search berita di sini

Keperitan hidup Mangsa kebakaran terubat

Oleh Mohd Zawaw Mat Ail

DUNGUN: Keperitan hidup ditanggung sebuah kleuarga di Kampung Balai Besar di sini, yang tinggal sehelai sepinggan selepas rumah mereka terbakar, terubat dengan penerimaan sebuah rumah Peruntukan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina di tapak asal rumah pusaka yang hangus terbakar akhir January lalu.

Edisi Timur pada 18 February lalu, menyiarkan nasib malang yang menimpa keluarga Rozlan Mohd yang terpaksa menumpang rumah anak saudara di perumahan Taman Rakyat disebabkan kesukaran mendapat rumah sewa dengan pendapatan beliau yang bekerja sebagai buruh kasar.

Rozlan Mohd, 43, berkata, setelah sebulan menumpang di rumah anak saudara, beliau sekeluraga menetap di sebuah rumah sewa di Perumahan Taman Rakyat.

Beliau yang mendaftar diri dengan sistem E-Kasih sebelum peristiwa kebakaran berlaku terharu dengan keprihatinan masyarakat sekeliling yang banyak membantu mereka sekeluarga yang kehilangan tempat tinggal dan menanggung kerugian dianggarkan bernilai RM90,000 dalam kebakaran yang berpunca dari litar pintas.

“Berbagai pihak dan pemimpin tempatan datang menghulurkan bantuan termasuk mendapatkan bantuan persekolahan anak juga membantu mendapatkan bantuan rumah PPRT.

Tiada apa yang mampu diucapkan melainkan terima kasih di atas usaha pihak terbabit terutamanya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang banyak membantu,” katanya menahan sebab terharu menerima rumah PPRT yang dibina di tapak asal rumah pusaka yang hangus terbakar.

Rintihan Rozlan turut meruntun hati ibunya, Nik Jusoh, 73, yang selama ini rungsing mengenangkan nasib dua cucunya yang masih bersekolah dan memerlukan tempat tinggal yang selesa untuk belajar.

“Hari ini, saya amat gembira melihat anak dan cucu mempunyai tempat berteduh hasil sumbangan pihak kerajaan yang prihatin nasib malang yang menimpa rakyat.

Pengerusi JKKK Kampung Balai Besar, Mustafa Mutajemiah, 56, berkata, sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk berusaha mendapatkan bantuan kepada penduduk kampung yang ditimpa musibah seperti kebakaran dan banjir bagi meringankan beban mangsa.

“Dengan bantuan rumah PPRT yang diterima keluarga Rozlan saya berasa lega kerana berjaya menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Pengerusi JKKK di kampun ini.

“Kita berharap, keluarga Rozlan akan dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan membina semangat baru selepas ditimpa musibah,” katanya.

Caption:

90505, 498,507: Keperitan hidup Rozlan selepas kehilangan rumah sedikit terubat dengan penerimaan bantuan rumah PPRT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan