search berita di sini




YIT Cawangan Dungun dengan kerjasama Pejabat DUN Kawasan Paka menganjur  program sulong "Kursus Kesedaran Pengurusan Jenazah  kepada guru-guru Kafa dan guru-guru Khidmat Masyarakat (KMD) Paka.
 


Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
 
DUNGUN:        Program sulong kursus pengurusan jenazah anjuran Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Paka dan Yayasan Islam Terengganu (YIT) cawangan Dungun berjaya menarik seramai 70 peserta yang terdiri daripada guru-guru Kelas Agama & Fardhu Ain KAFA dan guru-guru Khidmat Masyarakat (KMD) Yayasan Islam Terengganu kawasan Paka.
             Peserta, Zarina Muhamad, 35, berkata, beliau berasa bertuah terpilih mengikuti kursus khas pengurusan jenazah yang pertama kali dianjurkan YIT kepada guru-guru Kafa di kawasan paka.
            “Sebelum ini, guru-guru Kafa yang berminat mengenai cara-cara pengurusan jenazah mengambil inisiatif sendiri dengan menghadiri kursus yang dianjurkan pelbagai pihak terutamanya kursus anjuran Jabatan Agama daerah Dungun.
            “Namun dengan adanya kursus khas pengurusan jenazah yang dianjur pihak YIT cawangan Dungun sendiri, ianya memudahkan kami untuk mempelajari kaedah pengurusan jenazah dengan lebih berkesan.
            “Peluang yang disediakan akan saya gunakan dengan sebaik yang mungkin utnuk mendalami tuntutan fardhu kifayah yang sudah semestinya wajib digalas bersama,” katanya.
             Beliau teruja untuk mengikuti kursus yang dianjurkan apabila mengetahui para peserta yang terlibat adalah dari kalangan guru-guru Kafa dan KMD di kawasan Paka.
            “Inisiatif YIT menganjur kursus khas kepada guru-guru Kafa dan  KMD di seluruh daerah amat bermanfaat untuk menarik lebih ramai golongan muda mempunyai kepakaran dalam pengurusan jenazah dan perlu dicontohi oleh agensi-agensi yang lain.
            “Kursus secara amali ini amat membantu tugas saya sebagai seorang ustazah bagi memberi kefahaman yang lebih jelas kepada para pelajar di dalam kelas nanti.
            Peserta, Norazinah Muhd, 36, berkata, sebelum ini beliau sudah beberapa kali mengikuti kursus pengurusan jenazah namun kursus yang diikuti pada kali ini lebih menarik kerana para peserta kursus terdiri dari kalangan guru-guru Kafa sendiri.
            “Oleh kerana saling mengenali antara satu sama lain para peserta kursus tidak segan silu untuk bertanya kemusykilan kepada penceramah berbanding dengan kursus yang dianjurkan pihak lain.
            “Saya sendiri mengajukan soalan tentang penggunaan wangi-wangian semasa urusan memandi jenzah dilakukan.
            “Kursus ini banyak memberi pengetahuan baru dan menyelesai kemusykilan para peserta,” katanya
            Guru KMD, Maimunah Ismail, 56, berkata, beliau berasa bertuah dijemput menghadiri kursus selama sehari itu kerana dapat berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pendapat dengan guru agama yang lain terutamanya mengenai urusan pengurusan jenazah.
Beliau yang sudah lima tahun menjalankan tugas memandi jenazah banyak berkongsi pengalaman yang diniliki kepada peserta yang baru berjinak-jinak mendalami ilmu pengurusan jenazah di majlis itu.
            Sementara itu, pegawai Yayasan Islam Terengganu (YIT) daerah Dungun, Mohd Ridhuan Khalid, berkata, pihak beliau merancang untuk menjelajah ke setiap Dun bagi mengadakan kursus pengurusan jenazah kepada guru-guru Kafa dan KMD di seluruh daerah Dungun.
            “Kursus yang dianjurkan ini merupakan kesinambungan kepada penubuhan skuad jenazah yang diangotai oleh guru-guru Kafa yang dilancarkan pada awal tahun lalu dan berobjektif mewujudkan kesederan di kalangan guru-guru Kafa dan KMD betapa pengurusan jenazah merupakan satu kefardhuan yang tidak boleh diabaikan .
            “Kita berharap melalui kursus yang diadakan semakin ramai guru-guru Kafa mempunyai kemahiran dan berkelayakan mengendali urusan pengurusan jenazah dan  seterusnya menjadi pelapis dan menjadi rujukan masyarakat,” kata beliau yang rururt menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta kursus yang dibimbing oleh tenaga pengajar dari Pejabat Agama Islam daerah Dungun dan berlangsung di Masjid Jamek Paka baru-baru ini.END

*guru KMD = guru Khidmat Masyarakat yang mengajar kitab dan budak-budak mengaji di kampung,kampung kelolaan Yayasan Islam Terengganu
Caption:
642: Peserta, Zarina Muhamad, 35,
652: 664: 680: Pserta khusyuk mengikuti kursus.
684: 699: Pegawai Yayasan Islam Terengganu (YIT) cawangan Dungun, Mohd Ridhuan Khalid menyampaikan sijil penyertaan kursus kepada peserta kursus yang terdiri daripada guru-guru Kelas Asas dan Fardhu Ain (KAFA) dan guru-guru Khidmat MAsyarakat (KMD) YIT kawasan Paka

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan