Hanya 20 Peratus Koperasi Di Kelantan Manfaatkan Kemudahan Pinjaman Kerajaan
KOTA BAHARU, 21 Ogos (Bernama) -- Hanya 20 peratus daripada 524 koperasi di Kelantan memanfaatkan kemudahan pinjaman yang ditawarkan kerajaan bagi mereka mengembangkan operasi.
Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Kelantan Wan Mohamad Sabri Wan Harun berkata perkara itu mungkin disebabkan kurang kesedaran berhubung kemudahan tersebut.
Bagi memastikan lebih banyak koperasi di Kelantan mengambil peluang tersebut, SKM kini melaksanakan beberapa program termasuk bengkel bagi membantu mereka memohon pinjaman, katanya kepada Bernama, di sini pada Sabtu.
Di bawah skim pinjaman mudah itu, setiap koperasi boleh membuat permohonan pinjaman antara RM50,000 dan RM1 juta bagi dijadikan modal pusingan.
"Di bawah skim pinjaman bawah RM50,000 peminjam tidak disyaratkan mempunyai cagaran cuma dikenakan faedah dua peratus," katanya.
Justeru kata Wan Mohamad Sabri, koperasi terbabit wajar memanfaatkan kemudahan pinjaman itu bagi memastikan institusi berkenaan terus berkembang sebagai institusi perniagaan yang berdaya saing.
-- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan