi rumi
Artis terus dipuja terus dipuji
Anugerah untuk artis pok lah sendiri hadiri.
Dulu Terengganu darul iman yang dikenali.
Membangun bersama islam slogan diberi.
Pembangunan islam dan ihsan jad priority
Kini dijaja islam hadhari Terengganu bestari.
Slogan islam hadhari tetapi rakyat terus dibohongi.
Imam. Mubaligh dipecat tazkirah sudah berhenti
Sudah sembahyang semua pakat cabut lari
Program maksiat bermaharajalela.
Dan terus didokongi.
Primula resort anjur tari menari.
Bercampur aduk jantan betina, perempuan lelaki.
Maksiat, rogol, jenayah, terus menjadi-jadi.
Pegawai penguatkuasa rogol anak dara
Rogol pula di kawasan sunyi di dun bukit besi.
Inilah hebatnya islam hadhari Terengganu bestari
Nak lawan MB tak berani
Slogan terus dicanang kononya Terengganu bestari tetapi kiang plywood ditutup
Pelabor tak berapa nak mari, peluang pekerjaan rakyat terus mencari.
Sudah lah menganggur harga barang terus melonjak tinggi.
Kuasa beli menurun lagi.
Alasan diberikan kenaikan harga bahan api
Tambang kenderaan awam dah mula naik
Termasuk bas dan juga teksi
Dulu cukai pintu rumah kediaman dikecuali.
Kini macam-macam alasan diberi
Bila diajak berdebat takut tak terperi
Bantuan pelajaran sudah mula lambat diberi
Bantuan zakat pula disekat untuk pelajar agama di luar negeri.
Inilah Terengganu bestari negeri yang kusayangi
Rakyat terus dizalimi
Kini mereka kata pelancong dah mula mari
Tapi peniaga kata suasana makin sepi
Walaupun projek dah mula diberi tapi
Dimana projek hok negeri
Semua hok pusat tapi dok malu mengaku hok sendiri
MB memperkenalkan dasar pengambilan hutan dan hasil negeri
Sedangkan balak pun boleh dicuri dan di bawa lari
Lalu MB tawar hadian nak tangkap pencuri
Sekarang timbul pula rampas tanah rakyat
Roboh rumah peserta RTB
Rakyat nak bayar lesen TOL tapi tak boleh diperbaharui
Akhirnya rumah disodok diroboh hingga roboh menyembah bumi.
Ingatkan tsunami tapi angkara daripada kerajaan sendiri
Inilah kerajaan hadhari lagi bestari
Tapi hakikatnya lebih teruk daripada yahudi
Walaupun rakyat terus dizalimi
Pemimpin negeri masih boleh fikir untuk berjoli
Barisan exco dan ahli kerap keluar negeri
Hingga ke Australia, ahli Majlis Perbandaran Kemaman MPK tumpang sekaki.
Walaupun kerajaan hampir buncrupsy kerana rompakan royalti










Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Process-3 utama tenaga kerja penduduk tempatan
Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail

PAKA:   Sememangnya penduduk Kampung Santong berasa bertuah kerana Syarikat Process-3 Services Solution Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat penyelenggaraan bahan kimia industri petrokimia bertaraf antarabangsa yang membuka sebuah cawangan di Paka memberi keutamaan penduduk tempatan mendapat tempat di itu semenjak memulakan operasi 2 tahun lalu.

                Peka dengan tanggungjawab sosial kepada masyarakat Process-3 Services Solution Sdn Bhd buat kali ke tiga menganjurkan program komuniti Process-3 bersama Penduduk Santong  yang dihadiri lebih 500 penduduk kampung.
                Seramai 10 anak yatim, 10 Orang Kelainan Upaya (OKU), 15 warga emas, 30 kanak-kanak tabika serta 15 ibu tunggal menerima sumbanganyang disampaikan oleh Pengarah Syarikat Process-3 Sdn Bhd, Yaakub Puteh.
                Pengarah Rocess-3 Sdn Bhd, Yaakub Puteh, sudah menjadi keutamaan kepada syarikat Process-3 Services Solutin Sdn Bhd mengutamakan penduduk di kawasan sekitar setiap kali  cawangan mula beroperasi.
                Pengerusi JKKK, Kampung Santong, Shafie Salleh berkata polisi yang diamalkan syarikat ini wajar dicontohi syarikat-syarikat lain kerana ianya dapat mengurangkan masalah pengangguran di kalangan generasi muda.
                Process-3 dari semasa ke semasa menganjur program bagi mengeratkan hubungan dengan penduduk kampung yang diantaranya ialah jamuan Aidilfitri, bantuan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan sebagainya.
                “Kita berharap hubungan dua hala yang terjalin dapat dipreratkan dengan adanya majlis seperti mana yang diadakan pada hari ini,” katanya
                Penduduk, Azmi Yusof, 50, berkata beliau yang merupakan penduduk Kampung Santong yang terawal diterima bekerja dengan syarikat Process-3 mengucapkan berbanyak terima kasih dan berasa bangga apabila ramai penduduk kampung khususnya generasi ke dua diberi keutamaan mendapat tempat di Process-3.
                Majlis yang diadakan serentak dengan jamuan hari raya bermula jam 8.00 malam berakhir jam 11 malam itu diserikan dengan persembahan silat seni tari helang dari pelajar sekolah menengah di sekitar Paka turut dihadiri Ahli Parliemn Dungun, Mathulidi Jusoh; ADUN Paka, Mohd Ariffin Abdullah, Ketua Polis Balai Polis PAka, Chif Inspektor Mahadi Husin serta pengerusi JKKK kampung dalam DUN Paka.

5851: Sebahgian penduduk Kampung Santong bergambar bersama Kakitangan Process-3 Services Solution Sdn Bhd di majlis komuniti bersama penduduk Santong serta sumbangan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU)dan ibu tunggal
5880: 5878: 5877: Pengarah Syarikat Process-3 Services Solution, Yaakob Puteh menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Kampung Santong disaksikan Pengerusi JKKK Kampung Santong Shafie Salleh
5863: Majlis  penyampaian sumbangan anjuran  turut diserikan dengan persembahan Silat seni tari Helang oleh pelajar sekolah menengah sekitar Paka

Kadet Bomba UiTM Cawangan Dungun










YANG DIKIRIM BERSANTAI
>sumber jarang anak melayu
Hari ini (7 Oktober 2010) seramai 19 orang pemimpin UMNO telah dikirim untuk bersantai ke Kota Bandung, Indonesia. Daripada jumlah itu, 11 daripadanya terdiri daripada kalangan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Dungun (termasuk Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian). Turut tersenarai sama Setiausaha UMNO Bahagian Marang dan seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Terengganu. Terselit di dalamnya enam pegawai/kakitangan (?) sebuah yayasan di bawah MARA iaitu YPM.

Tahniah kerana mereka terpilih dari kalangan orang-orang yang dipilih. Tahniah juga kerana mereka masih kekal bertaat setia kepada Dr Jepun in bracket (selaku Ketua UMNO Bahagian Dungun) yang mengilhami kiriman ini.

Dan tahniah yang amat besarnya (dengan doa dan harapan, Insya-Allah dan semoga diselamatkan Allah) mereka selamat walafiat pergi dan balik, walaupun kerajaan Malaysia masih menasihati warganegara Malaysia agar tidak mengunjungi wilayah Indonesia buat sementara sehingga sentimen ‘ganyang Malaysia’ sedikit kendur dan reda.

Cuma yang mungkin ramai ingin mengetahuinya, apakah program kiriman ini anjuran UMNO Bahagian Dungun? Atau anjuran UMNO Bahagian Marang? Atau UMNO bahagian Hulu Terengganu atau agensi / badan mana?

Persoalan-persoalan di atas agak sukar untuk dijawab. Sukar kerana banyak yang tersirat daripada apa yang tersurat.

Pertama ; ada percakapan yang mengatakan program kiriman ini adalah di bawah Biro Perhubungan Antarabangsa UMNO Malaysia. Kalau benar begitu, apa kejadahnya hampir seluruh orang yang dikirim terdiri daripada pimpinan UMNO Bahagian Dungun? Apakah semua mereka ini dibiayai sepenuhnya oleh Biro berkenaan. Apakah mereka yang sejumlah 19 orang yang dikirim ini semuanya AJK Biro berkenaan? Atau apakah misi penjelajahan dan pengiriman ini? Kenapa pula antarabangsanya ke Bandung? Tidak ke Bangladesh ke? Jerman ke? Pakistan ke? Kutub Utara ke? Atau ke mana-mana selain Kota Bandung atau wilayah Indonesia yang sudah biasa bagi mereka itu? Percakapan ini boleh dianggap kurang tepat dan kita letakkan ketepi.

Kedua ; ada kedengaran kiriman ini anjuran Biro Penerangan BPUNT. Kalau benar, hanya Setiausaha UMNO Bahagian Marang sahaja yang masih menjadi Setiausaha Biro Penerangan BPUNT. Orang yang dikirim yang lain, tidak pula menjadi AJK Biro berkaitan. Cakap-cakap ini mungkin dikaitkan dengan Ketua Penerangan BPUNT yang katanya pernah menjanjikan untuk membawa semua AJK Biro ke luar negara. Mungkin selepas selesainya Konvensyen Terengganu nanti, adalah upah lelahnya tu. Ketua Penerangan BPUNT tidak pernah memungkiri janji kerana beliau amat sedar bahawa orang yang mungkir janji itu munafik sifatnya di sisi agama. Telahan ini juga boleh dianggap kurang tepat dan boleh diketepikan.

(Nota : ‘Khabarnya’ Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa UMNO Malaysia dan Ketua Penerangan BPUNT adalah orang yang sama… Betul atau tidak, wallahuaklam).
Ketiga ; ada khabarnya lagi, segala urusan pengumpulan pasport dan tempahan tiket penerbangan diserahkan kepada YPM, pada mana Dr Jepun in bracket adalah Pengerusinya. Tidak pula diketahui dan didengari bahawa kiriman ke Bandung ini adalah dianjurkan dan menjadi kiriman rasmi YPM, walaupun enam pegawai / kakitangan YPM turut sama dikirim.

Kalau perkhabaran ini benar, apa kena mengenanya tempahan tiket penerbangan dibuat oleh pihak YPM dengan orang-orang yang dikirim dan dalam masa yang sama, tiada sebarang bayaran dibuat oleh orang-orang yang dikirim untuk mendapatkan tiket penerbangan atau apa-apa keperluan yang berbayar itu. Lebih daripada itu, apa pula kena mengenanya orang-orang yang dikirim itu dengan YPM? (Maka bertanyalah ahli nujum Pak Belalang…. Anak menantukah? Bapak mertuakah? Ipar duaikah? Tokki toknyokkah? Mak bapakkah? Waris warahkah?). Secara ‘logik bodoh’nya, sudah tentu segala macam perbelanjaan yang berkaitan dibiayai oleh YPM. Perkhabaran ini ada sedikit benarnya. Benar kalau dilihat dari segi penyerahan pasport dan urusan tempahan tiket penerbangan. Tambah membenarkan, adanya 6 orang pegawai / kakitangan YPM yang dikirim sama.

Cuma yang agak membantutkan sedikit kebenarannya bagaimana YPM sebagai agensi anak kepada MARA mempunyai peruntukan kewangan yang boleh dibelanjakan sewenang-wenangnya. Kalau MARA sendiri selalu kesuntukan peruntukan untuk membuat sesuatu bagi menambahbaikkan agensi itu dan rangkaian di bawahnya, hal ini tidak berlaku kepada YPM. Sewenang-wenangnyakah YPM boleh membiayai suku sakat melancong ke luar negara? Sewenang-wenangnyakah YPM boleh mengirimkan sesiapa sahaja ke luar negara?

Keempat : ada sumber yang bercerita, pengiriman mereka ke Bandung adalah atas urusan atau perkara-perkara tertentu yang sulit-mulit dan dikhususkan kepada mereka yang terpilih dalam kalangan orang-orang dipilih. Hanya orang-orang tertentu (khususnya dalam AJK UMNO Bahagian Dungun) dipilih dan terpilih (‘ter’ dalam konteks kiriman ini bermaksud dipilih kerana kehebatannya (terbaik) bukan kerana ‘tersalah’ pilih). Orang-orang yang dikirim ini terdiri daripada mereka yang diangap telah sebati dan sehidup semati dengan Dr Jepun in bracket. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Dilenyek steamroll sama ‘kepek’, di’piling’ sama pendek. Namun, tidak pula dikhabarkan bahawa kiriman ini anjuran siapa-siapa atau mungkin anjuran sendiri-sendiri. Kalau sendiri-sendiri, kenapa ada orang yang dikirim tidak tahu pun berapa jumlah keseluruhan perbelanjaan ke Bandung berkenaan. Yang diketahui, semuanya “ditanggung beres pak!!!”… Cerita ini boleh dianggap betul, cuma mungkin kurang penting. Tidak menjadi prioriti.

Kelima ; yang menjadi desas desus paling kuat sehingga merealisasikan pengiriman kumpulan ini adalah dikhabarkan bertujuan ‘merancang strategi perlu dan drastik’ ke arah mengukuhkan semula kedudukan Dr Jepun in bracket selaku Ketua UMNO Bahagian Dungun yang sejak kebelakangan ini sudah amat tercalar karismanya serta khabarnya sudah cukup sukar untuk menstabilkan keadaan dalam UMNO Bahagian dan pengurusan UMNO bahagian di semua peringkat. Justeru mungkin mereka yang dikirim ini akan berbincang sampai pagi strategi-strategi tertentu yang akhirnya menemukan dengan formula penting menyemarakkan dan memperkasakan semula kedudukan Dr Jepun in bracket di Bahagian Dungun. (Ke semua yang dikirim merupakan orang yang kuat bekerja, boleh bekerja sampai pagi. INGATAN : Jangan menuduh sebarangan bahawa mereka tidak kuat bekerja kerana mereka bukannya kaki dangdut...).

Desas desus ini sedikit berasas kalau diperhatikan daripada kalangan mereka yang dikirim. Mengikut syahibul hikayat warga AJK UMNO Bahagian Dungun, mereka yang dikirim ini adalah ‘ghurka-ghurka” Dr Jepun in bracket yang telah banyak berkorban dan menyumbang budi kepada Dr Jepun in bracket selama ini. Jadi tidak salahlah kalau Dr Jepun in bracket membalas budi mereka. Desas desus ini juga ada kebenarannya dan bolehlah disekalikan bacaan dan kaitan kebenarannya dengan persoalan logik dan benar di atas.

Cuma yang masih memusykilkan banyak orang, tidak ada cakap-cakap dan desas desus bahawa kiriman ini adalah tajaan atau anjuran atau kelolaan UMNO Bahagian Dungun sendiri, walaupun hampir keseluruhan orang yang dikirim datangnya daripada UMNO Bahagian Dungun. Tapi inilah yang dikatakan “mereka yang terpilih di kalangan yang dipilih”.

Yang amat sukar dirungkai oleh banyak orang hasil daripada persoalan-persoalan di atas apabila kiriman ini dikaitkan dengan siapa yang menaja dan membiayai perbelanjaan ke semua orang yang dikirim itu dan badan apa/siapa yang menganjurkan pengiriman itu yang sebenarnya. Atau ada kemungkinankah kiriman ini tajaan Dr Jepun in bracket sendiri? Kalau ya tajaan beliau, Alhamdulillah, semoga Tuhan memurahkan lagi rezeki beliau adanya. Kalau tidak, mahu menuding kepada siapa pula? Mungkin persoalan yang ada kebenarannya di atas dapat menjawabnya.

Kerana seperti biasa dalam setiap pengiriman orang ke mana-mana distinasi pelancongan atau dalam apa-apa urusan rasmi sekalipun, sudah tentu pembiayaan segala macam ‘mak nenek’ tidak ditanggung oleh orang yang dikirim. Apa lagi, kalau dilihat kepada orang-orang yang dikirim, tak mungkin mereka membiayai sendiri segala perbelanjaan ke kota Bandung itu. Bukan apa, kerana sebahagian besar daripada mereka sudah terlalu amat kerap ke wilayah Indonesia termasuk ke Bandung. Mungkin ada di kalangan mereka boleh dikatakan Bandung itu sudah menjadi tempat kencing dan berak mereka. Malah ada di antara mereka mampu untuk membiayai perbelanjaan ke distinasi yang lebih jauh daripada Kota Bandung itu.

Jadi, kalau perginya dengan berbayar, mungkin bagi mereka, lebih baik ke tempat yang belum pernah dijejaki, semakin jauh dan banyak perjalanan semakin luas pengalamannya.

Jadi siapa sebenarnya yang membiayai? Pergi atas urusan apa? Apa motifnya? Hanya Belalang anak Nujum Pak Belalang yang tahu jawapannya. Itu pun setelah mengintip dengar dari bawah lapik duduk perahu raja.

Apa-apapun, selamat berangkat dan selamat pulang dengan selamatnya ke pangkuan keluarga kepada yang dikirim : bapak mukatar al-pakari, bapak awang al-santongi, bapak mohksin al-pakari, bapak hj pa al-koki, bapak cg al-baladi, bapak lias mamat al-fktigari, bapak asri al-r/abangi, bapak nuar al-kemasi, bapak RM-si, bapak cg stopa al-mtjmiahi, bapak hj romeli al-palali, bapak hj mazeri al-marangi dan bapak alzakari hulu terengganuni. Tidak dilupakan teristimewa kepada enam bapak daripada YPM.

Selamat bersantai-santaian… Permisi Pakkk...<<< SUMBER JARANG ANAK MELAYU
YANG BERGOLAK - DUN SURA? (oh!! katakan TIDAK...)
>>>dari laman blogger : jarang anak melayu
.....Siapa bilang (?) UMNO DUN Sura bergolak? Itu hanya andaian dan telahan kosong orang-orang yang tidak berpuas hati dengan ‘kehebatan’ dan kemantapan DUN Sura. Seantero Malaysia sudah mengetahui bahawa DUN Sura dalam Bahagian Dungun merupakan antara DUN UMNO ‘terhebat’ dalam negeri Terengganu.

Apa tidaknya, Pegawai Pembangunan DUNnya (PPD) adalah Dr Jepun in bracket sendiri. Dr Jepun in bracket adalah Ketua UMNO Bahagian Dungun dan mantan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Seperti yang umum ketahui, jawatan PPD diwujudkan sekiranya DUN berkenaan dikuasai oleh wakil rakyatnya yang bukan daripada Barisan Nasional (BN). Dalam hal DUN Sura ini, kerusi berkenaan diwakili oleh ADUN daripada PAS selepas pilihanraya umum 2008 lalu.

Perlantikan PPD adalah di bawah kuasa Menteri Besar dengan cadangan UMNO Bahagian atau parti komponen yang menjadi pemerintah semasa. Kebiasaannya, Menteri Besar tidak pernah menafikan cadangan daripada Bahagian dalam hal perlantikan ke jawatan ini, justeru mengambil kira bahawa ‘orang kampung’ pasti amat mengetahui kedudukan dan masalah dalam kampung mereka sendiri.

Gaji @ elaun PPD lebih besar daripada elaun wakil rakyat biasa. Kepada PPD juga telah diberikan sejumlah peruntukan dan beberapa kemudahan lain sama seperti YB @ wakil rakyat yang mempunyai kawasannya sendiri. Andainya YB yang mempunyai kawasan memperolehi RM100,000.00 setahun (contohnya), maka PPD juga akan memperolehi sejumlah peruntukan yang sama.

Justeru UMNO/BN melalui PPD, sepatutnya sudah tidak menjadi masalah untuk menguruskan DUN yang ‘hilang’ itu dalam konteks memanjangkan servival dan ‘kekuasaan’ para penganut UMNO/BN dalam DUN yang berkenaan.

Sebab itu dikatakan, mengatakan UMNO DUN Sura bergolak adalah satu telahan yang maha salah dan silap.

Atau apakah kerana perletakan jawatan oleh YB Senator Hajah Zainon Abu Bakar selaku Pengerusi Penyelaras DUN Sura boleh ditamsilkan sebagai bergolaknya DUN Sura?

Untuk makluman, PPD dan Pengerusi Penyelaras DUN adalah dua entiti yang berbeza sama sekali. Pengerusi Penyelaras DUN adalah lantikan parti dan biasanya diserahkan kepada ADUN (kalau daripada UMNO) atau kepada pemimpin UMNO Bahagian yang seratus peratus ditunjukkan oleh Ketua Bahagian. Dan jawatan Pengerusi Penyelaras ini adalah jawatan parti yang tiada gaji atau elaun walau sekepeng pun.

Berbalik kepada perletakan jawatan YB Senator selaku Pengerusi Penyelaras DUN Sura, perletakan jawatan berkenaan bukan kerana benci atau kecewa dengan kepemimpinan Dr Jepun in bracket, tetapi adalah kerana YB Senator bukannya orang yang terlalu pelahapkan kuasa dan jawatan. Cukup dengan apa yang ada sahaja. Itulah kepimpinan melalui teladan yang baik yang telah ditunjukkan oleh YB Senator Zainun. Tahniah.

Jadi kenapa dikatakan bergolak sehingga ‘Geng 8’ bertindak mengadap MB Mat Said di kediaman rasmi MB pada 5 Julai 2010, pukul 9.00 malam yang lalu? G8 terdiri daripada lapan orang pemimpin UMNO dalam DUN Sura yang terdiri daripada Jawatankuasa Penyelaras DUN Sura. Sebahagian mereka juga adalah Ketua UMNO Cawangan dalam DUN Sura itu sendiri.

Paling haru, G8 melahirkan rasa yang amat tidak berpuas hati dengan Dr Jepun in bracket selaku PPD Sura. Paling mengharukan ‘geng 8’ memberi tempoh dua bulan daripada tarikh pertemuan pertama mereka dengan MB Mat Said terhadap beberapa perkara yang perlu diselesaikan segera, termasuk :

(1) Memecat Dr Jepun in bracket sebagai PPD Sura dan menggantikannya dengan orang lain yang dilihat mereka lebih berwibawa dan mampu membawa kemenangan kepada UMNO/BN dalam PRU ke-13 nanti. Pada mereka mengekalkan Dr Jepun in bracket hanya akan menambah teruknya kerosakan dalam UMNO Bahagian Dungun umumnya dan dalam DUN Sura khasnya.

(2) Menggantikan YDP Majlis Perbandaran Dungun yang telah ‘memerut menelan’ mata kail Dr Jepun in bracket and the geng @ proksi-proksinya. Terlalu amat sukar untuk YDP sekarang membuang mata kail Dr Jepun in bracket dari insangnya.

Tetapi percayalah, MB Mat Said tidak akan bertindak apa lagi 'memecat' Dr Jepun in bracket. MB Mat Said orang yang ‘taat dan akur’ kepada Dr Jepun in bracket. Bukan takut, tapi hormat… Itulah hebatnya Dr Jepun in bracket. Kalau dengan PM atau TPM atau Pengerusi BPUNT (DS Hishamuddin) pun Dr Jepun in bracket boleh ‘kecek’, bodek dan putar kepala, inikan pula MB Mat Said yang amat dikenali sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah lupa jasa dan pengorbanan kawan, walaupun ‘lakonan’ MB Mat Said di hadapan G8 yang mengadap beliau cukup hidup dan berkesan.

(p/s : Mungkin G8 tidak tahu bahawa MB Mat Said adalah antara pelakon air mata setaraf Neng Yatimah dan hubungan MB Mat Said dengan Dr Jepun in bracket ibarat kentut dengan tahi).

Cuma sekadar untuk renungan dan untuk sedikit menyegarkan hati para G8, diperturunkan apa sebenarnya yang berlaku di Dungun (khasnya dalam DUN Sura) sehingga G8 mengadap MB Mat Said. Yang jelas, sudah terlalu banyak kebobrokan yang diangkarakan oleh Dr Jepun in bracket semenjak beliau menerajui UMNO Dungun sehinggalah sekarang. Di bawah ini hanyalah ‘tahi kuku’ (sedikit sahaja) kebobrokan yang dimaksudkan telah dilakukan oleh Dr Jepun in bracket di Dungun ,

(1) Projek-projek di bawah Majlis Perbandaran (dulu Majlis Daerah) Dungun (MPD) disusun oleh Dr Jepun in bracket (dengan kuasa diserahkan kepada RM – Apa RM tu? Ringgit Malaysia? Rozak Mail? Raja Muda? Rakan Muda? Rakyat Malaysia? Rakyat Marhain? Rojak Mamat?

(2) Yang Di-Pertua MPD hanyalah boneka dan kambing hitam yang boleh ‘disekeh’ dan digetel kepalanya. YDP diwajibkan agar mematuhi arahan dan susunan yang dibuat oleh Dr Jepun in bracket dalam apa keadaan sekalipun.

(3) Dalam erti kata yang lain, Dr Jepun in bracket ‘berkuasa penuh’ untuk menentukan projek MPD dan berkuasa penuh juga untuk menentukan siapa yang boleh menjadi YDP MPD atau tidak. Kerana itu YDP ‘kecut batu’ andai tidak mematuhi dan mencium lutut Dr Jepun in bracket and the geng @ proksi-proksinya.

(4) Dr Jepun in bracket masih bertindak sebagai Timbalan Menteri Besar Kanan negeri Terengganu yang masih mempunyai kuasa memutus dan juga berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang apa-apa jawatan asal sahaja agensi berkenaan ada kaitan dengan Kerajaan negeri. Contohnya melantik (atau mengarahkan supaya melantik) kroninya (anak sendiri) selaku Pegawai Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Parlimen Dungun.

Yang musykilnya (bukan pelik), daerah/bahagian lain ada atau tidak Pegawai APMT Parlimen? Sebelum ini tidak ada. Yang ada hanya Ketua APMT setiap DUN. Pun kalau ada, kepada siapa Pegawai APMT Parlimen itu melaporkan tugasnya? Kalau namanya sudah APMT Parlimen, tentulah ‘bosnya’ Ahli Parlimen dalam kawasan Parlimen berkaitan. Lainlah kalau kawasan Parlimen berkenaan Ahli Parlimennya pembangkang. Dalam kes di Dungun ini, Pegawai APMT Parlimennya melaporkan kepada siapa kalau Ahli Parlimennya sendiripun tidak tahu adanya jawatan itu dan adanya Pegawai APMT Parlimen. Tak kan kerja makan gaji buta, beruk tanpa tuan ke? Tentu ini semua kerja Dr Jepun in bracket yang mereka-reka kondisinya.

(5) Peruntukan untuk PPD Sura yang sepatutnya dibelanjakan untuk pembangunan dan pengurusan serta penyelarasan rakyat / cawangan UMNO dalam DUN Sura tidak diketahui ke mana dibelanjakan oleh Dr Jepun in bracket.

(6) Berusaha atas kapasiti dan kuasanya sebagai Ketua Bahagian, mengarahkan majikan agar menukar pegawai / kakitangan pejabat/jabatan kerajaan dari daerah Dungun kiranya pegawai / kakitangan berkenaan tidak mengikut telunjuknya atau tidak memihak kepadanya @ kepada kroni dan proksinya dalam sebarang pertandingan UMNO Bahagian atau dilihat menggugat kedudukan dan keselesaan beliau, termasuklah juga berusaha agar pegawai/kakitangan yang menyanggah beliau agar dikenakan tindakan (disiplin atau apa-apa tindakan) yang menyusahkan dan menekan pegawai/kakitangan berkaitan.

(7) Menindas dan tidak memberikan kerjasama malahan mengutuk dan berusaha sedayanya ‘membunuh karier politik’ pemimpin lain yang pada beliau boleh menggugat keselesaan beliau atau mengingkari kehendak beliau, walaupun pemimpin itu adalah wakil rakyat DUN atau Parlimen daripada parti UMNO sendiri di Dungun. Itulah yang dihadapi oleh bekas ADUN Sura (Ustaz Kamal), ADUN Paka, ADUN Bukit Besi dan Ahli Parlimen Dungun sekarang.

(8) Menjadikan segala agensi/jabatan/pejabat khususnya agensi/jabatan/pejabat kerajaan dan segala agensi yang dikuasai oleh kerajaan negeri/kerajaan persekutuan/BN/UMNO seolah-olah milik dan kepunyaan beliau. Beliau berhak menentukan, mengarah dan mendapatkan apa yang beliau kehendaki.

(9) Menjadikan UMNO Bahagian Dungun seperti syarikat sendirian berhad milikan beliau and the geng @ proksi @ kroni-kroninya.

(10) Melampaui kuasa dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Pengerusi / Ahli Lembaga Syarikat Anak Kerajaan negeri dan persekutuan.

Dan ….. lagi dan lagi dan lagi dan lagi…. (ada lagi… bagi dulu 10 bro…)....... >>> sumber dari jarang anak melayu

Tiga projek perkedaian lebih 20 juta ditawar MPD


Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:   MPD Komited Membangunkan Premis Perniagaan  khususnya bagi membantu para peniaga memperkembangkan perniagaan serta merancakkan aktiviti perniagaan di daerah Dungun.
            Sebanyak  2 bangunan utama telahpun siap sepenuhnya manakala sebuah  Perkedaian Berprestij di Pusat Perniagaan Sura Gate Dungun sedang dalam pembinaan Usahasama Majlis Perbandaran Dungun Dengan Cerah Teguh Sdn. Bhd.
            Perkedaian Berprestij di Pusat Perniagaan Sura Gate Dungun yang dibangunkan di tengah-tengah Pusat Perniagaan Sura Gate, Dungun merupakan sebuah lokasi perkedaian yang strategik sekaligus menjadikan ianya sebuah pelaburan yang menarik dan bakal memeri pulangan yang tinggi.
            Pembangunan perkedaian yang bermula awal September lalu melibatkan pembinaan 34 unit kedai dan pejabat 3 tingkat di atas tanah pajakan selama 99 tahun dengan anggaran nilai projek RM20 juta.
LONDON - Government and council employees in the UK using social networking sites at work or posting inappropriate comments from home are likely to face serious action, which includes being sacked.
Police censured eight employees last year after they found using police computers to chat with their friends online.
Another council caught staff using special software to get around a ban on using office computers to tweet on Twitter and 'update their status' on Facebook during working hours.
Now, Government departments and quangos, including officials planning the 2012 Olympics, have issued written guidelines to staff detailing their restrictions on using the sites, reports the Daily Mail.
They are also paying thousands of pounds of taxpayers' money to outside consultants for courses on the do's and don'ts of how to behave on Facebook and similar sites.
Last year it was revealed how Sir John Sawers, the head of MI6, was left exposed by a personal security breach after his wife published intimate photos and family details on Facebook.
Last month the Olympic Delivery Authority (ODA) distributed a guide to all employees stating: "Facebook, Linked-In, Twitter have become very popular and offer significant business benefits. Their use poses risks both to the data on the ODA IT system and to the users of the sites and ODA."
A letter to staff said they are allowed to use social networking sites in lunch break but warn: "You must not publish content about London 2012." (ANI)



Rancang Skor A SPM Bank Rakyat 2 hari

 
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:   Seramai 250 pelajar anak-anak kakitangan Bank Kerjasama Rakyat Berhad  dan anggota koperasi 7 buah sekolah daerah Dungun bertuah kerana terpilih menyertai  Seminar Skor A SPM anjuran Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian selama sehari di Dewan Kuliah Utama Politeknik Sultan Zainal Abidin (PSMZA) baru-baru ini.
Pengerus Besar Yayasan Bank Rakyat, Abdul Lidzam Muhamad Alias, berkata Seminar Skor A, UPSr, PMR dan SPM  adalah salah satu daripada aktiviti Tanggungjawab Social Korporat (CSR) 2010 yang berobjektif membantu pelajar khususnya anak-anak anggota Bank Rakyat membuat persediaan menghadapi peperiksaan utama sekali gus mempertingkatkan pencapaian akademik mereka.
                Untuk tahun 2010, 53 sesi Seminar Skor A berjaya dianjur iaitu 18 sesi masing-masing bagi Seminar Skor A UPSR dan PMR manakala Seminar Skor A SPM sebanyak 17 sesi seminar.
                Pada tahun depan Yayasan Bank Rakyat merancang akan mengadakan seminar SPM selama dua hari samada berbentuk program secara harian ataupun bermalam berbanding sekarang ini yang diadakan selama sehari sahaja.
                 “Kita merancang mengadakan aktiviti motivasi pada hari pertama manakala pada hari kedua diadakan bengkel subjek dengan pertambahan bilangan subjek berbanding hanya 3 subjek sahaja sekarang ini.
                Abdul Lidzam berkata, bagi membantu para pelajar melanjutkan pelajaran Bank Rakyat turut menyedia kemudahan biasiswa dan pinjaman boleh ubah kepada anak-anak muda yang berjaya mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam ataupun Swasta dalam program sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PHD dengan jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM 38, 000 untuk pengajian selama empat tahun.
                “Sementara itu, para pelajar yang mendapat tajaan Bank Rakyat mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mendapat pekerjaan dalam Kumpulan Bank Rakyat termasuk bekerja dengan anak-anak syarikat samada di bidang industri pelancongan, pembinaan dan sebagainya.
                Peserta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Mas,  Abdul Syahlem Abdul Razak, berkata beliau berasa amat bertuah terpilih menyertai seminar yang banyak memberi tip-tip menghadapi peperiksaan terutma dalam subjek bahasa Inggeris dan Matematik.
                “Pengalaman mengikuti Seminar Skor A PMR pada tahun 2008 membuatkan saya teruja apabila dimaklumkan guru bahawa terpilih menyertai seminar ini.
                Asharuddin Abd Hamid, beliau berkata seminar yang diikuti banyak membantu beliau mengenal pasti kelemahan yang lazim dilakukan pelajar semasa menjawab peperiksaan.
                “Saya selalu kesuntukan masa menjawab soalan subjek pengiraan namun dengan ternyata
“Kemahiran pengurusan masa dalam dewan peperiksaan dan kaedah menjawab yang lebih cepat yang diajar penceramah menyelesai masalah kesuntukan masa menjawab yang saya hadapi di dalam subjek pengiraan,” katanya.
Turut hadir di Majlis yang dirasmikan ialah Pengurus Bank Rakyat Cawangan Dungun, Muhamad Jaffar Taib, Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Zakariah Ali serta Pengarang Pendidikan Berita Harian Sdn Bhd, Yusuf Abu Bakar.ends




SMSD anjur Seminar Skor A


Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:  Ternyata seminar Seminar Skor A SPM pertama kali diadakan di daerah Dungun anjuran Persatuan Ibu Bapa (PIBG) Sekolah Menengah Sains Dungun (SMSD) dengan kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 230 pelajar dari lima buah sekolah sekitar daerah Dungun.

Pengusaha IKS ditempat secara tersusun


Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:   Majlis Perbandaran Dungun (MPD) membuat perancangan bagi menghidupkan Kawasan Perindustrian Batu 7 dengan membuat penyusunan dan penempatan semula aktiviti (IKS) ke lokasi itu secara berperingkat akhir tahun ini.
                Usaha terancang itu sekali gus dapat menyemarakkan aktiviti perusahaan IKS serta menyelesai isu kekurangan tempat beroperasi usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terpaksa beroperasi di kawasan yang tidak strategik seperti di kawasan perumahan dan perkedaian yang menimbulkan  gangguan persekitaran seperti bunyi, visual serta mengganggu kelancaran trafik.





226 penduduk DUN Paka sertai RTB



Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:   89 buah keluarga di Kampung Santong gembira apabila impian mereka untuk memiliki tanah seluas satu ekar yang diusahakan sebagai tempat bercucuk tanam semenjak 46 tahun lalutersenarai dalam  Rancangan Tanah Berkelompok yang membolehkan mereka menerima Lesen Menduduki Sementara (LMS) sebagai syarat sebelum menerima geran selepas 3 bulan kemudian.
                Sebahagian besar penduduk Kampung Santong yang selama ini dirundung kebimbangan kerana tanah yang diteroka 46 tahun lalu itu tidak memiliki status sah kini tersenyum lebar dengan penerimaan Jadual 5 A dan Lesen Menduduki Sementara (LMS) bagi membolehkan mereka memiliki TOL  setelah melunasi bayaran premium tanah.
                Mereka adalah sebahagian daripada 226 peserta yang berjaya menyertai Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) jenis Tapak Rumah iaitu RTB Darat Kubur Kampung Nyior (20), RTB Cacar Tambahan (38), RTB Tebing Tembah (16), RTB Paya Limbong (4), RTB Telaga Mas Beris (15), RTB Telaga Mas Jaya (43) dan RTB Paya Serdang Santong (89).
                Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Santong Shafie Sulong, berkata, kebanyakan yang menerima LMS pada hari ini terdiri daripada generasi kedua dan ketiga penduduk Kampung Santong kerana kebanyakan generasi pertama yang meneroka tanah telah meninggal dunia.
                “Saya bersyukur dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Pejabat Tanah daerah Dungun sert pihak kerajaan negeri kerana meluluskan permohonan penduduk untuk memiliki tanah sendiri.
                “RTB membantu menyelesai masalah penduduk yang terpaksa berkongsi rumah sehingga 4 buah keluarga dalam satu rumah kerana tidak memiliki tanah untuk membina rumah sendiri.
                Pengawal Keselamatan, Mohd Rozi Mohd Zain, 29, berkata beliau merupakan generasi ketiga dan mempunyai keluarga sendiri namun disebabkan tidak mempunyai tanah untuk didirikan rumah beliau dan 3 lagi adik beradik yang juga sudah berkeluarga sendiri terpaksa berkongsi rumah peninggalan ayah beliau.
                “Saya amat gembira apabila tanah yang diteroka datuk saya  64 tahun lalu akan mendapat geran yang sekaligus membolehkan kami membina rumah sendiri secara bedikit-dikit.
                Warga emas, Omar Awang, 75, berkata beliau meneroka tanah seluas empat ekar sebelum merdeka di Kampung Santong untuk dijadikan sawah padi namun permohonan kelulusan hak milik tanah yang dibuat tidak berjaya sehinggalah pada hari ini setelah lebih 40 tahun tanah itu akan diberi geran.
Walaupun hanya satu ekar yang diberi geran manakala baki 3 lagi ekar digunakan kerajaan untuk projek pembangunan beliau lega kerana ramai anak beliau yang masih tidak mempunyai tapak tanah untuk dibina rumah.
Rakan beliau Sitah Saman, 80, tidak menyangka apabila dikhabarkan pengerusi JKKK tanah yang sekian lama dibuat permohonan akhirnya diluluskan kerajaan.
“Jika ditanya perasaan saya sudah pasti saya amat teruja kerana ianya menyelesai masalah cucu dan anak-anak saya yang tidak mempunyai tanah untuk membina rumah,” katanya hiba.
                Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah, berkata penerima LMS dan Jadul 5 A dikehendaki membayar bayaran premium mengikut jumlah dan tarikh yang ditetapkan iaitu 3 bulamn namun begitu peserta yang gagal dikehendaki membuat permohonan tempoh lanjut pembayaran di  Pejabat Tanah dan Daerah Dungun bagi mengelak tanah dilupuskan.
                Sementara itu Pegawai Daerah Dungun, Mustofa Abdul Rahman, dalam ucapan perasmian mengingatkan para peserta RTB tidak bersikap khianat dengan menjual tanah yang diberikan kerajaan itu bagi mengaut keuntungan atas angin jika tidak tindakan tegas akan diambil termasuk menyenarai hitam nama pihak terbabit yang sudah pastinya menyukar mereka untuk memohon tanah daripada kerajaan.
Turut hadir di majlis penyerahan yang diadakan serentak dengan jamuan hari Raya Dun Paka itu ialah Ahli Parliemn Dungun, Mathulidi Jusoh; Penghulu Mukim Paka, Embong Mat Zain serta pengerusi-Pengerusi  JKKK kampung sekitar Paka. Ends

Caption: