search berita di sini

3.5 billion diperuntukkan bagi program pembangunan luar Bandar pada 2010

5277:Orang ramai memenuhi dewan BALORA
5294:timbalan menteri menekan butang slaid pelancaran GEO diperhatikan pengurus besar KETENGAH
5276: Penguru besar KETENGAH menyampaikan ucapan
5287, 5284: penyampaian hadiah kepada penerima anugerah kecemerlangan
20199: timbalan pengarah menumbuk emping di majlis mesra rakyat diperhatikan pengurus besar ketengah
20203, 20185;timbalan menteri tiba di majlis mesra rakyat
20206:timbalan berucap di majlis mesra rakyat.


Ketengah Jaya:                 Dalam usaha menjayakan pembangunan luar bandar, pihak kerajaan telah membuat peruntukan yang besar pada setiap tahun dan pada 2010 sebanyak RM 3.5 billion peruntukan telah diperuntukkan kepada Kementerian Kemajuan Pembangunan Luar Bandar bagi melaksanakan program pembangunan luar bandar di seluruh negara.
                Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Hassan Malek berkata, Justeru itu dengan keprihatinan pihak kerajaan selama ini dan komitmen yang ditunjukkan agensi agensi pelaksana, kawasan luar bandar yang amat mundur dahulunya telah berubah wajah dan menerima limpahan pembangunan yang ketara, sekaligus telah mengubah taraf kehidupan mereka.  
                Beliau yang buat pertama kali ke Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan berkesempatan mengikuti taklimat mengenai pembangunan KETENGAH yang disampaikan oleh Pengurus Besar KETENGAH sehari sebelum merasmikan sambutan Hari Inovasi KETENGAH 2009 di BALORA Bandar Al Muktafi Billah Syah kagum dengan aspek-aspek pembangunan KETENGAH yang bukan sahaja membangun darsegi fizikal samata, malah menakupi pembangunan sosial, ekonomi dan pembangunan modal insan.
                “Apa yang dilaksanakan oleh KETENGAH ini adalah selari dengan hasrat dan matlamat penubuhan Kementerian Kemajuan Pembangunan Luar Bandar yang bukan sahaja memajukan kampung dan desa dengan kemudahan asas dan kemudahan sosial sebagaimana yang dinikmati di bandar, malah yang lebih penting dari  itu  ialah kearah memajukan masyarakat luar bandar itu sendiri agar mampu dan bijak menggunakan segala kemuahan yang ada demi meningkatkan kualiti hidup mereka sendiri,
                “Bagi kerajaan sendiri, pembangunan modal insan adalah menjadi teras pembangunan kerana hanya melalui manusianyang cemerlang, maka pembangunan negara akan dapat dipacu dengan sebaik-baiknya bagi meletakkan negara sebaris dengan negara-negara yang yang telah  dikenali sebagai negara maju pada hari ini.
                Bersempena sambutan hari inovasi tersebut, beliau melancarsistem Generic Office Environment (GOE) yang merupakan satui novasi pentadbiran yang dapat mempertingkatkan kecekapan serta mngurangkan ‘red tapes’ di dalam pengurusan.
                Beliau turut berbangga dengan KETENGAH yang mengorak langkah ke hadapan berbanding agensi-agensi lain dengan pelakcaran sistem GEO yang mampu meminimumkan kos pengurusan, keefisyenan kerja dan sebagainya.
                “Saya percaya melalui  pelaksanaan GOE ini, maka usaha-usaha yang dijalankan oleh KETENGAH akan dapat dipercepatkan dan mencapai matlamat yang lebih baik lagi.
                Sementara itu, Pengurus Besar KETENGAH, Hamzah Ngah berkata, dalam melaksanakan transformasi Pembangunan Wilayah KETENGAH BERMULA tahun 2011 hingg 2020, setiap warga KETENGAH perlu memainkan pranan yang lebih besar dan ini memerlukan tumpuan kepada inovasi, kualiti dan prestasi kerja yang cemerlang mankala Indeks Prestasi Utama (KPI) yang telah diperkenalkan akan diperluaskan bagi memastikan elemen inovasi, kualiti dan kreativiti sentiasa diamalkan dalam perkhidmatan.
                Di majlis tersebut pihak ketengah menyampaikan anugerah kepada kakitangan, usahawan, e komuniti dan pertubuhan yang dikategorikan kepada 8 kategori anugerah, manakala disebelah petang  Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Hassan Malek bersama-sama pemimpin tempatan menghadiri majlis Mesra Rakyat di Pasir Raja dan menyempurnakan penyerahan 2 buah homestay KETENGAH kepada komuniti Pasir Raja, penyerahan kunci 15 rumah PPRT dan set komputer untuk kemudahan komuniti di Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan