Dungun: Pilihanraya perwakilan pelajar Universiti Teknologi Mara Terengganu (UiTMT) yang mempunyai tiga kampus di Dungun, Chendering dan Bukit Besi berjalan lancar Khamis lalu dengan menyaksikan 4 kerusi fakulti dimenangi tanpa bertanding manakala keputusan lain-lain kerusi diumumkan pada jam 6.00 petang di Dewan Aspirasi Uitm kampus Dungun oleh Timbalan Pengarah Kampus (HEP) Prof Madya Abdul Rahim Ramli Khamis lalu.
Tempoh seminggu mengundi memberi peluang kepada para calon dari setiap fakulti mengutarakan pelbagai isu terutama sekali berkaitan dengan isu kebajikan mahasiswa di 3 kampus terbabit.
Seramai 29 calon bertanding bagi merebut kerusi Jawatan Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 (JPP) dari 6 fakulti terbabit yang terdiri daripada 3 kampus UiTM Terengganu iaitu kampus Dungun, kampus Bukit Besi manakala kampus Chendering. Setiap fakulti dipertandingkan 2 kerusi dan terdapat 4 fakulti menang tanpa bertanding.
Jurucakap bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM kampus Dungun, berkata, proses pengundian secara E-Voting ini kali kedua ini berjalan dengan lancar, lebih efisyen dan cepat berbanding sistem pengundian secara manual dan secara umum para calon lebih mengutarakan isuisu kebajikan pelajar sepanjang tempoh berkempen.
Seramai 92 pelajar dari kampus Bukit besi yang terdiri daripada pelajar Pra Perdagangan datang membuat undi seawal jam 8.00 pagi di kampus Dungun untuk Fakulti Pengurusan Perniagaan manakala pelajar di Chendering mengundi di kampus pengajian mereka di Chendering mewakili fakulti masing-masing.
Secara umum seseorang calon perlu melepasi beberapa syarat yang ditentukan pihak universiti, di antaranya calon perlu mempunyai C.G.P.A 2.75 dan ke atas dan lain-lain syarat yang ditentukan.
Mahasiswa yang memenangi kerusi JPP dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Nurul Akmal Mohamad, berkata dengan amanah yang diberikannya ini beliau akan berusaha bersungguh-sungguh memperjuangkan kebajikan pelajar terutamanya bagi kepentingan fakulti sendiri.
“Sebelum ini pelajar-pelajar menghadapi masalah parkir disebabkan ruangan parkir tidak mencukupi berbanding bilangan kenderaan yang digunakan pelajar,” katanya yang merupakan seorang anak jati Kuala Dungun dan pernah memegang Exco Pentadbiran kolej kediamatan dan terlibat aktif dengan aktiviti kemasyarakan.
Pelajar tahun 2 yang memenangi kerusi JPP dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Nik Amirul Syazwan Nik Amiran berkata, beliau bersyukur terpilih menjadi calon dan memenangi dalam pemilihan kali ini akan menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan untuk memperkasakan pencapaian dan kreadibili mahasiswa bumiputera.
“Pencapaian mahasiswa bumiputera di dalam akademik agak rendah berbanding dengan pencapaian yang dicapai bangsa lain terutama sekali dengan bilangan mahasiswa bumiputera yang mendapat ijazah kelas pertama.
Beliau yang pernah memegang jawatan Yang Di Pertua Persatuan Seni Silat Cekak Terengganu dan aktif bergiat sebanyak 4 kali di dalam menjayakan Minggu Orientasi merancang mengenengahkan beberapa program untuk menyemarakkan aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar kampus khususnya aktiviti sukan dan juaga kebudayaan yang dapat mengcungkil bakat-bakat baru di kalangan mahasiswa.
Pemimpin muda ini yang teruja dengan mandat yang diamanahkan berjanji akan menaikkan nama dan martabat fakulti Pengurusan Hotel dan Perlancongan khusunya melalui penganjuran aktiviti yang dapat tersenarai dalam Malaysian Book of Record sebagaimana yang pernah dicatatkan oleh fakulti tersebut sebelum ini.
“Saya juga akan berusaha meningkat membela nasib dan juga kebajikan pelajar contohnya berkaitan dengan pemberian insentif elaun makan yang ditawarkan kepada pelajar tahap diploma sahaja manakala pelajar non-resident di peringkat ijazah tidak mendapat insentif tersebut.
“Kebanyakan pelajar tahap ijazah terpaksa tinggal di luar kampus kerana kolej kediaman uitm tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai.
Wan izzati Wan Ismail yang memenangi kerusi JPP dari fakulti Perakaunan pula berkata beliau akan berusaha mengenengahkan isu kebajikan pelajar ijazah yang kebanyakannya terpaksa tinggal di luar kampus memandangkan kolej kediaman yang tidak mencukupi.
“Pelajar yang tinggal diluar menghadapi kesulitan kerana tidak tinggal setempat, saya akan berusaha mengusulkan pihak UiTM membuat perbincangan dengan ADUN setempat supaya diadakan satu perumahan setempat agar kebajikan dan keselamatan mahasiswa terjaga,” kata beliau yang turut merancang mengadakan program yang unik bagi meningkatkan nama UiTM sebagai universiti yang membela kaum bumiputera.
“Apa yang lebih penting, saya akan berusaha mengubah persepsi warga kampus terhadap pelajar perakaunan yang beranggapan pelajar perakaun tidak mempunyai daya kepimpinan ekoran kurang program yang dianjurkan bersama pelajar-pelajar dari fakulti yang lain.
“Dengan lebih banyak program yang bakal dianjurkan fakulti perakaunan, persepsi mereka akan berubah terutama sekali dengan kerjasama dengan Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri. END
bye 2.....
1030372: wan izzati wan ismail
30370: nik amirul syazwan nik amiran
30368: nurul akmal muhamad
30365: penyemakan undi melalui e-voting
30327: mari mengundi
30325: mari mengundi
30321: mari mengundi
30319:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan