Berita DUN Paka
JPS gagal membersih kolam dan saliran semulajadi ke sungai PAka dikesali penduduk
Ali menunjukkan kawasan kolam takungan 10 hektar dipenuhi semak samun dan pokok-pokok gelam
longkang yang kecil tidak dapat menampung air di musim monson menyebabkan kawasan rumah penduduk berdekatan mengalami hakisan
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Paka: Penduduk Kampung Kolam, Kampung Telaga Mas dan beberapa buah kampung disekitar Paka kesal dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dikatakan tidak serius membuat kerja pembersihan saliran air dan kolam semulajadi bagi melancarkan aliran air ke Sungai Paka hinggakan kawasan tersebut dipenuhi semak samaun lebih lima tahun lalu untuk mengurangkan risiko kejadian banjir di beberapa buah kampung di Paka
Penduduk mendakwa aliran air dari perumahan-perumahan dan kampung-kampung sekitar Paka ke sungai Paka terhalang dengan semak-samun dan pokok-pokok gelam sebesar paha yang memenuhi kolam takunagan dan saliran semulajadi tersebut.
Tinjauan Edisi Timur menyelusuri kawasan saliran dan takungan semulajadi tersebut yang sepanjang 2 kilometer mendapati ianya dipenuhi semak samun dan mendapati pihak JPS membina longkang di beberapa bahagian saliran tersebut berdekatan dengan perumahan penduduk yang didakwa terlalu kecil untuk menampung aliran air disetiap kali musim monsoon yang turut menyebabkan sebahagian kawasan rumah penduduk terhakis apabila air melimpah.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telaga Mas, Ali Mohamad berkata, saliran dan kolam takungan air semulajadi yang bermula dari hadapan sekolah menengah kebangsaan paka dan melalui kampung kolam, telaga mas dan beberapa buah kampung ke Sungai Paka tersebut mula ditumbuhi semak samun semenjak sepuluh tahun lepas
Perumahan Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) Telaga Mas membantu generasi kedua memiliki rumah sendiri
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Zakaria Abdullah
Ali Mohamad
Ali menunjukkan tapak pembinaan projek Rumah Mampu Milik di Telaga Mas yang bakal dimiliki penduduk tempatan generasi kedua
Ali Mohamad
Ali menunjukkan tapak pembinaan projek Rumah Mampu Milik di Telaga Mas yang bakal dimiliki penduduk tempatan generasi kedua
Paka: Seramai 290 buah keluarga generasi kedua penduduk Paka akan mendapat manfaat dengan terlaksana projek rumah mampu milik yang mengandungi 290 unit rumah Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) Telaga Mas yang sudahpun memulakan operasi pembinaan akhir 2009 lalu dan dijangka siap pada awal 2011.
Tinjauan Edisi Timur di lokasi pembinaan mendapati kerja meratakan tanah untuk tapak rumah kos sederhana rendah tanah seluas 30 hektar tersebut sudah siapdan kerja pembinan tapak sedang rancak dijalankan pemaju.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telaga Mas, Ali Mohamad, berkata, perumahan rumah kos sederhana rendah yang dijangka siap pada akhir tahun ini akan menyelesai kesulitan yang dihadapi sebahagian golongan generasi kedua yang tidak memiliki tanah untuk mendirikan rumah sendiri.
“Dengan terbinanya perumahan di kawasan baru ini, ianya menjadi pencetus kepada pembangunan yang bakal dibangunkan bagi kemudahan penduduk-penduduk di kawasan itu nanti.
“Saya difahamkan sebuah sekolah akan dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bersebelahan tapak perumahan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Zakaria Abdullah, berkata, perumahan yang dibina di bawah projek rumah mampu milik ini berada di kedudukan yang lebih strategik berbanding perumahan di Paka yang yang kebanyakannya berhadapan dengan masalah banjir setiap kali musim monsun tiba.
“Pembinaan Perumahan Rumah Kos Sederhana Rendah ini dibangunkan khusus untuk membantu golongan generasi kedua di daerah Paka memiliki rumah sendiri dan ditawarkan dengan harga yang lebih murah dengan keutamaan diberikan kepada golongan yang kurang mampu dan tidak mampu membeli rumah dengan harga pasaran semasa yang tinggi sebagaimana yang ditawarkan pemaju pada harga pasaran terbuka.
“Kita berharap lebih ramai golongan kurang mampu Berjaya memiliki rumah sendiri dengan terlaksana projek perumahan sebegini pada masa yang akan datang.
Bakar Hamid, 40, berkata, pihak kerajaan negeri melalui pemimpin tempatan membangunkan perumahan di kampung telaga mas suatu keputusan yang tepat memandangkan ramai golongan generasi ke dua di Paka yang tidak mampu membina rumah disebabkan tidak mempunyai tanah sendiri dan tidak berkemampuan dari segi kewangan.
“Kos pembinaan rumah sekarang ini tinggi menyebabkan sebilangan besar golongan generasi ke dua tidak mampu membina rumah sendiri dan tiada pilihan lain selain daripada terpaksa menyewa rumah walaupun berpuluh tahun lamanya.
“Kebanyakan golongan berpendapatan rendah seperti saya yang bekerja sebagai buruh binaan hanya mampu menyewa rumah kecil sahaja walaupun mempunyai bilangan anak yang ramai kerana kos sewa rumah di sekitar Paka lebih tinggi berbanding di daerah yang lain…
“Dengan adanya lebih banyak perumahan-perumahan kos rendah dan sederhana dibina kerajaan di kawasan ini lebih ramai golongan generasi kedua berpeluang menikmati faedah pembangunan tersebut,” katanya yang sudah lebih sepuluh tahun menyewa rumah di Paka.
Salim Sulaiman, 33, berkata, sebelum ini beliau sudah beberapa kali memohon bantuan perumahan namun seringkali ditolak permohonan disebabkan tidak mempunyai lot tanah untuk dibina rumah tersebut.
Beliau berharap dengan terlaksananya projek Rumah Mampu Milik di Telaga Mas permohonan beliau untuk menjadi salah seorang daripada pembeli rumah kos sederhana rendah tersebut yang dikatakan boleh dilunasi secara beransur-ansur dan ditawar dengan harga yang lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan pemaju dalam pasaran biasa.
Penduduk Telaga Mas, Mustakim Nordin, 47, berkata terdapat beberapa rumah di kawasan sekitar kampung tersebut dibina separuh jalan sahaja disebabkan pemilik tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk menyiapkannya.
“Banyak rumah terbengkalai di kawasan ini kerana pemilik tidak mampu membayar kos bahan binaan dan upah yang melambung tinggi, mahu tidak mahu pembinaan terpaksa dihentikan dan rumah terbengkalai sehingga bertahun-tahun lamanya hinggakan ditumbuhi semak samun dan sebagainya.
“Pihak kerajaan perlu memandang serius permasalahan ini dan mengambil jalan penyelesaian bagi membantu golongan generasi kedua memiliki rumah sendiri melalui cara memperbanyakkan lagi projek-projek pembangunan rumah kos sederhana dan rendah.END
Kontraktor utamakan pekerja asing
“Penduduk tidak diterima bekerja di tapak binaan Ibu Pejabat Polis Ketengah Jaya”
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Ketengah Jaya: Penduduk mendakwa kontraktor pembinaan Ibu Pejabat Polis Ketengah Jaya mengutamakan pekerja asing dengan menolak permohonan mereka untuk bekerja di tapak pembinaan tersebut.
Tinjauan Edisi Timur di tapak pembinaan tersebut yang memulakan operasi akhir 2009 mendapati warga asing sibuk bekerja dan tidak mendapati tiada seorang pun warga tempatan bekerja di tapak pembinaan berkenaan.
Seorang pekerja warga Indonesia yang mahu dikenali sebagai Sudin, berkata, dia sudah 3 bulan bekerja di tapak binaan tersebut dan dibayar gaji sebanyak RM 28.00 sehari dan dibayar bulan mengikut bilangan hari bekerja.
“Kesemua 29 orang pekerja yang diambil bekerja di tapak binaan ini terdiri daripada pekerja asing.
Menurutnya, pihak majikan dikatakan akan menambah pekerja seramai 30 orang di tapak binaan tersebut tidak lama lagi kerana pekerja yang ada sekarang tidak mencukupi berbanding kerja yang semakin bertambah.
“Pekerja tambahan seramai 30 orang itu terdiri daripada warga asing yang kini sedang berada di Kuala Lumpur,” katanya yang mengakui terdapat penduduk tempatan datang meminta kerja di tapak binaan tersebut namun pihak majikan menolak dengan alasan sudah mempunyai cukup pekerja.
Penduduk, Husin Mahmud, 43, beliau sudah beberapa kali memohon kerja di tapak binaan tersebut namun kesal dengan jawapan yang diberikan kontraktor terbabit dengan memberi alasan pekerja yang ada sudah mencukupi sedangkan apa yang beliau lihat pekerja asing semakin ramai diambil bekerja.
“Apa kekurangan kami berbanding pekerja asing,” katanya kecewa dengan sikap kontraktor terbabit setelah eberapa kali gagal mendapat pekerjaan.
“Apa gunanya pembangunan dibina di tempat kami tinggal sedangkan kami yang berpengalaman bertahun-tahun bekerja sebagai buruh binaan tidak sedikitpun dapat merasa faedah pembinaan tersebut dengan tidak dieri peluang untuk bekerja.
“Kami tidak kesah kontraktor terbabit ingin menjimatkan kos mereka dengan menggaji pekerja asing tetapi sikap kontraktor terbabit yang tidak mahu sedikit pun mengambil penduduk bekerja dan menolak mentah-mentah permohonan kami amat dikesali.
“Kami merayu pemimpin-pemimpin tempatan camputangan membela nasib kami yang seolah-olah terpinggir di bumi sendiri.
“Penduduk yang bekerja sebagai buruh binaan terpaksa keluar bekerja di luardaripada kampung sedangkan peluang kerja yang sepatutnya diberikan kepada kami, diberi kepada pekerja asing.
Hashim Abd Rahman, 44, berkata peduduk di sini gembira dengan pembinaan ibu pejabat polis tersebut akhir tahun lepas dan menaruh harapan untuk bekerja di tapak pembinaan tersebut namun hanya berputih mata melihat berduyun pekerja asing dibawa masuk bekerja di tapak pembinaan tersebut.
“Penduduk menaruh harapan beerjadi tapak tersebut memandang tapak tersebut berdekatan dengan tempat tinggal yang sudah tentu dapat menjimatkan kos berulang alik dan sebagainya,” katanya yang sudah dua puloh tahun bekerja sebagai buruh binaan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah berkata, memandangkan ramai di kalangan penduduk tempatan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang termasuk sektor pembinaan, kontraktor bertanggungjawab sewajarnya memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk bekerja di tapak pembinaan tersebut.
pihak kontraktor seharusnya berbincang dengan pemimpin-pemimpin tempatan terlebih dahulu dengan memaklumkan kekosongan pekerjaan yang ada di tapak binaan kepada penduduk tempatan untuk diisi kerana langkah itu dapat membantu mereka ke arah membina kehidupan lebih baik. ENDJalan Roboh Telaga Mas ditimbus
Dungun: 1000 orang penduduk Kampung Telaga Mas yang terpaksa menggadai nyawa menyeberang jalan dengan melalui jambatan kayu bulat semenjak pembentung roboh akhir tahun lepas akhirnya selesai setelah Edisi Timur menyiarkan berita pada Khamis 11 Februari minggu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telaga Mas, Ali Mohamad, berkata pihak Majlis Perbandaran Daerah Dungun (MPD) bertindak serta merta menimbus jalan yang terputus pada tengah hari Edisi Timur menyiarkan berita tersebut.
KEMELUT PEMBINAAN VELODROOM DI SURA HUJUNG DUNGUN
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun: Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung Sura Lapangan Terbang, Muhamad Jusoh berkata dakwaan yang mengatakan penduduk akan mengadakan mengadakan demonstrasi adalah tidak benar sebagaimana yang dilaporkan akhbar semalam.
“Pihak kami tidak pernah berhasrat ingin mengadakan demonstrasi membantah pembinaan kemudahan tersebut sebagaimana yang di war-warkan dalam akhbar sebelum ini, malah berhasrat menyerah memorandam bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.
Beliau yang memegang jawatan JKKK kampung semenjak setahun yang lalu berkata penduduk kampung mengalu-alukan pembinaan velodrom oleh pihak kerajaan di Dungun namun bukanlah di Kampung Sura Hujung oleh kerana kawasan lapang di Sura Lapangan Terbang amat terhad.
Katanya, beliau yang mewakili 4000 penuduk dan 1300 keluarga mempertahankan padang tersebut memandangkan itulah satu-satunya padang bola sepak yang dimiliki oleh sekian ramai penduduk di kampung ini dan ketiadaan tempat ganti jika velodrom dibina di situ.
Menurut beliau lagi, penduduk kampung masih kekurangan TADIKA dan dewan orang ramai yang patut diberi keutamaan berbanding pembinaan velodrom dan dengan pembinaan velodrom di padang tersebut sebarang acara rasmi penduduk kampung bagi mengadakan perhimpunan besar sudah tiada.
Tinjauan Edisi Timur di padang berkenaan petang Isnin (semalam) mendapati beberapa orang pekerja Majlis Perbandaran Dungun merombak khemah yang dipasang pada hari Khamis yang lalu bagi menyambut ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Mohd Sabree Cheek bagi melaksanakan upacara perasmian pecah tanah Sabtu lalu.
Penduduk, Zakaria Husin, 40, pula berpendapat perancangan pembinaan tersebut adalah suatu perancangan yang positif terutama termasuklah dari segi ekonomi penduduk tempatan.
“Dengan adanya velodrom dibina ditempat tersebut sudah tentu kawasan disekitar akan menjadi tumpuan orang ramai yang secara tidak langsung dapat membuka pintu rezeki kepada peniaga-peniaga kedai makan, perhotelan dan sebagainya.
Beliau berkata, pembinaan tersebut juga dapat memberi peluang kepada anak-anak tempatan untuk menjinakkan diri dengan sukan lumba basikal dan seterusnya lahir dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan tersebut yang berkemungkinan besar akan mencapai taraf antarabangsa.
Penduduk, Razulddin Mustaffa, 37, berkata, sebagai anak jati kampung berkenaan, saya juga akan berasa bangga kerana suatu hari nanti nama kampung saya akan terpahat dalam arena perlumbaan basikal kerana memiliki sebuah mini stadium yang difahamkan akan turut dilengkapi dengan berbagai lagi prasarana termasuklah mini muzium sukan.
“Adalah satu kerugian yang besar jika peluang untuk memiliki sebuah kemudahan sukan yang mungkin bakal merubah kampung ini menjadi sebuah perkampungan dilepaskan sebegitu rupa dan diadakan di tempat yang lain.
Dato’ Dr. Rosli Mat Hassan, Ketua Umno bahagian Dungun, berkata beliau akan terus berikhtiar untuk memastikan pembinaan Voledrom tetap diadakan di daerah Dungun sekiranya pembinaan di tapak yang dirancang di Sura Hujung dibatalkan.
Usaha Edisi Timur untuk mendapatkan maklumat berkenaan pembinaan tersebut gagal, Pegawai daerah enggan mengulas memandangkan baharu memulakan tugas di Pejabat daerah Dungun bermula semalam. end
1030477, 476, 472: kakitangan MPD sedang merombak khemah yang dipasang di padang bola Sura Hujung.
Rumah Usang Sarang Penagih Di Jetty Kuala PakaOleh MOHD ZAWAWI MAT AIL
Dungun: Seramai 38 orang yang di syaki penagih dadah telah ditahan petang Isnin lalu di Jetty kuala Paka hasil Operasi Sapu oleh pihak AADK dan juga dengan bantuan anggota RELA daerah Dungun.
Dungun: Seramai 38 orang yang di syaki penagih dadah telah ditahan petang Isnin lalu di Jetty kuala Paka hasil Operasi Sapu oleh pihak AADK dan juga dengan bantuan anggota RELA daerah Dungun.
Penagih dadah yang mula menyedari kehadiran anggota AADK dan RELA bertindak menyelamatkan diri masing-masing dari ditangkap dengan menyorok di dalam bot-bot nelayan di sekitar Jetty berkenaan,rumah-rumah kedai dan malah beberapa orang nekad terjun ke dalam muara sungai.
Adegan kejar-mengejar yang bermula jam 6.00 petang dan berakhir jam 8.00 malam itu turut membongkar rahsia 4 buah rumah kedai dua tingkat usang dan kosong yang menjadi tempat penagih melepaskan gian.
Apa yang lebih mengejutkan, anggota operasi menemui jarum suntikan yang bersepah-sepah diatas lantai dan yang dipenuhi sampah sarap dan alatan-alatan melepaskan gian di bahagian tingkat bawah rumah tersebut. Penagih dipercayai sedang menghisap dan menyuntik badan mereka semasa anggota serbuan sampai di kawasan tersebut berdasarkan bekas-bekas yang ditinggalkan. Manakala ruangan di bahagian tingkat atas digunakan penagih untuk tidur berdasarkan penemuan alastidur. Setelah menggeledah kawasan rumah kedai, jetty nelayan dan rumah-rumah di kawasan tersebut, anggota operasi menyerbu dua buah bot nelayan setelah dimaklumkan penduduk terdapat beberapa penagih yang lintang pukang menuju ke dalam bot-bot nelayan di jetty yang masih dalam pembinaan itu.
Pegawai Rela daerah Dungun, Wan Mohd Afandi Wan Ismail berkata, semasa diserbu bot berkenaan berkunci dan diberitahu pemilik bot bahawa tiada sesiapa di dalam botnya, namun setelah digeledah didapati 2 orang penagih dalam keadaan meniarap di atas lantai mengelak daripada dijumpai anggota operasi.
Pemilik bot berkenaan, yang mahu dikenali sbagai Ahmad berkata 2 penagih yang tidak dikenali oleh beliau itu tetapi sering ali mundar-mandir di kawasan jetty memasuki bot beliau melalui lubang di bahagian belakang bot kerana botnya itu dikunci sebelum meninggalkan jetty.
“Saya yang tidak tahu menahu bot saya diceroboh masuk, dan terkejut melihat anggota AADK dan RELA menyerbu bot,” katanya yang meminta pihak berkuasa mengerapkan lagi operasi kerana ehadiran penagih-penagih yang menjadikan kawasan jetty tersebut sebagai tempat melepaskan gian menimbulakan maslaha yang turut mengancam nyawa dan kehilangan harta benda khususny peralatan dan kelengkapan nelayan di situ.
Menurutnya lagi, beliau sendiri sudah beberapa kali menanggung kerugian apabila pukat dan perlatan menangkap ikan kerap kali hilang dicuri penagih yan terdiri daripaa penduduk tempatan dan dari kawsan luar termasuklah dari KETENGAH JAYA dan juga Felda RASAU.
Pengerusi JKK Kuala Paka, Mokhtar Yusof, 47, berkata “Kawasan Jetty Kuala Paka menjadi tumpuan penagih-penagih dari kawasan luar turut berpunca daripada kewujudan rumah kedai lama milik persendirian yang ditingalkan kosong yang lebih memudahkan mereka untuk menagih dan mendapatkan bekalan dadah.
Menurut beliau, sudah berkali-kali penduduk kampung meminta pihak MPD mengambil tindakan kepada pemilik rumah kedai berkenaan yang tidak peka dengan sensitiviti nelayan disini yang bimbang dengan keselamatan mereka terancam setelah rumah-rumah tersebut menjadi sarang penagih dadah semenjak beberapa tahun yang lalu namun sehingga sekarang tiada langkah penyelesaian diambil.
“Saya merayu pihak berkuasa campur tangan di dalam perkara ini demi kebaikan bersam terutama sekali bagi menyelamat remja dan belia terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat ini.
“Diharap pihak berkuasa menadakan operasi dengan lebih kerap, kami di sini sentiasa menjalankan rondaan melalui pertubulan KRT namun penagih dadah disini licik mengesan pergerakan membenteras mereka.
Nelayan, Kamaruzzaman Mustaffa, 50 berkata, beliau eringkali melihat orang-orang yang tiak dikenali datang ke jawasan tersebut walaupun jauh lewat malam dan awal pagi.
“saya yang sudah berpuluh tahun menetap dan menjadi nelayan di sini amat sedih dan bimbang jika kedaan seperti berterusan semakin ramai penduduk tempatan yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan mnjadi penagih, “katanya yang turut merayu pihak berkuasa menjalankan operasi dengan lebih kerap walaupun seminggu sekali.
Sementara itu, Pengarah AADK negeri Terengganu yang ditemui dan turut serta dalam operasi bersama-sama seramai 20 anggota RELA daerah Dungun dan 46 anggota AADK berkata, daripada 38 orang yang ditahan kerana disyakki penagih dadah dibawah akta 3 (1) Akta Penagihan Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983 seramai 14 orang didapati positif selepas saringan yang pertama.
“kita mendapat mendapat maklumat berkaitan kawasan ini daripada hasil risikin anggota AADK sendiri yang dijalankan beberapa mnggu sebelum ini lagi dan juga daripada orang ramai, lokasi ini adlahsalah satu aripada loksai panas bagi AADK.
‘Kita juga telah menjumpai jarum-jarum yang digunakan penagih di kawasan tersebut untuk dijdikan sebagai bukti dan secara keeluruhannnya operasi ini telah berjaya dilaksanakan dengan bersepadu,” katanya yang turut menghargai maklumat daripada orang ramai dan berharap orang ramai akan terus memberi kerjasama bagi membendung kegiatan gejala dadah yang semakin berleluasa di kawasan tersebut. end
Jalan roboh Telaga Mas
Mohd Zawawi Mat Ail
Paka: Sebatang jalan utama yang menghubungkan Kg Telaga Emas dengan Bandar Paka yang roboh 3 bulan lalu (November) masih tidak dibaiki, ianya membahayakan keselamatan penduduk apabila murid-murid Sek Keb Paka dari kampug tersebut terpaksa mempertaruh keselamatan diri setiap kali melalui jambatan kayu sementara selebar 2 hasta yang dibina penduduk.
Tinjauan Edisi Timur mendapati penduduk kampung dan pelajar sekolah menyeberang jalan dengan melalui jambatan sementara yang selebar 2 hasta, dibina penduduk menggunakan kayu bulat.
Suhaizi Imran, 10, murid Sek Keb Kuala Paka yang ditemui Edisi Timur berkata, dia dan rakan-rakan terpaksa memberanikan diri melalui jambatan kecil itu walaupun dia takut dan gayat setiap kali pergi dan pulang dari sekolah.
Ditanya kenapa tidak melalui jalan lain unuk ke sekolah, dia dan rakan-rakan memberitahu jalan tersebut merupakan jalan utama ke sekolah dan Bandar Paka, mahu tidak mahu mereka terpaksa memberanikan diri juga menyeberanginya daripada terpaksa berjalan kaki sejauh 5 kilometer melalui Bandar paka untuk ke sekolah.
“Saya tidak mempunyai basikal ayah tidak mampu,” katanya yang turut memberitahu rakan-rakannya yang berbasikal melalui jalan roboh tersebut apatah lagi saya yang terpaksa berjalan 5 kilometer untuk ke sekolah.
Penduduk, Ismail Bakar, 40, berkata terdapat laluan lain untuk ke sekolah dan Bandar Paka namun mereka terpaksa melalui jarak sejauh 5 kilometer melalui simpang Santong dan Kuala Paka, menempuh 2 persimpangan lampu isyarat untuk sampai ke sana.
“Selain daripada jauh, laluan tersebut yang sentiasa sibuk dengan pelbagai kendaraan juga merbahaya lebih-lebih lagi kepada pelajar sekolah rendah.
Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung Telaga Mas, Ali Mohamad berkata beliau telah mengajukan permasalahan yang dihadapi penduduk kepada pihak bertanggungjawab namun sehingga kini tiada tindakan diambil.
Jalan tersebut roboh disebabkan pembentung yang ada tidak dapat menahan tekanan air yang melimpah jalan.
“Bimbang dengan paras air yang semakin meningkat di kawasan perumahan rumah kos murah dan menyelamat beberapa kawasan kediaman penduduk tenggelam, jalan yang roboh itu terpaksa di perluas lagi dengan mengguna jentera berat bagi melancarkan pengaliran air bagi menyelamat perumahan rumah kos rendah daripada tenggelam.
“Perumahan rumah kos murah berhampiran berjaya diselamat daripada ditenggelami air namun jalan yang menjadi laluan utama penduduk Telaga Mas yang roboh terpaksa diroboh lagi bagi menyelamat rumah murah menyebabkan jalan yang roboh menjadi bertambah besar dan dalam.
Bimbang dengan keselamatan penduduk yang masih menyeberang jalan yang roboh tersebut beliau terpaksa menyekat laluan tersebut dengan membuat sekatan dengan melonggokkan batu, dahan-dahan pokok mati dan juga membentang tali menghalang penduduk melaluinya.
Namun sekatan yang dibuat tersebut dipercayai dibuang penduduk dan terus dilalui walaupun membahayakan keselamatan diri jika terjatuh ke dalam gaung sedalam 2 meter itu.
Apa yang lebih membimbangkan beliau, disebabkan jalan tersebut tidak dibaiki walaupun sudah hamper 3 bulan roboh, kejadian yang yang tidak diingini sudah berlaku sebelum ini
“2 orang pembonceng motosikal bersama-sama motorsikalnya terjatuh ke dalam gaung tersebut dan mengalami kerugian dan cedera.
“Sebagai Pengerusi JKKK yang memikul amanah menjaga keselamatan dan kebajikan penduduk saya merayu pihak berkenaan membaiki jalan yang roboh ini dengan secepatyang mungkin,’ katanya yang bimbang kejadian yang sama berulang lagi.
ADUN PAKA, Zakaria Abdullah yang ditemui berkata, beliau sudah mengusulkan permasalahan yang dihadapi penduduk semenjak jalan tersebut roboh berbulan yang lalu.
“Saya difahamkan peruntukan sudah ada dan berharap pihak JPS mempercepat kerja-kerja membaiki jalan roboh tersebut.
“Pembinaan jambatan lebih sesuai dibina di situ berbanding pembentung yang tidakdapatmenahan tekanan air yang kuat,’ katanya. END
SRS Taman Murni Perdana
10300105: Pengerusi KRT Taman Murni Perdana, Amran MohamadPegawai Perpaduan dan 10300084: Pegawai Integrasi Nasional Daerah Dungun, Baharuddin Abd Ghani, Ketua Balai Polis Paka bersama penduduk Taman Murni Perdana di majlis taklimat Skim Rondaan Sukarela
1030080: Pengerusi KRT Amran berjabat salam dengan pegawai Integrasi Nasional daerah Dungun Baharuddin , diperhatikan Ketua Balai Polis Paka Mahadi di majlis taklimat SRS Taman Murni Perdana
Paka: Kerjasama yang erat antara penduduk dengan pihak polis berjaya mengurangkan kadar jenayah di Paka pada tahun 2009 khususnya dengan khidmat yang diberikan penduduk dalam menjayakan Skim Rondaan dan Sukarela (SRS) dan kawalan oleh pihak Angktan Relawan Rakyat (RELA).
Pada 2009 bilangan kes jenayah kekerasan mencatat peningkatan sebanyak 3 kes manakala jenayah harta benda pula mencatat penurunan sebanyak 41 kes, secara keseluruhan berlaku penurunan sebanyak 38 kes.
Selain daripada menjalankan rondan dan kawalan penubuhan KRT juga memberi banyak manfaat kepada penududuk dengan penganjuran berbagai program kemasyarakatan dalam memupuk perpaduan dalam masyarakat.
Pengerusi KRT Taman Murni Perdana, Amran Mohamad, 38, berkata semenjak SRS dijalankan di taman perumahan itu kejadian pecah rumah dan lain-lain kegiatan jenayah sudah tidak berlaku.
Beliau yang menjawat jawatan tersebut setahun yang lepas dan dianugerahkan sebagai salah sebuah KRT terbaik baru-baru ini berharap kecemerlangan tersebut dapat dikekalkan untuk tahun-tahun yang akan datang.
“Alhamdulillah, penduduk di sini memberi komitmen yang tinggi dengan menyertai program-program yang dianjurkan dan melalui biro-biro yang dilantik, kami menganjurkan berbagai program seperti Skim Rondaan Sukarela (SRS), kursus keibubapaan, sambutan maulidurrasul dan lain-lain lagi.
“Dengan penubuhan KRT-KRT di taman-taman perumahan, bebanan tugas pihak berkuasa dalam mencegah jenayah dan gejala sosial yang negatif dapat diringankan,” katanya yang berkat walaupun penduduk di aman perumaahan tersebut berbilang kaum namun kesepaktan yang ditunjukkan membolehkan program-proram kemasyarakatan anjuran KRT dapat dijyakan sepenuhnya.
Penduduk Hashimah Bakar, 40, berkata beliau bangga bangga dengan penglibatan belia dan remaja dalam pasukan SRS di kawasan perumahan ini semenjak beroperasi bermula pertengahan tahun lepas.
“Dengan penglibatan belia dan remaja di dalam pasukan SRS, kegiatan lumba haram yang menjadi salah satu masalah sosial di kawasan ini akan dapat dibenteras.
Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Dungun, Baharuddin Abd Ghani berkata, pihak sentiasa menambah bilangan rondaan SRS dari semasa ke semasa.
Bagi memastikan SRS mencapai objektif untuk mengurangkan kadar jenayah di kawasan setempat melalui prinsip “mesra rukun tetangga” pihaknya sentiasa memantau perjalanan SRS di setiap setiap pos kawalan dan mengadakan majlis-majlis taklimat Skim Rondaan sukarela (SRS) dengan kerjasama pihak polis dearah.
“Kita sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan anggota sukarela kita setiasa mematuhi etika yang ditetapkan dalam melaksanakan tugas membuat roandaan dan kawalan di kawasan masing-masing termasuklah etika berpakaian, penggunaan peralatan dan sebagainya semasa menjalankan tugas.
Anggota SRS juga sentiasa diingatkan supaya mempraktikkan prinsip “mesra rukun tetangga” semasa menjalankan kawalan dan rondaan bagi mewujudkan suasana hormat menghormati sesame jiran di sesuatu kawasan.
“Sesi taklimat berkenaan SRS kepada orang ramai sentiasa diadakan dari semasa ke semasa di KRT-KRT dikampung-kampung dan juga taman-taman perumahan, dengan cara ini masyarakat lebih faham kepentingan mempunyai SRS di kawasan kediaman, menarik lebih ramai anggota dan memastikan anggota sentiasa diberi peringatan supaya mematuhi etika dalam melaksanakan tugas,” katanya di majlis Taklimat Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Taman Murni Perdana Bersama Polis Paka di sini baru-baru ini.
Pihaknya sentiasa memberi galakan kepada masyarakat setempat menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan KRT Taman murni Perdana merupakan salah satu KRT yang bergiat aktif di daerah Dungun.
Sehingga kini sebanyak 76 KRT ditubuhkan dan jumlah ini akan bertamabah berdasarkan bilangan permohonan baru yang kita terima dari semasa ke semasa. Beliau juga berharap ahli masyarakat memberi kerjasama menjayakan program-program kemasyarakatan untuk mengatasi masalah sosial yang semakin meningkat dan mengeratkan perpaduan dalam masyarakat.
Majlis tersebut dihadiri lebih 100 orang penduduk Taman Murni Perdana bagi mendengar taklimat berkenaan kepentinan SRS, fungsi dan etika rondan dan kawalan oleh Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Dungun, Baharuddin Abd Ghani dan Ketua Balai Polis Paka, Chief Inspektor Mahadi Husin.
Beliau berharap kerjasama antara angota SRS dan penduduk tempatan pihak polis akan berterusan untuk masa-masa yang akan datang bagi membenteras jenayah secara habis-habisan. end
BP PETRONAS Acetyles sehari bersama komuniti
Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail
“5 sekolah menerima sumbangan BP PETRONAS Acetyles”
Dungun : BP PETRONAS Acetyles Sdn Bhd (BPPA) sebuah syarikat pengeluar asid asetik usaha sama 2 syarikat gergasi dalam industri petrokimia Petronas dan BP, tidak hanya menjalankan aktiviti bersifat komersial tetapi aktif melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat yang bermanfaat kepada mayarakat.
Selain terlibat secara aktif bersama Jabatan Perikanan dan WWF Malaysia dengan menjadi rakan kongsi Pusat perlindungan Penyu Ma’ Daerah yang menjadi salah satu tempat pemuliharaan penyu di Labohan, Terengganu, baru-baru ini BP PETRONAS Acetyles Sdn Bhd menyampaikan sumbangan sebanyak RM 15, 000 kepada 5 buah sekolah di Mukim Paka di bawah Program Prihatin Pelajar.
Menurut Senior HRA Executive syarikat tersebut, Mohammed Sofi Husin setiap sekolah yang terpilih akan menyenaraikan 15 pelajar miskin dan akan mengagihkan bantuan tersebut sebanyak RM 200 seorang untuk membeli keperluan persekolahan mereka.
“Dengan sumbangan yang disampaikan khusus kepada pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan di bawah Program Prihatin Pelajar ini, sedikit sebanyak ianya akan dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung ibu bapa atau penjaga untuk menghantar anak mereka ke sekolah dan seterusnya dapat menjana keemerlangan pendidikan.
Sumbangan yang disampaikan oleh wakil Pengurus Besar BP PETRONAS Acetyles Sdn Bhd (BPPA), Fakhrul Razi Abd Malik kepada Pengetua sekolah berkenaan di majlis Sehari Bersama Komuniti bertempat di perkarangan Masjid Taman Hadhari Paka itu turut dihadiri Adun Paka, Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah, Pegawai Pelajaran daerah Dungun, Zakariah Ali dan wakil Syarikat Petronas.
Di majlis yang dihadiri lebih seribu orang penduduk sekitar, pihak syarikat turut mengadakan mini pameran khusus untuk menerangkan cara-cara BP PETRONAS Acetyles Sdn Bhd (BPPA) beroperasi, sistem keselamatan yang diamalkan syarikat dan juga pencapaian-pencapaian cemerlang yang telah terbentuk sepanjang 10 tahun berperasi di loji kerteh.
Penduduk, Mohd Safri Mat Ali, 42, berkata majlis Sehari Bersama Komuniti anjuran BP PETRONAS Acetyles Sdn Bhd (BPPA) ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara BP PETRONAS Acetyles Sdn Bhd (BPPA) dengan masyarakat di sini dan membolehkan penduduk mengenali dengan lebih dekat matamat dan produk yang dikeluarkan.
“Program syarikat yang beroperasi di kawasan perindustrian di sini dengan masyarakat sekitar perlu di adakan selalu, terutama sekali melibatkan golongan kurang bernasib baik seperti pada hari ini,” katanya yang ditemui di majlis tersebut.
Adun Paka, Zakaria@Mohd Ariffin Abdullah berkata usaha BP Petronas Acetyles yang komited dengan program kemasyarakatan dan menganjurkan berbagai program bersama pihak sekolah patut dijadikan contoh kepada syarikat-syarikat yang lain.
"Program ini juga dapat memupuk minat masyarakat khasnya para pelajar untuk meminati bidang sains, mencintai alam sekitar dan memberi pengetahuan baru berkaitan prosedur-prosedur keselamatan diamalkan syarikat besar bertaraf dunia.
"Saya amat tertarik dengan usaha BP Petronas Acetyles yang terlibat aktif bersama-sama Jabatan Perikanan dan WWF Malaysia dalam usaha untuk menyelamatkan tujuh spesisi penyu yang hampir pupus dengan mengelola Pusat Perlindungan Penyu Ma' Daerah di Labohan, Terengganu
"Saya amat tertarik dengan usaha BP Petronas Acetyles yang terlibat aktif bersama-sama Jabatan Perikanan dan WWF Malaysia dalam usaha untuk menyelamatkan tujuh spesisi penyu yang hampir pupus dengan mengelola Pusat Perlindungan Penyu Ma' Daerah di Labohan, Terengganu
Wakil BP PETRONAS Acetyles Sdn Bhd (BPPA), Fakhrul Razi Abd Malik berkata, sebagai sebuah syarikat bertaraf dunia dan beroperasi mengikut piawaian bertaraf dunia sudah menjadi sebahagian daripada tugas kami untuk mengenengahkan konsep penggunaan sains dan teknologi yang mesra alam kepada masyarakat terutamanya para pelajar.
“Pihak syarikat dari semasa ke semasa sentiasa menganjurkan program bagi menarik minat para pelajar mempelajari bidang sains dan mencintai alam sekitar. Program BP My Science contohnya, pihak syarikat memperuntukkan sebanyak RM500, 000 khusu ntuk program ini yang melibtkan pelajar-pelajar dari berbagai sekolah di Malaysia,” katanya Tabarru’ (Khairat Kematian) ANGKASA meringankan beban kewangan pewaris
Ketengah Jaya: Kesulitan hidup dua keluarga di Felda Kerteh 4 di sini setelah kematian ketua keluarga yang menjadi tempat bergantung, sedikit terubat dengan penerimaan cek pampasan skim Tabarru’ (Khairat Kematian) ANGKASA baru-baru ini.
Siti Nurhidayah Mohd Jaafar, 21, berkata pemergian mengejut bapa beliau dalam satu kemalangan jalan raya pada September lalu memberi ujian berat kepada beliau lima beradik yang juga tidak tinggal sebumbung dengan ibu setelah berpisah dengan bapa mereka beberapa tahun yang lalu.
Beliau yang masih menuntut di peringkat ijazah pertama dan anak kedua dari lima adik beradik itu kini bergantung kepada pendapatan tidak seberapa abangnya yang bekerja sebagai buruh ladang dan hasil ladang untuk menyara kehidupan dan persekolah beliau dan adik-adik beliau.
Namun begitu beban kewangan yang mereka hadapi sedikit terubat dengan penerimaan pampasan Skim Tabarru’ (Khairat Kematian) ANGKASA sebanyak RM 11,000 yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua Angkasa, Dato’Abdul Fattah Abdullah di Felda Kerteh 4 di sini baru-baru ini.
“Tiada terucap kesyukuran saya dengan penerimaan wang pampasan Khairat Kematian ini lebih-lebih lagi di saat kami adik beradik kehilangan tempat bergantung sebegini.
“Penerimaan wang pampasan ini juga meringankan beban kewangan untuk persekolahan adik-adik yang menjadi amanah untuk saya memastikan adik-adik tidak terabai dan menjadi orang berguna,” kata beliau yang kini berada di tahun pertama pengajian Sains Kaunseling dengan Kepujian UUM.
Pengurus Felda Kerteh 4, Mohd Najib Othman berkata, sehingga kini seramai 6 waris yang kematian ahli keluarga telah menerima pampasan di bawah skim Tabarru’ semenjak Koperasi Felda Kerteh 4 menyertai Skim Tabarru’ (Kairat Kematian) dan 2 lagi permohonan pampasan masih dalam proses kelulusan.
“Sekarang ini seramai 309 ahli Koperasi Felda Kerteh 4 dilindungi Skim Tabarru’ dengan caruman tahunan sebanyak RM 15.00 setahun dan dibayar koperasi hasil daripada keuntungan koperasi sendiri,” tambahnya.
Majlis penampaian cek skim Tabarru’ yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua Angkasa, Dato’Abdul Fattah Abdullah turut dihadiri Adun Paka, Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah, Pegawai Perhubungan ANGKASA negeri Terengganu, Mohd Jais Hassan dan wakil Etika Takaful Berhad.
Timbalan Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaa Malaysia Berhad (ANGKASA), Dato’ Abdul Fatah Abdullah berkata koperasi kini sewajarnya lebih prihatin untuk menjaga kebajikan kepada para anggotanya justeru itu para pemimpin koperasi di seluruh negara perlu mengambil pendekatan supaya para anggota mereka mendapat perindungan tabarru’yang dapat membantu waris anggota mereka apabila mereka meninggal dunia.
“Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mensasarkan seramai 1.5 juta anggota koperasi ahlinya menertai Skim Tabarru’ (khairat kematian) ANGKASA yang dilaksanakan dengan kerjasama syarikat takaful menjelang akhir tahun 2010 dan sehingga kini seramai kira-kira 120,000 koperator daripada 158 koperasi diseluruh negara telah menyertai skim ini.
Tambah beliau, melalui skim Tabarru’ ANGKASA para anggota koperasi yang berumur 16 hingga 65 tahun boleh menyertai skim ini dengan mencarum sebnyak RM5 setahun. Bagi caruman sebanyak itu waris anggota koperasi akan menerima bayaran khairat kematian dan belanja pengebumian sebanyak RM3, 800 dan seseorang ahli membuat caruman sebanyak RM25 setahun dan jika mereka meninggal dunia, waris akan mendapat sebanyak RM19,000.
“Bagi anggota koperasi yang berumur 66 hingga 80 tahun pula, satu plan perlindungan juga turut disediakan dengan caruman tahunan sebanyak RM20 dan semua pilihan skim ini adalah dibuat oleh anggota koperasi berdasarkan pilihan masing-masing. Sehingga kini sebanyak 3.5 juta telah dibayar kepada waris anggota koperasi yang meningal dunia dan ini merupakan sumbangan yang dapat diberikan oleh ANGKASA kepada anggota koperasi.
Beliau berharap agar koperasi-koperasi diseluruh negara menyertai skim ini supaya nasib waris anggota koperasi terbela.
ANGKASA mensasar 1.5 juta anggota koperasi akan menyertai Skim Tabarru’ ANGKASA menjelang 2010
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Ketengah Jaya: Timbalan Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaa Malaysia Berhad (ANGKASA), Dato’ Abdul Fatah Abdullah berkata koperasi kini sewajarnya lebih prihatin untuk menjaga kebajikan kepada para anggotanya justeru itu para pemimpin koperasi di seluruh negara perlu mengambil pendekatan supaya para anggota mereka mendapat perindungan tabarru’yang dapat membantu waris anggota mereka apabila mereka meninggal dunia.
Menurut beliau lagi, menyedari keperluan itu Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mensasarkan seramai 1.5 juta anggota koperasi ahlinya menertai Skim Tabarru’ (khairat kematian) ANGKASA yang dilaksanakan dengan kerjasama syarikat takaful menjelang akhir tahun 2010.
“Sehingga kini seramai kira-kira 120,000 koperator daripada 158 koperasi diseluruh negara telah menyertai skim ini.
Di dalam kenyataan kepada media di majlis penyampaian cek Skim Tabarru’ ANGKASA kepada waris dua anggota koperasi yang meninggal dunia di Felda Kerteh 4 disini baru-baru ini beliau turut berkata, melalui skim Tabarru’ ANGKASA para anggota koperasi yang berumur 16 hingga 65 tahun boleh menyertai skim ini dengan mencarum sebnyak RM5 setahun. Bagi caruman sebanyak itu waris anggota koperasi akan menerima bayaran khairat kematian dan belanja pengebumian sebanyak RM3, 800.
Mengulas lanjut beliau berkata, jika seseorang ahli membuat caruman sebanyak RM25 setahun dan jika mereka meninggal dunia, waris akan mendapat sebanyak RM19,000.
“Bagi anggota koperasi yang berumur 66 hingga 80 tahun pula, satu plan perlindungan juga turut disediakan dengan caruman tahunan sebanyak RM20 dan semua pilihan skim ini adalah dibuat oleh anggota koperasi berdasarkan pilihan masing-masing.
Tambahnya, sehingga kini sebanyak 3.5 juta telah dibayar kepada waris anggota koperasi yang meningal duniadan ini merupkan sumbangan yang dapat diberikan oleh ANGKASA kepada anggota koperasi.
Beliau juga berharap agar koperasi-koperasi diseluruh negara menyertai skim ini supaya nasib waris anggota koperasi terbela.
Turut hadir di majlis penyampaian cek tersebut ADUN Paka, YB Zakaria@Mohd Ariffin Abdullah dan Pegawai Perhubungan ANGKASA negeri Terengganu, Mohd Jais Hassan.
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Paka:
Kempen kawalan denggi melalui program Komunikasi untuk Perubahan
Tingkah laku (COMBI) yang menjadikan pelajar sebagai sasaran utama
anjuran Pejabat Kesihatan daerah Dungun dan Jabatan Pendidikan Daerah
mendapat sambutan hangat pelajar dan masyarakat di sini.
Seramai 200 orang pelajar tahun 4, 5 dan tahun 6 Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Chee Mong dan Sekolah Rendah Kebangsaan Paka yang tinggal di
Kg Limbong, Kg Pantai Laut, Kg Cacar Lama dan Kg Gong Gemia menyertai
aktiviti mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes di sekitar
kampung tersebut.
“Aktiviti ini menarik ramai pelajar kerana ianya dikira sebagai satu
pertandingan, pelajar yang banyak menjumpai tempat pembiakan aedes akan
menerima hadiah.
“Walaupun hadiah yang disediakan apa yang penting mereka berasa lebih
seronok dapat bersama-sama menjalankan tanggungjawab menghapus
tempat-tempat pembiakan aedes.
Pada hari kedua kempen beberapa acara diadakan di Dewan Sivik Paka
iaitu pertandingan mewarna kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan, pameran
denggi & HNI, tayangan video dan kuiz denggi yang turut
dihadiri Pengerusi Penyelaras Dun Sura, YB Senator Zainun Abu Bakar.
Penduduk Abdullah Ahmad, 40, sambutan yang ditunjukkan oleh para
pelajar amat memberangsangkan hinggakan para pelajar yang tinggal di
luar kampung Pantai Laut, Kg Cacar Lama dan Gong Gemia turut sama hadir
menyertai pertandingan yang dianjurkan.
“Saya mencadangkan pihak Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat
Pendidikan mengadakan lebih banyak lagi program sebegini untuk
mempertingkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga
kebersihan persekitaran.
Abdul Ghaffar Yusuf, 60, berkata dengan kempen sebegini diharap
masyarakat di sini lebih bertanggungjawab memastikan rumah kediaman
masing-masing bebas daripada menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.
“Walaupun kes-kes kejadian demam denggi tidak tinggi di kawasan ini,
tanggungjawab membersihkan kawasan kediaman dengan menghapuskan semua
bekas yang tidak berguna yang boleh menakung air ke dalam tempat
pelupusan sampah perlu menjadi amalan.
Penolong
Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Ahmad Nazri Shafie @ Senik, yang
mewakili Pegawai Kesihatan Daerah Dungun berkata kempen melibatkan
pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat setempat ini adalah salah satu
langkah yang diambil Pejabat Kesihatan daerah Dungun dengan kerjasama
Pejabat Pendidikan Daerah untuk menanam kesedaran menjaga kebersihan
persekitaran kepada kepada orang ramai.
“Ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan penting kepada para
pelajar dalam memberi tunjuk ajar dan teladan tentang penjagaan
kebersihan persekitaran untuk mencegah dan mengawal penyakit-penyakit
yang berpunca dari persekitaran yang kotor,” katanya.
Objektif umum program COMBI adalah untuk mengurangkan kejadian kes
demam denggi di lokaliti yang terlibat iaitu kepada 80% kes pada tahun
2010 berbanding tahun 2009. Melaui mengadakan program-program di
kalangan masyarakat setempat bermula dari peringkat persekolahan dalam
menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedis di premis dan
persekitaran.
Manakala secara khususnya program ini bertujuan untuk memupuk pelajar
sekolah supaya memeriksa tempat- tempat takungan dan pembiakan aedes di
rumah setiap hari Jumaat iaitu selama 10 minit.
Program ini juga bertujuan untuk menjadikan tabiat gotong-royong
membersihkan rumah sebagai amalan dan memberi kesedaran kepada
masyarakat setempat peri pentingnya bersama-sama menghapuskan tempat
pembiakan nyamuk aedes bagi semua lapisan masyarakat
Pendatang haram dicekup
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Paka Seramai 9 orang ditahan daripada 31 orang pendatang warga
Indonesia, Kemboja dan Bangladesh yang diperiksa status mereka di tiga
lokasi berasingan di sini.
Dalam serbuan oleh Rela daerah Dungun di bawah Akta Peraturan-peraturan
Perlu Ikatan Relawan Rakyat Malaysia pindaan 2005 yang bermula pukul
1.00 pagi hingga 6 pagi itu, kesemua mereka ditahan kerana tidak
memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Pegawai Rela daerah Dungun, Wan Mohd Afandi Wan Ismail berkata PATI yang
ditahan terdiri daripada seorang perempuan dan 8 lelaki berumur 20
hingga 40 tahun.
Beliau berkata, semasa serbuan kebanyakan warga asing sedang tidur dan
mereka dikejutkan untuk diperiksa dokumen masing-masing.
Apa yang mengejutkan pendatang tanpa izin yang di tahan sudah hampir
lima tahun tinggal secara haram di negara ini hinggakan mereka sudah
fasih berbahasa melayu.
Salah satu sebab pendatang tanpa izin ini terlepas dari tangkapan pihak
berkuasa ialah mereka sering berpindah randah, jika merasakan kehadiran
mereka dihidu oleh pihak berkuasa di suatu tempat mereka akan berpindah
ke tempat yang lain pula.
Seramai 6 orang pendatang yang bekerja sebagai buruh binaan tanpa izin
ditahan di lokasi pembinaan Kuarters Sek Ren Kg Nyior termasuk seorang
perempuan berusia 25 tahun.
Di lokasi kedua Kampung Darat Kubur, 2 orang pendatang tanpa izin yang
bekerja sebagai tukang rumah ditahan dan di lokasi ketiga seorang
pendatang tanpa izin warga Bangladesh ditahan yang bekerja di sebuah
syarikat menyedut pasir sungaidi kampung Durian Mentangau.
Kesemua pendatang tanpa izin yang ditahan di hantar ke Depot Tahanan
Ajil untuk siasatan selanjutnya sebelum diserahkan kepada pihak
Emigresen.
Operasi kami sekarang ini lebih ditumpukan kepada kawasan-kawasan yang
mempunyai projek-peojek pembinaan.
Operasi menahan pendatang tanpa izin ini telah menampakkan kejayaan dan
akan diteruskan dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat orang awam
dan risikan yang dijalankan anggota Rela sendiri.
Dengan operasi ini, Rela dapat mengurangkan jumlah pendatang asing di
daerah ini dan seterusnya mengurangkan masalah sosial membabitkan
golongan ini.
Warga asing yang berkerja sebagai tukang rumah sering menawarkan harga
yang jauh lebih murah berbanding harga biasa, ini merosakkan pendapatan
warga tempatan.
Serbuan ini di ketuai oleh Wan Mohd Afandi Wan Ismail dan disertai 2
orang pegawai rela dan 22 anggota.
Bakal Haji
Dun Paka dirai
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Paka: Seramai 92 orang bakal-bakal haji
diraikan di majlis yang dirasmikan oleh Adun Paka, YB Haji Zakaria @
Mohd Ariffin Abdullah di Dewan Sek Men Keb Paka disini, bakal-bakal
haji juga mendapat cenderamata sumbangan Perkumpulan Wanita Paka dan
Pusat Khidmat Dun Paka.
Pengurus
Tabung Haji Daerah Dungun, Ahmad Jelani Abd Ghani menasihatkan
bakal-bakal haji mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak Tabung Haji dai
semasa ke semasa untuk kelanjaran ibadah haji dan sentiasa menjaga imej
rakyat Malaysia yang bersopan santun dan sebagainya.
“Semasa berada di sana elakkan berada di luar
bangunan kerana cuaca di sana sangat panas pada siang hari dan sangat
sejuk pada malam hari, perubahan cuaca boleh menjejaskan kesihatan.
Mohammad Deramin, 50, seorang bakal haji yang
ditemui di majlis tersebut berkata beliau berpuas hati dengan
perkhidmatan yang disediakan pihak Tabung Haji dan mencadangkan supaya
Tabung Haji memperbanyakkan lagi kursus haji terbuka yang boleh disertai
oleh orang awam bukan kepada bakal-bakal haji yang berdaftar sahaja.
Che. Noreha Ismail, 46, pula memberi cadangan
supaya pihak pengurusan Tabung Haji membuat tawaran lebih awal kepada
bakal haji yang berstatus “standby” supaya mereka tidak ketinggalan
kurusus haji yang dianjurkan dan dapat membuat persiapan lebih awal. Ini
menyenangkan mereka untuk memohon cuti kepada majikan jika betul-betul
mereka ditawarakan tempat.
Beliau
sebagai wakil pihak Pengurusan Tabung Haji daerah Dungun mengucapkan
tahniah kerana menjadi sebahagian daripada 26,000 tetamu Allah yang akan
berlepas ke tanah suci dalam waktu terdekat ini dan semoga memperolehi
haji yang mabrur.
Manakala
Mohd Ismail, 50, turut bersetuju dengan cadangan tersebut dan berkata
adalah lebih menyenangkan bakal-bakal haji jika tarikh keberangkatan
diberitahu dengan lebih awal. Ada sesetengah bakal haji yang sudahpun
berlepas manakala yang lain masih tertanya-tanya bilakah tarikh
keberangkatan mereka. Kelewatan ini sedikit sebanyak menjadi masalah
terutama sekali kepada sanak saudara yang ingin memohon cuti untuk
menghantar bakal haji berlepas ke tanah suci.
Di dalam ucapannya, YB Haji Zakaria @ Mohd
Ariffin Abdullah melahirkan kesyukuran dengan prasarana yang dibangunkan
kerajaan, ianya telah banyak mempermudahkan urusan umat islam di negeri
ini menunaikan ibadah haji khususnya pembinaan Lapangan Terbang Sultan
Mahmud (LKSM). Ini adalah musim yang ke dua jemaah haji dari terus
berlepas ke Leddah dari LKSM dan tidak perlu lagi berkumpul di Kompleks
Tabung Haji di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, sebagai pusat
transit, sebelum dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
untukberlepas ke Mekah dan Madinah.
Ketiadaan
longkang dan pembentung yang mencukupi.
Dungun: sistem saliran yang
tidak baik menyebabkan penduduk di kg sura hujung dekat sini berhadapan
dengan masalah banjir dan hakisan yang teruk berlaku kepada jalan dan
rumah mereka
ketiadaan longkang di kawasan sekitar rumah penduduk dan
kekurangan pembentung di jalan yang dibina berdekatan dengan sungai
menyebabkan air tidak dapat mengalir ke sungai sura dengan baik menjadi
punca masalah yang dihadapi oleh mereka.
Tinjauan berita
harian di kawasan sekitar kawasan tersebut mendapati sebahagian jalan
berdekatan dengan sungai sura roboh dan sebuah rumah yang berdekatan
mengalami hakisan yang teruk
Ramli Abdullah, 55, pemilik rumah
yang mengalami hakisan ditemuramah wartawan berita harian berikutan
kejadian hakisan yang merobohkan jalan bersebelahan rumahnya dan
menghakis kawasan rumah beliau pada jam 12.00 malam sabtu lepas, beliau
berkata penduduk di sini memang bimbang dengan ketiadaan longkang di
sekitar kawasan ini dan kekurangan pembentung di jalan berhampiran
sungai terbabit yang menjadi laluan aliran keluar, namun tidak menduga
sama sekali kejadian seburuk ini akan berlaku.
Menceritakan
kejadian tersebut, beliau yang mula berasa tidak sedap hati dengan
keselamatan rumahnya yang hanya lebih kurang 12 meter dari jalan yang
runtuh itu. Keesokan harinya, aliran air yang semakin deras terbentuk di
bahagian hadapan dan belakang rumah menyebabkan sebahagian tanah
terhakis, apa yang lebih membimbangkan tanah yang menyokong beberapa
tiang rumah dan lantai dan garaj kereta dihakis air dan tergantung.
Bimbang dengan
aliran air yang deras dan hujan yng tidak berhenti beliau membuat parit
supaya tidak terus menghakis tanah di kawasan rumah.
‘nasib baik ada
beberapa pokok besar berhampiran garaj kereta dan sisi rumah yang dapat
mengurangkan hakisan, jika tidak mungkin keadaan rumah menjadi semakin
teruk.
‘saya tidak dapat buat apa-apa dengan Aliran air di bahagian sisi rumah
yang terus menghakis tanah, saya bimbang jika hujan terus menerus rumah
saya akan rosak teruk.
Razak abd rahman, 54, berkata
kawasan di sini mula mengalami masalah banjir semenjak dua tiga tahun
ini berikutan jalan yang dibina di sekitar kampung tidak dilengkapi
dengan longkang bagi memudahkan pergerakan air.
Ketiadaan
longkang menyebabkan aliran air bebas pergi ke tempat yang lebih rendah
dan merosakkan rumah penduduk di kwasan yang lebih rendah terutam sekali
rumah yang berhampiran dengan sungai, sebagaimana yang berlaku kepada
rumah ramli Abdullah
Ketiadaan longkang disekitar kampung ditambah
dengan keadaan jalan yang dibina tanpa pembentung yang mencukupi
menyebabkan jalan tersebut roboh kerana tidak dapat menampung tekanan
air. Hanya terdapat dua pembentung yang dibina di jalan itu
Beliau meminta
supaya longkang dibina disekitar kampung dan jalan berhampiran sungai
tersebut dibuat pembentung yang lebih banyak untuk melancarkan aliran
air ke sungai
Seorang penduduk yang mahu dikenali dengan nama
amir berkata, punca berlakunya kejadian jalan roboh bukan disebabkan
oleh kekurangan pembentung pada jalan tersebut sahaja, sekalipun
pembentung dibuat dengan lebih banyak di jalan tersebut, masalah hakisan
kawasan rumah dan jalan roboh tetap berlaku jika longkang tidak dibina
di sekitar kampung.
‘kawasan ini bukanlah kawasan yang selalu dilanda
banjir sebelum ini, namun oleh kerana pembinaan jalan yang tidak
mengambil kira kepentingan saliran telah menyebabkan kawasan ini
mengalami masalah banjir dan hakisan yang teruk sehingga berlakunya
kejadian hakisan rumah dan jalan runtuh’
Pihak berwajib
perlu mengkaji semula dan mengambil langkah segera menyelamatkan
keadaan yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda
penduduk disini.
Beliau juga bimbang dengan keadaan air yang bertakung dan pengaliran air
yang bersimpang siur yang melalui kawasan rumah penduduk akan
menimbulkan perselisihan faham kerana masing-masing membuat saliran
untuk mengelamatkan rumah masing-masing. Sedangkan air tidak boleh pergi
dengan lancar ekoran ketiadaan longkah dan pembentung yang
mencukupi.
Mangsa melepas geram ibu tiri
Mohd zawawimatail@yahoo.com
Dungun: Seorang kanak-kanak perempuan
berumur 4 tahun yang masih di tahan di wad Hospital HSNZ, Norhidayah Abd
Wahab, patah bahu kanan dipercayai akibat didera ibu tiri di kampung
Sura Hujung dekat sini.
Perbuatan
kejam tersebut di ketahui oleh bapa mangsa yang bekerja sebagai nelayan
pada petang ahad lalu setelah diberitahu oleh datuk mangsa .
Bapa mangsa, Abdul Wahab Mahusin, 40,
berkata pada pagi Ahad lalu sehari sebelum Hidayah di hantar ke
Hospital, anaknya itu mahu mengikut beliau bersama anak bongsu ke kedai
berdekatan untuk membeli kueh namun isterinya tidak membenarkan.
Apabila pulang dari kedai lebih kurang jam
8.30 pagi beliau mendapati anaknya menangis teresak-esak. Bila ditanya,
anaknya memberitahu tangannya tersepit di pintu.
Percaya apa yang diberitahu ananknya itu,
beliau meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja. Lebih kurang jam 2.00
petang, beliau pulang semula ke rumah dan mendapati anaknya itu masih
lagi teresak-esak tidak berhenti menangis. Beliau memanggil ayahnya yang
tinggal berjiran memberitahu keadaan anaknya itu
Anaknya yang rapat dengan datuknya itu
memberi tahu ‘Mak Jahat’ yang buat.
Beliau yang sudah tidak tahan dengan sikap kejam isterinya itu
membuat laporan polis keesokan harinya, setelah mendapat pandangan
daripada keluarganya dan keluarga sebelah isterinya. Beliau tidak mahu
lagi anaknya terus menjadi bahan melepaskan geram.
Menurutnya lagi, beliau masih boleh
bersabar dengan sikap isterinya yang salami ini bersikap kasar kepada
anak-anak tetapi setelah anaknya terlantar di hospital diperlakukan
sedemikian rupa, beliau tak akan berdiam diri.
“Selami ini saya dan sanak saudara yang
lain termasuk ibu dan ayahnya sendiri menasihati isteri saya supaya
jangan bersikap kasar dengan anak-anak tetapi isterinya itu berubah
sikap seminggu dua sahaja, selepas tu dia buat lagi.
Datuk kanak-kanak tersebut, Mahusin Awang,
50, berkata beliau amat sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku
kepada cucu kesayangannya itu.
Pada
hari Ahad lepas, lebih kurang jam 2.00 petang beliau pulang kerumah
selepas menghantar isteri ke tempat kerja di PSMZA.
Beliau mendengar anaknya memanggil namanya,
dia memberitahu cucu saya tidak berhenti menangis kerana sakit di
bahagian bahu.
Beliau bertanya
kepada ibu tirinya apa yang terjadi pada cucunya itu, ibu tirinya
memberitahu tangan Hidayah terkepit di pintu. Beliau mula sangsi kerana
jikalau terkepit di pintu, sudah tentu jarinya yang sakit.
Tidak sedap hati dengan jawapan yang
diberikan itu, beliau membawa Hidayah balik ke rumah dan Hidayah
memberitahu ibu tirinya itu memulas dan manarik tangannya hingga dia
tersungkur di hadapan televisyen.
Cucunya
mengadu kesakitan dan menyebut, “ ‘Mak Jahat’ yang buat, ‘Mak Jahat’
yang buat”
Tidak tahan melihat
cucunya menangis tidak henti-henti beliau membawa cucunya itu berjumpa
bomoh patah di Kampung Seberang Pintasan. Beliau terkejut besar diberi
tahu tulang bahu kanannya cucunya patah.
Cucunya memanggil ibu tirinya dengan panggilan ‘mak Jahat’,
setelah kerapkali didera.
“Sebelum
ini saya menyangka menantu saya bersikap kasar dan memaki cucu saya
disebabkan dia tidak suka mempunyai anak tiri namun selepas dia
memperoleh anak sendiri hasil perkahwinan dengan anak saya, sangkaan
saya meleset.
“Dia turut berlaku
kasar dengan anak kandungnya sendiri.
Beliau seringkali melihat menantunya itu melepaskan geram
kepada anaknya sendiri yang kini berumur 9 bulan.
“Saya tidak sanggup lagi melihat cucu saya
diperlakukan sebegitu rupa!!!.
“Pernah
pada tahun lepas dia melempar cucunya itu ke dalam kolam di rumahnya,
nasib baik anak saya sempat menyelamatkan keadaan.
“Kami semahu mungkin menyelamatkan keadaan
dan menyelesaikan permasalahan ini dengan cara yang baik, namun sikapnya
sudah melampau hingga mengancam nyawa cucu saya,” katanya kesal.
Nenek mangsa, Cik Jah Awang Teh, 47,
berkata beliau kasihan melihat keadaan cucunya itu yang tidak diberi
perhatian oleh ibu tirinya. Ibu tirinya tidak mengambil tahu makan minum
cucunya itu.
Beliaulah yang
mengambil tahu makan minum cucunya itu, apa yang lebih menyedihkan
beliau boleh dikatakan setiap kali memandikan cucunya itu terdapat kesan
lebam dan bengkak-bengkak ditubuh cucunya itu akibat akibat di pukul,
digigit ibu tirinya,
Mangsa
dibawa mendapat rawatan di Hospital daerah Dungun pada pagi Isnin 2
November lalu dan dihantar ke Hospital HSNZ selepas bapanya membuat
laporan polis pada hari tersebut.
Ibu
kandung kanak-kanak tersebut, Normalina Mokhtar, 25, yang telah
berpisah dengan bapa mangsa berkata beliau bimbang dengan keadaan
anaknya itu yang berada dalam trauma dan ketakutan setiap kali mendengar
nama ibu tirinya. Anaknya itu sering meracau dan menyebut…Ma Jahat..Ma
Jahat yang buat….
Beliau yang
sudah seminggu lebih menjaga anaknya di wad Hospital HSNZ berasa kesal
dengan sikap ibu tiri anaknya yang sering memarahinya apabila datang
ingin mengambil anaknya itu untuk sehari dua.
“Ibu mana yang tidak berasa sedih apabila
dimarahi berjumpa dengan anak sendiri.
“Malah sering berlaku pertengkaran besar apabila saya ingin
berjumpa dengan anak saya,” katanya sebak
Program sulong AKEPT mendapat
sambutan hangat pensyarah muda pantai timur
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
bhkt@bharian.com.my
Paka:
Program kepimpinan khas kepada
pensyarah-pensyarah muda yang pertama kali dianjurkan Akademi Kepimpinan
Pengajian Tinggi (AKEPT) di Pantai Timur mendapat sambut hangat dari
pensyarah-pensyarah kolej-kolej komuniti dan politeknik-politeknik di
sini.
Program kepimpinan siri yang ke 14 daripada 22 siri ini dirasmikan oleh
Timbalan Pengarah Pusat Latihan Kepimpinan (AKEPT), Y. Bhg. Dato’
Nooraishah Ahmad Tajudin dan berlangsung selama 4 hari di Dewan Bayu 2,
Residence Resort Paka. Seramai 95 orang pensyarah muda dari Terengganu,
Pahang dan Terengganu telah hadir.
Ahmad Ardha Zanal Abadi, 25,
pensyarah Sistem Elektronik Elektrik Politeknik Kota Kuala Terengganu
berkata, program ini banyak memberi pendedahan kepada
pensyarah-pensyarah muda untuk membuat penambahbaikan kualiti sebagai
seorang pensyarah yang juga pemimpin kepada para penuntut.
“Saya amat tertarik dengan topik yang dibentangkan berkaitan dengan
Pengurusan Konflik dan Tekanan, sebagai seorang pensyarah kita tidak
dapat lari daripada berhadapan dengan berbagai situasi dan kemahiran
oleh itu pengetahuan untuk menanganinya amat penting dimiliki oleh
seseorang pensyarah,” katanya yang pernah mengikuti program anjuran
AKEPT sebelum ini.
Wan Faizah Wan Abdullah,
27, pensyarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu berkata, beliau berasa
amat bertuah berpeluang menghadirkan diri dalam program kepimpinan AKEPT
ini. Program AKEPT amat berkualiti kerana penceramah yang membentangkan
kertas kerja adalah tokoh ternama dalam dunia pendidikan di negara ini.
“Topik yang disentuh bukan sahaja berkaitan dengan penguasaan kemahiran
malah turut membincangkan kepentingan mempunyai ciri-ciri kritikal yang
menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan tinggi iaitu
kreativiti, inovasi dan lain-lain. Selain itu kami juga mengikuti modul
berkaitan topik komunikasi, pengukuhan nilai, integriti dan akauntabili
pensyarah IPT ,” katanya
Siti Yuhana Abdullah, 27, pensyarah Kolej
Komuniti Kuala Terengganu berkata, apabila beliau ditawarkan tempat
untuk mengikuti program kepimpinan ini, beliau tidak teragak-agak
membuat persetujuan kerana beliau amat berpuas hati dengan kualiti
penceramah dan pengurusan program AKEPT yang pernah diikuti sebelum ini.
Beliau juga berpendapat dengan penganjuran program di dalam Terengganu,
ianya memudahkan peserta untuk menghadirkan diri khususnya pensyarah
wanita.
“Saya pernah mengikuti program
AKEPT di Bangi berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran dan pada kali ini
ianya berkaitan Kepimpinan.
“Program kali
banyak membantu peserta membina personaliti dan kemahiran sebagai
seorang pensyarah, ini kerana sekarang ini kebanyakan pensyarah yang
baru mengajar di kolej-kolej adalah “fresh graduate” dan belum mempunyai
pengalaman mengajar yang luas,” katanya.
Senior Prof
UniMAP, Prof. Dr. Abd Majid Mohd Isa, berkata para pensyarah perlu
berfikiran kritis dan inovatif dalam cabaran pendemokrasian pendidikan,
penyelidikan, pembangunan modal insan dan lain-lain lagi.
"AKEPT adalah salah satu organisasi yang komited dalam membangunkan
sumber manusia di peringkat pengajian tinggi, para pensyarah perlu
merebut peluang sebegini untuk peningkatan keprofesionalisme diri
masing-masing." katanya.
Y. Bhg. Dato’ Nooraishah
Ahmad Tajudin berkata, AKEPT yang ditubuhkan oleh kementerian pada tahun
2008, memacu usaha ke arah kecemerlangan pendidikan tinggi menerusi
program pembangunan kepimpinan dan amalan terbaik pengurusan, kualiti
pengajaran serta pembelajaran, penyelidikan dan inovasi.
Ianya bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi di
rantau ini, selain menjadi pemangkin ke arah kejayaan pelaksanaan Pelan
Strategik Pengajian Tinggi,” katanya.
Penduduk tidak
diterima bekerja di tapak binaan Ibu Pejabat Polis Ketengah Jaya”
Oleh Mohd Zawawi
Mat Ail
Ketengah Jaya: Penduduk
mendakwa kontraktor pembinaan Ibu Pejabat Polis Ketengah Jaya
mengutamakan pekerja asing dengan menolak permohonan mereka untuk
bekerja di tapak pembinaan tersebut.
Tinjauan Edisi Timur di
tapak pembinaan tersebut yang memulakan operasi akhir 2009 mendapati
warga asing sibuk bekerja dan tidak mendapati tiada seorang pun warga
tempatan bekerja di tapak pembinaan berkenaan.
Seorang
pekerja warga Indonesia yang mahu dikenali sebagai Sudin, berkata, dia
sudah 3 bulan bekerja di tapak binaan tersebut dan dibayar gaji sebanyak
RM 28.00 sehari dan dibayar bulan mengikut bilangan hari bekerja.
“Kesemua
29 orang pekerja yang diambil bekerja di tapak binaan ini terdiri
daripada pekerja asing.
Menurutnya, pihak majikan dikatakan akan
menambah pekerja seramai 30 orang di tapak binaan tersebut tidak lama
lagi kerana pekerja yang ada sekarang tidak mencukupi berbanding kerja
yang semakin bertambah.
“Pekerja tambahan seramai 30 orang itu
terdiri daripada warga asing yang kini sedang berada di Kuala Lumpur,”
katanya yang mengakui terdapat penduduk tempatan datang meminta kerja di
tapak binaan tersebut namun pihak majikan menolak dengan alasan sudah
mempunyai cukup pekerja.
Penduduk, Husin Mahmud, 43, beliau sudah
beberapa kali memohon kerja di tapak binaan tersebut namun kesal dengan
jawapan yang diberikan kontraktor terbabit dengan memberi alasan pekerja
yang ada sudah mencukupi sedangkan apa yang beliau lihat pekerja asing
semakin ramai diambil bekerja.
“Apa kekurangan kami
berbanding pekerja asing,” katanya kecewa dengan sikap kontraktor
terbabit setelah eberapa kali gagal mendapat pekerjaan.
“Apa
gunanya pembangunan dibina di tempat kami tinggal sedangkan kami yang
berpengalaman bertahun-tahun bekerja sebagai buruh binaan tidak
sedikitpun dapat merasa faedah pembinaan tersebut dengan tidak dieri
peluang untuk bekerja.
“Kami tidak kesah kontraktor terbabit ingin
menjimatkan kos mereka dengan menggaji pekerja asing tetapi sikap
kontraktor terbabit yang tidak mahu sedikit pun mengambil penduduk
bekerja dan menolak mentah-mentah permohonan kami amat dikesali.
“Kami
merayu pemimpin-pemimpin tempatan camputangan membela nasib kami yang
seolah-olah terpinggir di bumi sendiri.
“Penduduk yang bekerja
sebagai buruh binaan terpaksa keluar bekerja di luardaripada kampung
sedangkan peluang kerja yang sepatutnya diberikan kepada kami, diberi
kepada pekerja asing.
Hashim Abd Rahman, 44,
berkata peduduk di sini gembira dengan pembinaan ibu pejabat polis
tersebut akhir tahun lepas dan menaruh harapan untuk bekerja di tapak
pembinaan tersebut namun hanya berputih mata melihat berduyun pekerja
asing dibawa masuk bekerja di tapak pembinaan tersebut.
“Penduduk
menaruh harapan beerjadi tapak tersebut memandang tapak tersebut
berdekatan dengan tempat tinggal yang sudah tentu dapat menjimatkan kos
berulang alik dan sebagainya,” katanya yang sudah dua puloh tahun
bekerja sebagai buruh binaan.
Sementara itu, Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah berkata,
memandangkan ramai di kalangan penduduk tempatan yang mempunyai
kepakaran dalam pelbagai bidang termasuk sektor pembinaan, kontraktor
bertanggungjawab sewajarnya memberi peluang kepada penduduk tempatan
untuk bekerja di tapak pembinaan tersebut.
pihak
kontraktor seharusnya berbincang dengan pemimpin-pemimpin tempatan
terlebih dahulu dengan memaklumkan kekosongan pekerjaan yang ada di
tapak binaan kepada penduduk tempatan untuk diisi kerana langkah itu
dapat membantu mereka ke arah membina kehidupan lebih baik. END
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun:
1000 orang penduduk Kampung Telaga Mas yang terpaksa menggadai nyawa
menyeberang jalan dengan melalui jambatan kayu bulat semenjak pembentung
roboh akhir tahun lepas akhirnya selesai setelah Edisi Timur menyiarkan
berita pada Khamis 11 Februari minggu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telaga Mas, Ali Mohamad,
berkata pihak Majlis Perbandaran Daerah Dungun (MPD) bertindak serta
merta menimbus jalan yang terputus pada tengah hari Edisi Timur
menyiarkan berita tersebut.
Beliau difahamkan,
langkah MPD menimbus jalan yang terputus tersebut dengan tanah hanyalah
untuk sementara waktu bagi mengelak kejadian penunggang motosikal tidak
berulang lagi terutama sekali kepada keselamatan pelajar yang berulang
alik ke sekolah sebelum pihak Jabatan Pengairan dan Saliran membina
jambatan menggantikan pembetung yang roboh.
“Saya bimbang kawasan
yang ditimbus tersebut akan mendap dan berlopak jika pihak JPS tidak
membina jambatan dengan segera.
“Tindakan segera pihak
MPD dihargai penduduk namun ianya bukan jalan penyelesaian kerana jalan
yang ditimbus tanpa diletakkan pembentung itu akan mendap.
Edisi
Timur sebelum ini menyiarkan penduduk di Telaga Mas menggadai nyawa
setiap hari ketika melalui jambatan kayu yang dibina penduduk bagi
menghubungkan kampung itu dan bandar paka.
Jambatan selebar satu
meter menggunakan kayu bulat itu turut digunakan muridSekolah Kebangsaan
(SK) Paka sebagai laluan utama ke sekolah dan semenjak pembetong roboh
tiga bulan lalu, dua penunggang motosikal terjatuh ketika melalui
jambatan sementara itu.
Penduduk meminta JPS membaiki pembentung
yang roboh dengan jambatan kerana pembentung tidak dapat menahan tekanan
air yang kuat di jalan tersebut bagi mengelak kejadian pembentung pecah
seperti yang berlaku pada musim tengkujuh yang lalu berulang lagi.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah berkata pihak
JPS perlu membina jambatan dengan segera kerana tanah yang ditimbus
tanpa dipasang pembetung bagi membolehkan penduduk melalui jalan yang
rosak itu akan mendap dan akan membahayakan penduduk yang melaluinya.
END
caption:
496: Ali Mohamad
307: gambar sebelum ditimbus tanah (disiarkan berita sebelum ini)
900: jalan roboh yang ditimbus dengan tanah
898: Ali menunjukkan jalan roboh yang ditimbus dengan tanah
CIMB Paka, MEKAR menganjur kempen
“Lindungi Penyu”
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Ketengah Jaya:
Kempen “Lindungi Penyu” anjuran CIMB Bank dan Persatuan Khazanah Rakyat
Ma’ Daerah (MEKAR) berjaya menarik lebih 700 warga Ketengah Jaya
terlibat di dalam pelbagai aktiviti di Padang Awam Kerteh 5 bagi memupuk
kesedaran pemuliharaan penyu baru-baru ini.
Orang ramai mula memenuhi
dewan tersebut bermula jam 2.00 petang bagi menyaksikan pameran replika
penyu dan menyertai berbagai pertandingan yang dianjurkan diantaranya
pertandingan memakai pakaian beragam penyu, pertandingan melukis dan
mewara habitat penyu, pertandingan membentuk logo penyu dengan
menggunakan 2000 keping duit syiling 20 sen, kuiz pemuliharaan penyu dan
lain-lain lagi.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Rancangan(JKKR) Kerteh 5, Rashid Muhamad, 46, berkata
beliau bangga pada tahun ini Kerteh 5 terpilih diadakan program kempen
kesedaran oleh Persatuan Khazanah Rakyat Ma’ Daerah (MEKAR) yang banyak
memeri kesedaran kepada penduduk kerteh 5 dan juga warga Ketengah Jaya
tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan cara-cara membantu
memulihara penyu daripada pupus.
Selain mendapat
maklumat berharga penduduk juga berpeluang mendapat maklumat berkaitan
perkhidmatan yang ditawarkan CIMB kepada pegawai-pegawai yang hadir.
Irfan
Salam Nordin, 12, berkata sebelum ini dia hanya mendapat maklumat
mengenai penyu dengan melihat gambar di dalam buku sahaja dan belum
perah melihat bentuk penyu yang sebenarnya namun dengan menghadiri
ruangan pameran yang diadakan dia berasa bertuah dapat melihat replika
berbagai sepsis penyu yang dipamerkan.
“Banyak pengetahuan
baru dan amat berguna saya perolehi dengan menyertai program yang
dianjurkan,” katanya yang turut mengambil peluang medaftar sebagai ahli
MEKAR.
Pengurus CIMB Kawasan Terengganu, Tengku Jamil Iklil Tengku Hassili,
berkata Program “CIMB Mekar di Hati” dengan kerjasam persatuan MEKAR
dengan tema “kempen selamatkan penyu kita” ini adalah salah satu
daripada program Community Link Challenge yang dilancarkan diseluruh
negara.
“Kami di CIMB Bank sentiasa menitik beratkan
isu-isu yang ada hubungkait dengan kemasyarakatan, justeru itu CIMB Bank
telah menubuhkan CIMB Foundation pada tahun lalu bagi melancarkan
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kumpulaan CIMB bank di bawah program
yang dikenali sebagai Community Link.
“Di bawah program ini kami
dapat bekerjasam dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang juga dpat
bersama-sama membaiki taraf hidup komuniti tempatan.
“Pada
2009, sebanyak 169 inisiatif telah dilaksanakan oleh CIMB degan
perbelanjaan sebanyak RM 8.56 juta yang meliputi pelbgai program
termasuk pemuliharaan alam sekitar, kesedaran penjagaan kesihatan dan
lain-lain lagi, katanya semasa merasmikan program tersebut baru-baru
ini.
Sementara itu, pengerusi MEKAR, Amran Salleh berkata selain menyedarkan
masyarakat sekitar melalui aktiviti yang diadakan, pihaknya yang kini
mempunyai ahli lebih 500 ahli berjaya menarik ramai ahli baru melalui
tersebut.
"MEKAR sentiasa bersedia memberi kerjasama dengan
oranisasi-organisasi lain bagi menganjurkan program memupuk kesedaran
masyarakat dan melibatkan mereka dalam usaha pemuliharaan penyu dan
habitatnya.
"Persatuan MEKAR yang ditubuhkan pada 2005 merupakan sebuah
pertubuhan yangunik kerana merupakan satu-satunya pertubuhan di
Malaysia yang dianggotai oleh masyarakat tempatan yang prihatin terhadap
pemuliharaan penyuan sehingga kini bilangan ahli MEKAR sudah melebihi
500 ahli
"Orang ramai disaran menganggotai MEKAR bagi bersama-sama MEKAR
mencapai 3 objektif persatuan iaitu meningkatkan tahap kesedaran dan
pengetahuan masyarakat setempat tentang kepentingan pemuliharaan penyu
daripada diancam kepupusan, meningkatkan aktiviti pemuafakatan di
kalangan masyarakat supaya berpakat dalam mengambil usaha-usaha ke arah
pemuliharaan penyu dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan
kesedaran pemuliharaan penyu dan alam sekitar kepada masyarakat
setempat," katanya.
Pada majlis yang turut dihadiri anggota WWFdan
dijayakan dengan kerjasama Jabtan Perikanan, Jabatan Pendidikan dan
JabatanAlam sekita itu CIMB Bank melalui CIMB Foundation menyampaikan
sumbangan sebanyak RM 50,000 kepada MEKAR untuk menjalankan aktiviti
pemuliharaan penyu dan alam sekitar.
caption:
1164: kanak-kanak ketengah jaya
menyanyikan lagu kesedaran pemuliharaan penyu bersama juru acara majlis
1141:Amran Sallehmenerima replika check daripada
wakil CIMB bank
615: Amran salleh
619: Rashid Muhamad
Langgan: Catatan (Atom)
1 ulasan: