search berita di sini

Stesyen Bas Kuala Dungun dilengkapi prasarana mencukupi

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) sentiasa mengutamakan kepentingan orang ramai dalam setiap usaha yang dijalankan dengan harapan setiap projek pembangunan yang dijalankan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat umum.
            Justeru itu, MPD menyediakan fasiliti yang mencukupi kepada orang ramai di Stesyen Bas Kuala Dungun yang dipindahkan secara rasmi dari lokasi asal di Jalan Baru Pak Sabah pada 15. Jan lalu.
            Ariffin Rosli, 44, berkata, keadaan di Stesyen Bas Kuala Dungun amat jauh berbeza dengan keadaan di Stesyen Bas lamadi Jalan Baru Pak Sabah.
            Orang ramai menunggu bas dengan selesa dengan penyediaan ruang menunggu yang luas tidak sebagaimana di Stesyen bas lama.
            “Sebelum ini orang ramai bersesak malah terpaksa berpanas dan berhujan menunggu bas disebabkan ruang menunggu bas yang sempit tidak sebagaimana sekarang ini yang disediakan bangunan khas untuk menunggu bas.
            Mastura Zakaria, 42, berkata, Stesyen Bas Kuala Dungun menyediakan kaunter jualan tiket yang lebih selesa kepada pengusaha bas dan juga orang ramai berbanding dengan keadaan sebelum ini iaitu pejabat jualan tiket beroperasi di dalam kontena yang menyebabkan orang ramai terpaksa berpanas dan berhujan beratur membeli tiket.
            “Persekitaran di sekitar stesyen bas juga bersih dan lebih ceria berbanding keadaan di stesyen bas lama yang seolah-olah beroparsi di tapak pasar minggu, katanya.
            Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Zainal Abidin Husin, berkata, MPD menyediakan kemudahan yang pelbagai di Stesyen Bas Kuala Dungun bagi memastikan segala masalah yang dihadapai orang ramai semasa beroperasi di Jalan BAru Pak Sabah dapat diselesaikan dengan berpindahnya Stesyen Bas ke Kuala Dungun,
            “Kita membina sebuah surau dengan keluasan 40 kaki darab 20 kaki bersebelahan premis kedai makan pada pertengahan April 2010.
            “Kita juga mengambil inisiatif membersihkan kawasan berhampiran Stesyen Bas Kuala Dungun yang sebelum merupakan kawasan berpaya dan dipenuhi semak samun bagi memnjadikan kawasan sekitar lebih bersih, menarik dan selamat.
            Beliau berkata, segala kemudahan asas sudah disediakan MPD termasuk kemudahan tandas, surau dan berbagai lagi.
            “Apa yang kita harapkan, orang ramai bersama-sama menghargai kemudahan yang disediakan dengan mengguna dengan sebaik yang mungkin dan menjaga persekitaran supaya kebersihan terjaga.
            “Adalah amat malang , setelah pihak kerajaan membangunkan pelbagai kemudahan namun pada akhirnya ianya tidak dapat digunakan disebabkan sikap kurang bertanggungjawab segelintit aorang awam.
             Pelajar, HIdayah Mustafa, 22, berkata, penyediaan surau yang dibina berasingan daripada bangunan stesyen bas amat sesuai kerana jauh daripada gangguan bunyi bising dan memberi keselesaan kepada orang ramai menunaikan solat  berbanding ruang solat yang agak sempit dan tidak selesa di stesyen bas lama.
            Katanya, apa yang lebih dihargai orang ramai ialah stesyen bas baru mempunyai kawasan yang luas dengan diadakan pengasingan ruang untuk stesyen bas henti-henti, ruang bas ekspress, ruang teksi dan juga ruang parker kereta.
            “Saya tidak lagi terpaksa berjalan jauh menyeberang jalan mendapatkan perkhidmatan teksi sebagaimana di stesyen lama kerana ruang perkhidmatan teksi disediakan berhampiran ruang parker bas sahaja.
            Beliau juga berharap pihak PBT menyediakan sebuah pondok polis bagi memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin terutanya kepada kaum wanita.
            “Sebuah kawasan yang dikunjungi ramai seperti stesyen bas perlu mempunyai kawalan keselamatan bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini terutama sekali di waktu malam.
            “Saya sendiri kadangkala berasa takut apabila terpaksa menunggu bas hampir lewat malam dalam keadaan stesyen bas yang lengang untuk ke Pantai Barat,’ katanya yang menuntut di UiTM Kampus Dungun.
    Sementara itu, peniaga, Ayub Mamat, 45, berkata, semenjak stesyen bas di pindahkan ke Kuala Dungun, pendapatan beliau sebagai seorang pengusaha kedai makan meningkat 3 kali ganda.
    "Dahulu, sebelum stesyen bas dipindahkan perniagaan pengusaha kedai makan bagaikan hidup segan matiu tak mahu kedai makan yang disewa beliau nyaris-nyaris dipotong bekalan air, api dan hampir disita kedai .END

Tiada ulasan:

Catat Ulasan