search berita di sini

Lawatan Pemantau UMNO Bahagian Dungun

Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun:   Lebih 500 ahli-ahli UMNO bahagian Dungun memenuhi dewan utama Majlis Perbandaran Dungun mendengar “amanat pimpinan” ahli majlis tertinggi UMNO merangkap pemantau UMNO daerah Dungun, Senator Mejar Jeneral bersara Dato’ Seri Jamil Khir Baharom yang juga Pengerusi Biro Agama UMNO Malaysia dan Menteri Jabatan Perdana Menteri.
            Beliau lebih dikenali ramai sebagai penceramah agama dan sering muncul di dalam program Forum Perdana, Al-Kuliah dan Bicara Ad Din menghadiri majlis penerangan profail UMNO bahagian Dungun di dewan Mayang Sari manakala di sebelah pagi manakala pada petang sebelah petang beliau menyampaikan “amanat pimpinan” kepada ahli UMNO dan pemimpin tempatan parti di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun.
            Di dalam amanatnya beliau melahirkan rasa bangga dan berpuas hati dengan program-program yang dianjurkan bahagian Dungun terutamanya penganjuran pelbagai program Juara Rakyat bermula bulan Januari lalu.
Berdasarkan penerangan yang diberikan, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan kepimpinan ketua bahagian, barisan pemimpin 4 peringkat dan ahli-ahli dewan undangan negeri, beliau percaya Dungun akan bergerak dengan lebih cemelang di masa hadapan.
            “Keihklasan tanpa mengharapkan kebendaan dengan mencontohi perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu diharap menjadi pemacu untuk memperlipat gandakan usaha.
            “Tanpa keikhlasan dan bertolak ansur amat sukar perlaksanaan sesuatu kerja dapat dijayakan dengan sebaik yang mungkin
Pengerusi JKKK Kuala Paka, Ali Mohamad, berkata, peluang bersemuka dan mendengar amanat ahli majlis tertinggi tidak dilepaskan pemimpin-pemimpin dari 4 Dun dalam parlimen Dungun.
            “Sebagai seorang pemimpin,  pertemuan 2 jam bersama Dato’ Seri memberi suntikan semangat kepada kami untuk terus mempertingkatkan usaha dalam menyalurkan khidmat kepada masyarakat.
             Pengerusi JKKK Kuala Paka, Mokhtar Yusof, 47, berkata kunjungan pemimpin Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dapat mengeratkan lagi perhubungan pemimpin tempatan dengan pimpinan pusat.
            “secara tidak langsung kami dapat mengutarakan permasalahan yang dihadapi diperingkat bahagian kepada pemimpin bagi mendapatkan panduan penyelesaian.
            Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Dr. Rosli Mat Hasan berkata, UMNO bahagian Dungun berasa bertuah dengan kunjungan Ahli Majlis Tertinggi Dato’ Seri Jamil Khir Baharom ke Dungun menjalankan tugas sebagai pemantau bahagian.
            Beliau percaya dengan amanat dan gagasan yang diberikan ianya menjadi sumber inspirasi kepada jentera parti untuk menyemarakkan lagi semangat, memperkukuhkan barisan bersatu usaha dan tenaga menghadapi cabaran yang akan datang.
            Majlis tersebut turut dihadiri, Adun Bukit Besi Dato’ Din Adam, Timbalan Umno Bahagian Dato’ Za’aba Mohd Adib, Ahli Parlimen Dungun Matulidi Jusoh, Ketua Pergerakan Wanita Bahagian Senator Hajjah Zainon Abu Bakar dan lain-lain pemimpin bahagian.END

30657 bergambar kenangan, barisan depan kiri Dato' Din Adam, Dato' Dr. Rosli Mat Hasan, Senator Mejar Jeneral bersara Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Dato' Za'aba Mohd Adib,
30653 sama sebagaimana di atas
30651 sama sebagaimana di atas
30637 orang ramai memenuhi dewan utama MPD mendengar amanat Dato' Seri Jamil Khi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan