search berita di sini


Senator Zainon A.Bakar penggerak ‘gempur kebajikan’ bahagian Dungun

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:   Program “Gempur Kebajikan” yang dilancar Datok Seri Sharizat Abdul Jalil awal 2010 dan dilaksanakan oleh pergerakan Wanita UMNO di setiap bahagian di seluruh negara ternyata berkesan dalam membela golongan kurang bernasib baik khususnya ibu tunggal yang terlepas pandang mendapat bantuan bulanan dari Pejabat Kebajikan Masyaraka (JKM).
                Di peringkat bahagian Dungun, Senator Zainon A. Bakar memain peranan penting mengatur perancanganmembahagi tugas kepada setiap pengerusi wanita setiap cawangan di empat Dun iaitu Paka, Bukit Besi, Rantau Abang dan Sura.
Sehingga kini walaupun sudah ramai golongan miskin yang berjaya dikesan dan mendapat bantuan beliau tetap turun padang bersama-sama anak buah mengedar borang soal selidik dan membuat semakan seterusnya dihantar ke pejabat JKM.
                “Saya berasa tidak senang jika tidak turun padang bersama-sama ahli-ahli wanita di cawangan-cawangan bke rumah-rumah wanita dan ibu tunggal menjalankan soal selidik dan sekali gus menyelami masalah mereka.
                “Selain membantu mengenal pasti keluarga yang memerlukan bantuan ‘gempur kebajikan’ ini dapat memberi gambaran sebenar kepada kita permasalahan yang dihadapi mereka.

                Dengan cara ini kita dapat membuat perancangan tentang kaedah-kaedah yang sesuai bagi meningkatkan pendapatan berdasarkan faktor sekelilig  di tempat tinggal mereka.
                “Contohnya Ibu tunggal di Kawasan Hulu Dungun dan Felda Kerteh kita bantu mereka melalui penganjuran bengkel berkaitan perusaan produk pertanian kerjasama jabatan pertanian.
                “Sekarang ini kita sedang merancang untuk menganjur bengkel perusahaan burung walit bagi memperkenal kepada kaum ibu tentang perusahaan yang berpotensi tinggi ini supaya pada masa yang akan datang akan lahirnya usahawan dari kalangan wanita.
                Sementara itu, Safiah Mamat, 50, Ketua Wanita UMNO Cawangan Kerteh 4A berkata beliau amat berterima kasih dan berasa bersyukur kerana dengan adanya program ‘gerak kebajikan’ yang diketuai oleh Senator Zainon A. Bakar nasib beberapa buah keluarga miskin di Felda Kerteh 4A dapat dibela dengan penyaluran bantuan dari JKM.
                “Ada di kalangan mereka berasa segan untuk membuat permohonan dan tidak tahu cara untuk membuat permohonan sedangkan mereka layak, melalui soal selidik dari rumah ke rumah yang dilakukan mereka yang layak disenaraikan dan borang permohonan dihantar terus ke pejabat JKM.
                Ibu tunggal Felda Kerteh 4 A, Hasmah Yakub,  53, berkata beliau kematian suami lima tahun lalu dan mempunyai anak seramai 9 orang yang sebahagian ramai masih bersekolah buntu dengan nasib menimpa.
Namun begitu dengan kecaknaan skuad gempur kebajikan yang berkunjung ke rumah beliau awal tahun lalu, nasib malang yang menimpa beliau dan anak-anak berubah dengan penerimaan bantuan keabjikan RM 400 sebulan dari JKM.
                Ibu tunggal, Aminah Ali, 4 A, kematian suami kerana penyakit kencing manis 5 tahun dan mempunyai tanggungan anak seramai 6 orang terharu dengan penerimaan bantuan bulanan sebanyak RM 300 sebulan hasil kunjungan skuad gempur kebajikan awal tahun lalu.
                “Apa yang saya tahu skuad ‘gempur kebajikan’ telah banyak membantu golongan miskin terutamanya ibu tunggal mendapatkan bantuan bagi meringankan beban menanggung anak-anak,” katanya.
                Pengerusi Wanita UMNO Cawangan Delong Hulu Dungun, Tengku Meriam Tengku Abd. Rashid, 56, berkata beliau sungguh kagum dengan gerak kerja dan komitmen Senator Zainon A.Bakar meneraju Wanita UMNO khususnya sebagai pengerusi skuad gempur kebajikan dan penganjuran berbagai bengkel bagi meningkatkan pendapatan kaum wanita.
                “Beliau sendiri menjadi tenaga pengajar kepada beberapa bengkel yang dianjurkan seperti benkel kraftangan, anyaman serta manik serta tidak kekok bersama-sama wanita di setiap cawangan Wanita UMNO turun padang bersama masyarakat walaupun sentiasa sibuk dengan tugas rasmi beliau sebagai Ahli Dewan Negara.
                “Semenjak skuad gempur kebajikan dilancar sudah 10 keluarga miskin dan ibu tunggal dibantu dan mendapat bantuan bulanan dari JKM,”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan