Kelulusan mendidirkan sembahyang Jumaat di Masjid ditunggu penduduk
Dungun: Sebuah masjid di Kg Sura Jetty berdekatan dengan Bandar Dungun yang sudah hampir setahun digunakan menimbulkan kegusaran banyak pihak terutama sekali penduduk sekitar dan ahli qariah masjid kerana masih belum mendapat kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat. Masjid yang sentiasa dikunjungi setiap kali masuk waktu solat ini akan sunyi apabila waktu solat Jumaat tiba.
Seorang ahli jemaah masjid berkenaan berkata, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu tidak memberi kebenaran menirikan solat jumaat dengan alasan nama masjid tersebut iaitu ‘Masjid Biru’ menimbulkan sentiment kepada masyarkat di sini.
“Sebenarnya penggunaan nama ‘biru’ ini tidak menimbulkan sentiment pun kepada masyarakat disini. Jika benar sentiment wujud sudah tentu tidak ramai pengunjung hadir ke masjid ini,”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan