Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
“Kami tidak dapat menghalang anak-anak bermain berdekatan longkang tersebut kerana ianya berdekatan dengan jalan dan kanak-kanak tiada tempat lapang untuk bermain selain di kawasan itu sahaja.
“Semasa kerja membina parit kontraktor terbabit berkata dia akan menutup 2 lubang utama utama tersebut dengan penutup besi setelah penduduk bertanya kerana bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka yang bermain di situ, namun apa yang dijanjikan itu hanyalah untuk mnyedapkan telinga sahaja.
“Lubang sedalam 2 meter itu ditinggalkan melopong tidak bertudung menunggu budak-budak jatuh,” katanya hampa.
Mohd Zamri Ibrahim, berkata penduduk di sini tertanya-tanya status pembinaan parit sepanjang hampir satu kilometer itu yang ditinggalkan begitu sahaja dan menimbulkan masalah kepada penduduk.
“Bukan sahaja bimbang dengan keselamatan anak-anak, bau busuk air parit yang hitam pekat mengundang nyamuk dan lalat meloyakan tekak penduduk di sini.
“Penduduk tertanya-tanya mengapa parit yang dibina di kaki jalan itu ditinggalkan begitu sahaja, jika kerja pengairan menghadapi masalah mengapa pihak yang berkenaan tidak menimbus semula parit tersebut untuk mengelakkan terjadinya masalah kepada penduduk,” katanya yang sudah beberapa kali mengadu masalah yang dihadapi itu kepada pihak berwajib namun sehingga sekarang tiada penyelesaian diambil.
Fatimah Abd Rahman, 57 berkata air dari parit yang busuk akan mengalir memasuki kawasan rumah apabila banjir berlaku, mengotorkan kawasan rumah dan menyebarkan bau hapak.
Tinjauan Edisi Timur di kawasan tersebut mendapati kanak-kanak bermain-main di atas jalan raya di sekitar dua lubang takungan air berdekatan parit tersebut kerana tiada kawasan lapang untuk bermain.
Lebih kurang dua puluh buah rumah yang di bina di kawasan tersebut mengalami masalah banjir yang teruk kerana berada di kedudukan yang rendah berbanding kawasan di sekitar, pihak yang berkenaan telah mengambil pendekatan membuat parit pada tahun 2007 tetapi pembinaan parit tersebut terbengkalai.
Keadaan menjadi bertambah teruk dengan wujudnya parit yang seolah-olah kolam panjang yang menakung air dari kawasan sekitar.
Penduduk juga mendakwa kerja perancangan tidak dilakukan dengan baik dan mereka juga kesal perancangan pembinaan parit tersebut tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada penduduk di kawasan tersebut.
Penduduk meminta pihak berkenaan membuat penjelasan kepada penduduk dan mengambil langkah segera menyelesai masalah yang dihadapi samada menimbus semula parit atau menyambung semula kerja membuat parit ke sungai yang berhampiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan