search berita di sini

Penubuhan Platun ke 75 RELA Dungun

Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun:  RELA daerah Dungun yang sekarang ini mempunyai keanggotaan seramai lebih 7000 anggota memperkukuhkan lagi kekuatan dengan menubuhkan platun yang ke 75 di Kampung Balik Bukit baru-baru ini.
Pegawai RELA daerah Dungun, Wan Mohd Afandi Wan Ismail, berkata dengan tertubuhnya platun di Balik Bukit, RELA daerah Dungun mempunyai 75 platun dan pihaknya sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran 2.5 juta keahlian menjelang 2012 sebagaimana yang disarankan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.
Dengan komitmen yang diberikan kakitangan, jumlah keahlian baru pada setiap bulan melebihi jumlah keahlian bulanan yang disasarkan iaitu 300 ahli.
Ketua Platun Balik Bukit,  Amir Rosli Mohamad, 45, berkata dengan tertubuhnya RELA di kampung ini,  ianya menjadi saluran untuk kami menunaikantanggungjawab sebagai anggota masyarakat dalam membantu pihak kerajaan membenteras gejala yang tidak sihat yang semakin berleluasa.
“Amanah yang diberikan oleh ahli-ahli rela dan relawanis di Kampung Balik Bukit tidak akan saya persiakan dengan mengadakan pelbagai program dari semasa ke semasa terutama sekali mengadakan rondaan dan kawalan di waktu malam bagi membenteras aktiviti jenayah kecurian dan sosial yang agak serius di kawasan ini.
Beliau teruja dengan sambutan yang diberikan penduduk kampung terutamanya daripada golongan belia dengan ahli melebihi 100 anggota walaupun baru ditubuhkan beberapa bulan yang lalu.
  Relawan, Ismazienor Mohd, 33, berkata, faktor kesedaran untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat dan membantu membenteras kegiatan tidak sihat di kalangan generasi muda mendorong beliau menganggotai pasukan RELA.
Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh, berkata, dengan penglibatan ramai golongan belia di dalam Platun RELA yang baru ditubuhkan ini, gejala sosial terutamanya merempit di Pantai Teluk Bidara yang menjadi salah satu tempat menarik dan dikunjungi ramai dapat dibenteras.
Begitu juga dengan aktiviti yang tidak sihat contohnya jenayah kecurian motosikal yang kerapkali berlaku di kawasan tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Dungun, Dahlan Mond Noor,  berkata, kadar jenayah di daerah Dungun turun sebanyak 10 peratus pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya hasil kerjasama yang diberikan khususnya pihak RELA dan KRT  terutamanya melalui rondaan malam dan operasi bersepadu pihak polis bersama agensi-agensi lain.
Pada majlis yang turut dihadiri ahli parlimen Dungun, ketua polis daerah Dungun dan Pegawai RELA daerah Dungun tersebut, seramai 10 orang ahli baru rela menerima kad ahli masing-masing sebagai simbolik penyerahan kad ahli kepada 130 ahli baru platun RELA berkenaan. END
10057: Amir Rosli Mohamad menyampaikan cenderahati kepada Wan Mohd Afandi Wan Ismail
10059:Amir Rosli Mohamad menyampaikan cenderahati kepada Matulidi Jusoh
10030: Matulidi Jusoh menyampaikan uniform RELA kepada ketua platun Balik Bukit Amir Rosli Mohamad diperhatikan Wan Mohd Afandi
10022: Matulidi Jusoh menyampaikan ucapan
10039: Matulidi menyampaikan uniform RELA kepada anggota baru Platun Balik Buki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan