search berita di sini

Pelancaran Program Pelajar Harapan Felda (PHF) di Kerteh 3

Paka: Program pelajar Harapan Felda adalah hasil cetusan idea Pengerusui Kumpulan Felda,Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor
Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor berkata, Felda telah banyak melakukan program-program bagi menjana kecemerlangan anak anak peneroka, namun kelainan program PHF ini iaalah pelajar para pelajar yang terpilih berdasarkan kecemerlangan akademik di peperiksaan UPSR dan PMR akan meneruskan pembelajaran mereka di sekolah-sekolah di Felda tempat6 mereka tinggal atau kawasan berhampiran seperti biasa tanpa perlu meninggalkan rumah mereka untuk ke asrama dan sebagainya.

Dengan lahirnya program ini apa yang diharapkan ialah selain daripada melahirkan pelajar cemerlang, Felda juga mampu membuktikan bahawa persekitaran di Tanah Rancangan adalah cukup kondusif dan sihat bagi menjana kecemerlangan.

Beliau berkata, secara ringkasnya para pelajar terpilih akan meneruskan persekolahan di sekolah masing-masing dan dibekalkan dengan kemudahan komputer, internet, program e-learning dan juga tuisyen bagi tujuan ulangkaji dan latih tubi di rumah.

"Pelajar terpilih juga akan diberikan motivasi berterusan dari semasa ke semassa secara personal atau secara berkala di dalam kumpulan oleh kumpulan Pemantau yang terdiri daripada golongan profesional dari ahli-ahli Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM) sendiri.

"Selain itu kita juga akan membuat pemantauan kepada ibu bapa para pelajar yang terlibat bagi memastikan kejayaan anak mereka bersesuaian dengan kehendak program ini.

"Pihak Pengurusan Rancangan masing-masing juga bertanggungjawab memantau kebajikan pelajar dan keluarga mereka.

Beliau berkata program ini akan berterusan sehingga pelajar tersebut menduduki peperiksaan terpenting mereka iaitu SPM. Disepanjang perjalanan program ini, segala keperluan berkaitan akademik akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak yayasan Felda. Para pelajar pula akan terikat dengan syarat dan ketetapan dari pihak Felda, Yayasan Felda dan AAFM sebagai badan induk.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan