search berita di sini

Kakitangan JKR Dungun meninggal dunia di Sungai Durian Mentangau

Paka:   Seorang kakitangan JKR Dungun yang pergi memancing udang meninggal dunia dipercayai akibat kegagalan jantung di Sungai Durian Mentangau dekat sini petang Rabu lalu..
            Ketua Polis Daerah Dungun, Dahlan Moh Noor, berkata pihak polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 6.45 petang Rabu mengatakan ada kematian di Sungai Durian Mentangau, namun tidak memberitahu tempat lokasi kejadian dengan tepat.
Ketua Balai Polis Paka dan timbalan serta sorang anggota bergegas ke Sungai Durian Mentangau mencari lokasi kejadian.
Beliau berkata, apabila sampai di tempat kejadian pada jam 7.30 malam, didapati seramai 10 hingga hingga 15 orang kaki pancing memberitahu mangsa telah di bawa ke Hospital Dungun dan memberitahu mereka tidak dapat menceritakan mengenai kematian mangsa kerana tidak bersama mangsa semasa kejadian berlaku.
Mayat mangsa dituntut keluarga mangsa pada jam 11.00 pagi semalam setelah bedah siasat dilakukan dan mendapati punca kematian disebabkan kegagalan jantung.
Seorang penduduk yang kebetulan berada di lokasi kejadian sedang menunggu rakannya yang turut memancing di sungai berkenaan Mohd HashimShafie, 26, berkata beliau pada mulanya mahu meninggalkan sungai tersebut tidak berbuat demikian setelah melihat mangsa sampai ditebing bersama botnya.  Beliau ingin bertanya hasil tangkapan yang diperolehi mangsa.
 Beliau yang sudah berada di darat dalam jarak 20 meter dengan tempat masa berada pada mulanya melihat mangsa berada di dalam bot yang baru sampai ditebing.
“Saya menunggu bersama rakan untuk bertanya hasil tangkapan yang diperolehi.
“Saya kemudian berpaling ke arah lain, selepas berpaling sekali lagi saya melihat mangsa sudah tiada diatas bot yang berada di gigi air.
“Saya menyangka mangsa pergi membuang air namun beliau tidak muncul-muncul,” katanya.
 Beliau cuba mendekati tempat mangsa berada, namun terkejut melihat mangsa rebah.
“Beliau jatuh dengan keadaan kepala berada di atas tebing, manakala tubuh berada di dalam air dan mengangkat mangsa ke atas darat bersama 2 lagi rakan.
“Pada masa itu mangsa nyawa-nyawa ikan, saya sempat melihat mangsa menarik nafas dua kali sebelum dimasukkan ke dalam van pemancing dan dihantar ke hospital,” katanya yang membawa wartawan ke tempat kejadian pagi semalam.
Ibu mangsa Zaimah Othman, 63, berkata anaknya memang gemar pergi memancing di kawasan berkenaan. Pada pagi kejadian, anaknya berkelakuan pelik dengan mengemas biliknya pada pagi kejadian sebelum pergi ke tempat kerja.
Selepas habis waktu kerja beliau pulang ke rumah sebentar, mengambil kelengkapan mengail manakala enjin bot yang baru dibeli 3 bulan yang lepas sudah berada di dalam bonet kereta.
“Jie pergi menaiki kereta seorang diri ke tempat mengail pada petang itu.
Kebiasaannya apabila pergi memancing, anaknya itu akan pulang selepas maghrib dan beliau selalu menelefon anaknya bertanya khabar apabila anaknya itu turun memancing.
“Oleh kerana hari masih awal, saya tidak menelefonnnya petang itu.
 “Jie  memberitahu, hari Khamis ini pejabatnya mengadakan majlis mengacau bubur asyura dan beliau tidak mahu pergi mengacau sura, beliau ingin memancing,” katanya hiba menatap gambar arwah semasa ditemui di rumahnya selepas selesai mengebumi jenazah mangsa di Tanah Perkuburan Sura Jetty dekat sini. END

Tiada ulasan:

Catat Ulasan