search berita di sini

63 kakitangan UiTM Cawangan Dungun menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail

Dungun:               Seramai 63 kakitangan UiTM Cawangan Dungun menerima anugerah di atas kecemerlangan tugas sepanjang 2008 yang diadakan di satu majlis penganugerah di Dewan Aspirasi UiTM Cawangan Dungun baru-baru ini.
                Di majlis yang dihadiri Penolong Naib Canselor UiTM, Prof. Madya Dr. Shireen Haron sebagai mewakili Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah tersebut, UiTM Cawangan Dungun turut merai 11 kakitangan yang dianugerahkan Anugerah Khidmat Setia dan 5 orang penerima Anugerah Bersara pilihan.
                Pengarah Kampus, Prof. Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmud yang ditemui di majlis tersebut berkata, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang menjadi pemangkin semangat untuk semua warga kerja UiTM Cawangan Dungun memberi perkhidmatan terbaik dan bersaing secara sihat yang juga memberi cabaran, harapan serta keupayaan untuk sentiasa berada di hadapan bukan sahaja sebagai peneraju pembaharuan tetapi juga sebagai penggerak bagi memastikan perubahan sebagaimana yang dicitakan UiTM.
                “Semoga penganugerahan ini menjadi pendorong untuk terus berusaha dengan lebih gigih dan kecemerlangn yang ditunjukkan akan dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.
                Beliau juga turut menyarankan warga UiTM Cawangan Dungun bersama-sama mengukuhkan permuafakatan, memperbaiki kelemahan dan kekurangan masa lalu dan meningkatkan kekuatan dan kelebihan agar ahun-tahun mendatang dapat menjanjikan kejayaan masa depan yang lebih cemerlang buat UiTM Cawangan Dungun dan UiTM amnya.
                Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2008, Azemi Che Hamid, seorang pensyarah kanan yang juga dilantik sebagai  Timbalan Pengarah Penyelidikan @ Jaringan Industri UiTM Cawangan Dungun bermula February 2009 berkata, anugerah yang diterima menjadi pendorong kepada beliau untuk terus berusaha dengan lebih gigih kerah membentuk budaya kerja yang cemerlang dan berkualiti di masa akan datang.
                Roszainora Dato’ Setia, Koordinator UiTM Cawangan Dungun yang berkhidmat selama 13 tahun di kampus tersebut berkata, penerimaan anugerah sebegeni dapat mendorong warga universiti untuk terus berusaha dan bersaing dalam suasana yang sihat dalam menawarkan perkhidmtan yang terbaik dlam apa jua tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
                Manakala Rafiah Harun seorang pembantu tadbir yang menerima Anugerah Khiddmat Setia 30 Tahun berkata, ini adalah anugerah Khidmat Setia yang kedua diterima sepanjang berkhidmat di UiTM Cawangan Dungun. Dengan usia perkhidmatan yang mencecah 30 tahun beliau beriltizam untuk terus berkhidmat dengan terus cemerlang bagi menghasilkan kualiti terbaik.
                Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah di dalam teks ucapannnya yang dibacakan Penolong Naib Canselor UiTM, Prof. Madya Dr. Shireen Haron berkata, tahun 2008 merupakan tahun gemilang UiTM setelah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) yang merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada sector awam dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
                Beliau berharap anugerah AKPM yang diterima itu menjadi pendorong kepada UiTM untuk terus menyokong aspirasi UiTM untuk menjadi sebuah university yang diiktiraf oleh dunia.
                Katanya untuk benar-benar menjadi sebuah university bertaraf dunia dan diiktiraf, kejujuran an tanggungjawab sepenuhnya adalah amat penting.
                “Kita perlu mengorak langkah yang lebih intensifkhususnya dalam memperhebtkan misi memartabatka keilmuan an kepakaran melayu/bumiputera dalam semua bidang professional melalui penyampaian program, penyelidikan dan khidmat masyarakat.
                Beliau juga mengucapkan tahniah di atas kejayaan Pusat Kecemerlangan Akademi (PKA) yang menjadi Juara Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik (KAPT) baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan