search berita di sini

Bantuan daripada Am Bank



                Pengurus Am Bank Cawangan Dungun, Shauddin Saman yang mewakili Am Bank menyampaikan sumbangan tersebut berkata, sumbangan kepada mangsa banjir ini adalah salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan di beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir pada tahun ini.
                “Diharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak kesulitan yang dihadapi mangsa banjir dapat diringankan, katanya.
                 Abd Razak Mohammed, 46, mangsa banjir berkata beliau berterima kasih dengan keprihatinan pihak Am Bank dan badan-badan yang lain terutama sekali pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang prihatin dengan kesulitan yang dihadapi mangsa banjir di sini.
                “Sehingga kini berbagai badan korporat tampil menghulurkan bantuan termasuk Kedai Kasut You, A & W, Neslee, Sinar Harian dan lain-lain lagi
                Menceritakan keadaan banjir di kawasan itu beliau berkata, ini adalah kali kedua penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir semenjak banjir melanda sebulan lalu namun pada kali ini banjir yang melanda agak teruk berbanding tahun-tahun yang lepas
                Pengerusi Bahagian Bencana Alam Kampung Paya, Mohd Zaki Tawan, 47, berkata walaupun paras air yang semakin surut beberapa keluarga terpaksa berhari raya di pusat pemindahan banjir memandangkan rumah mereka belum selamat untuk didiami.
                “Alhamdulillah. Penduduk di sini terharu dengan usaha berbagai pihak yang berusaha mengurangkan beban yang dihadapi,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan