search berita di sini

KEMELUT PEMBINAAN VELODROOM DI SURA HUJUNG DUNGUN
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun:   Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung Sura Lapangan Terbang, Muhamad Jusoh berkata dakwaan yang mengatakan penduduk akan mengadakan mengadakan demonstrasi adalah tidak benar sebagaimana yang dilaporkan akhbar semalam.
                “Pihak kami tidak pernah berhasrat ingin mengadakan demonstrasi membantah pembinaan kemudahan tersebut sebagaimana yang di war-warkan dalam akhbar sebelum ini, malah berhasrat menyerah memorandam bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.
                Beliau yang memegang jawatan JKKK kampung semenjak setahun yang lalu berkata penduduk kampung mengalu-alukan pembinaan velodrom oleh pihak kerajaan di Dungun namun bukanlah di Kampung Sura Hujung  oleh kerana kawasan lapang di Sura Lapangan Terbang amat terhad.
                Katanya, beliau yang mewakili 4000 penuduk dan 1300 keluarga mempertahankan padang tersebut memandangkan itulah satu-satunya padang bola sepak yang dimiliki oleh sekian ramai penduduk di kampung ini dan ketiadaan tempat ganti jika velodrom dibina di situ.
                Menurut beliau lagi, penduduk kampung masih kekurangan TADIKA dan dewan orang ramai yang patut diberi keutamaan berbanding pembinaan velodrom dan dengan pembinaan velodrom di padang tersebut sebarang acara rasmi penduduk kampung bagi mengadakan perhimpunan besar sudah tiada.
                Tinjauan Edisi Timur di padang berkenaan petang Isnin (semalam) mendapati beberapa orang pekerja Majlis Perbandaran Dungun merombak khemah yang dipasang pada hari Khamis yang lalu bagi menyambut ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Mohd Sabree Cheek bagi melaksanakan upacara perasmian pecah tanah Sabtu lalu.
                Penduduk, Zakaria Husin, 40, pula berpendapat perancangan pembinaan tersebut adalah suatu perancangan yang positif terutama termasuklah dari segi ekonomi penduduk tempatan.
                “Dengan adanya velodrom dibina ditempat tersebut sudah tentu kawasan disekitar akan menjadi tumpuan orang ramai yang secara tidak langsung dapat membuka pintu rezeki kepada peniaga-peniaga kedai makan, perhotelan dan sebagainya.
                Beliau berkata, pembinaan tersebut juga dapat memberi peluang kepada anak-anak tempatan untuk menjinakkan diri dengan sukan lumba basikal  dan seterusnya lahir dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan tersebut yang berkemungkinan besar akan mencapai taraf antarabangsa.
                Penduduk, Razulddin Mustaffa, 37, berkata, sebagai anak jati kampung berkenaan, saya juga akan berasa bangga kerana suatu hari nanti nama kampung saya akan terpahat dalam arena perlumbaan basikal kerana memiliki sebuah mini stadium yang difahamkan akan turut dilengkapi dengan berbagai lagi prasarana termasuklah mini muzium sukan.
                “Adalah satu kerugian yang besar jika peluang untuk memiliki sebuah kemudahan sukan yang mungkin bakal merubah kampung ini menjadi sebuah perkampungan dilepaskan sebegitu rupa dan diadakan di tempat yang lain.
                Dato’ Dr. Rosli Mat Hassan, Ketua Umno bahagian Dungun, berkata beliau akan terus berikhtiar untuk memastikan pembinaan Voledrom tetap diadakan di daerah Dungun sekiranya pembinaan di tapak yang dirancang di Sura Hujung dibatalkan.
                Usaha Edisi Timur untuk mendapatkan maklumat berkenaan pembinaan tersebut gagal, Pegawai daerah enggan mengulas memandangkan baharu memulakan tugas di Pejabat daerah Dungun bermula semalam. end
1030477, 476, 472: kakitangan MPD sedang merombak khemah yang dipasang di padang bola Sura Hujung.
               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan