Deklarasi 15 Oktober membakar semangat Guru SPM dan STPM Dungun
“guru disarankan berani mengambil inisiatif baru untuk mempertingkatkan kualiti kerja dan menghindari sikap menunggu orang lain memulakannya dahulu di dalam sesuatu perkara,
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
bhkt@bharian.com.my
Sikap berani mencuba dan prihatin dengan masalah yang ada perlu dimiliki oleh setiap guru ke arah mencapai kecemerlangan dalam profesyen perguruan, dengan adanya sikap ini sesuatu masalah akan cepat dapat diatasi sebelum ianya menjadi semakin rumit, kata Pengarah Pelajaran Negeri, Haji Ariffin bin Haji Embong.
Beliau dalam ucapannya di majlis bersama Pengetua dan Guru-guru SPM @ STPM 2009 bertempat di Dewan Bestari Sekolah Menengah Sains Dungun di sini menyarankan agar guru-guru sentiasa membuat penambahbaikan kualiti pengajaran supaya para pelajar lebih berminat terhadap pelajaran. Cara penyampaian yang menarik akan memudahkan para pelajar memahami sesuatu perkara dan tidak tertekan dengan pelajaran yang dipelajari.
Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Zakariah Ali berkata dengan program sebegini, guru-guru yang telah berusaha keras demi memastikan kejayaan para pelajar masing-masing akan lebih bersemangat lagi mendidik pelajar menghadapi dua peperikasaan besar tersebut yang tidak sampai sebulan lagi.
Beliau juga menyarankan para guru berani mengambil inisiatif baru untuk mempertingkatkan kualiti kerja dan menghindari sikap takut untuk mencuba sesuatu tindakan sehingga menunggu orang lain dahulu melakukannya hanya akan merugikan diri sendiri dan merumitkan lagi masalah yang ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan