Bangunan tradisional bernilai RM 400, 000 musnah terbakar
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
terengganukuonline.blogspot.com
DUNGUN: Sebuah bangunan kraf tangan di Kompleks Pelancongan Rantau Abang musnah dalam kebakaran awal pagi kelmarin (Rabu).
Kebakaran bangunan yang dibina Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan siap sepenuhnya pada 1995 di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Dungun (MPD).
Ketua Balai Bomba Dungun, Penolong Penguasa Bomba Suki Annuar, berkata pihak bomba menerima panggilan pada jam 5.08 pagi dan sampai di tempat kebakaran pada jam 5.23 pagi.
Anggota operasi seramai 8 orang dengan satu jentera berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke 2 buah bangunan di kompleks pelancongan yang berhampiran.
Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada jam 6.00 pagi manakala punca siasatan masih dalam siasatan dan bukan berpunca dari litar pintas kerana bangunan itu tidak mempunyai bekalan elektrik dan tidak beroperasi.
Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) MPD, Zainal Abidin Hussin, berkata, kerugian kebakaran ialah RM 400, 000.
“Bangunan kayu sepenuhnya yang musnah adalah salah satu daripada 3 bangunan di Kompleks Pelancongan Rantau Abang yang kosong dan dalam perancangan MPD akan di naik taraf semula setelah mendapat lawatan Menteri Besar Datok Seri Ahmad Said pada akhir Julai lalu.
Kompleks pelancongan Rantau Abng mempunyai tiga buah banguan berbentuk tradisional iaitu bangunan pusat kraftangan, pusat penerangan pelancongan dan dewan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan