search berita di sini

Ikan Barat-barat rezeki nelayan


Mohd Zawawi Mat Ail
Paka:   Tempoh musim ikan barat-barat yang lebih panjang pada tahun ini memberi rezeki yang lebih kepada nelayan di Kuala Paka terutama semasa musim tengkujuh lalu yang memaksa mereka mengurangkan aktiviti menangkap ikan di laut kerana laut bergelora.
                Tinjauan Edisi Timur di kompleks perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Paka mendapati berpuluh kotak ikan barat-barat ditempatkan dalam bilik sejuk beku untuk di jual di pasaran tempatan dan dieksport ke pasaran luar negara.
Nelayan, Abdul Hamid Ibrahim, 44, berkata kebiasannya musim ikan barat-barat bermula  ogos  hingga akhir January sahaja namun pada tahun ini musimnya lebih panjang dan sehingga sekarang
                Kedatangan musim ikan barat-barat ditunggu-tunggu nelayan namun disebabkan laut bergelora menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut sekerap seperti biasa.
                Juragan, Osman Hassan, 33, berkata, ikan barat-barat enak dimasak tom yam, sup dan berbagai jenis cara masakan lagi membuatkan ikan tersebut mendapat permintaan tinggi dan ditawar pada harga yang lebih tinggi lain malah dieksport ke pasaran luar negeri disebabkan tidak mudah rosak berbanding hasil tangkapan lain.
                “Kadangkala jika nasib menyebelahi saya berjaya mendapat hasil tangkapan ikan barat-barat sebanyak 700 kilogram dan dengan harga RM 2 hingga 3.50 sekilogram setelah ditolak kos minyak dan lain-lain kos kami berleh pendaptan bersih sebanyak RM 430.  
                Hanya nelayan yang mempunyai bot besar sahaja mampu menangkap ikan barat-barat disebabkan disebabkan ikan barat-barat hanya berada jauh di tengah laut iaitu melebihi jarak 50 batu dari pesisir pantai atau sejam menaiki bot ke tengah laut.
                Beliau berkata apabila tiba musim ikan barat-barat walaupun laut bergelora berbekalkan umpan obor-obor, ampai-ampai dan sotong bagaikan berpesta turun ke laut lebih 40 bot nelayan berada di laut pada satu-satu masa.
                 Uniknya, ikan barat-barat boleh dibuang kulitnya mentah-mentah.
                Hasyim Ismail, 44, berkata, beliau pernah terpaksa membuang sebahagian ikan barat-barat bimbang bot terbalik walaupun hanya berada di laut tidak sampai 3 jam.
                Katanya, semenjak february lalu beliau memilih menangkap ikan kembung memandangkan tidak perlu pergi jauh ke laut dalam untuk mendapatkan ikan barat-barat.
                 
               
               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan