search berita di sini

Penubuhan Kelab Pemotoran Parlimen Dungun

Bukit Besi:   Menyedari kepentingan menangani gejala rempit yang kini menjadi ancaman besar kepada masyarakat, mendidik generasi muda mendekati masyarakat dan memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan belia,    sebanyak 30 juta diperuntukkan kerajaan negeri pada tahun 2010 utuk program belia, manakala 5 juta lagi diperuntukkan untuk  kempen menangani samseng jalanan.
Ahli Parlimen Dungun, berkata Penubuhan Kelab Pemotoran Parlimen Dungun bukan hanya berobjektif untuk membentuk belia yang memandu secara berhemah sahaja, namun dengan penubuhan kelab ini juga hubungan  golongan belia dengan masyarakat  akan dapat diperkukuhkan melalui aktiviti yang akan dianjurkan kelab dari semasa ke semasa.
“Kita akan memastikan penubuhan kelab ini memberi manfaat yang besar kepada ahli-ahli yang terdiri daripada golongan belia dari empat dun di daerah ini.
                “Salah satu program yang dirancang, kita akan mengadakan aktivit “belia turun padang” yang membolehkan glongan beliaturut sama menyalurkan bakti kepada masyarakat dan secara tiak langsung dapat mengelakkan mereka terlibat di dalam aktiviti yang tidak bermoral, merempit dan sebagainya.
Pengerusi Pertubuhan Belia Kg. Pasir Raja, Rosda Ramli, 35, berbangga dengan pelancaran kelab pemotoran ini yang diadakan di Bukit Besi yang turut menarik pendaftaran ahli sramai 320 orang.
“Apa yang lebih penting, sikap buruk pemandu motor yang terlibat di dalam gejala rempit dengan menunggang motosikal secara merbahaya dan turut mengancam keselamatan orang lain diharap dapat diubah apabila didedahkan dengan kempen kesedaran pemanduan yang akan dijalankan kelab ini dari semasa ke semasa.
Beliau turut berharap, pihak pengurusan kelab memperbanyakkan program-program kesedaran pemanduan berhemah bagi mengurangkan bilangan belia yang teribat di dalam gejala rempit.
“Kurangnya program-program yang melibatkan para belia menjadi salah satu sebab berlakunya gejala rempit,” katanya.
Pekerja swasta dari Paka, Mohd Alimi Hakim, 19, berkata beliau besama-sama rakan tertarik menyertai ahli kelab pemotoran ini untuk meluaskan lagi pergaulan dan juga kenalan selain dapat bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan sesama ahli kelab.
Majlis anjuran Pergerakan Pemuda UMNO negeri Terengganu yang turut dihadiri Adun Bukit Besi, ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Ketua Pegawai daerah dungun itu dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Rosli Mat Hassan yang mewakili Menteri Besar, yang juga turut sama mengepalai konvoi pagi semalam.
end
20113: Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Rosli Mat Hassan
20137: ahli kelab pemotoran parlimen dungun
20224: ahli parlimen dungun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan