Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Rantau Abang: Kebimbangan penduduk sekitar Kampung Seberang Pintasan dengan ketiadaan lampu isyarakat di simpang empat kampung tersebut makin bertambah apabila jalan di kampung berkenaan menjadi laluan utama bas ekspress bermula 15 January lalu setelah bas ekspress berpindah daripada Stesyen Bas Jalan Baru Pak Sabah ke Stesyen Bas Ekspress Kuala Dungun.
Penduduk, Hasyim Abdullah, 55, berkata, kemalangan kerapkali berlaku di simpang empat tersebut selepas laluan melalui kampung seberang pintasan menjadi laluan utama pengguna kenderaan dari Bandar Dungun untuk ke Kuala Terengganu begitu juga dengan pemandu kenderaan dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan.
Setelah stesyen bas dipindahkan ke Kuala Dungun dari tapak asal di Jalan Baru Pak Sabah, simpang empat tersebut menjadi laluan utama bas ekpress yang mengambil dan menurun penumpang di Stesyen Bas Kuala Dungun.
Sebelum ini sudah beberapa kali kemalangan berlaku disimpang empat tersebut namun rungutan penduduk supaya pihak berkuasa memasang lampu isyarat tidak membuahkan apa-apa hasil dan sehingga sekarang masih tiada lampu iyarat dipasang.
“Dengan ketiadaan lampu isyarat di persimpangan tersebut sampai bilakah penduduk kampung harus menggadai keselamatan diri sedangkan setiap bulan kemalangan berlaku di situ.
Penduduk, Isnin Ramli, 44, berkata, pemandu kenderaan dari arah Kuala Dungun sepatutnya memberhentikan kenderaan apabila tiba di simpang tersebut namun sesetengah pemandu tidak berbuat sedemikian menyebabkan berlaku pertembungan dengan kenderaan yang keluar dari simpang tersebut.
“Saya yang memandu dari arah Kuala Terengganu beberapa kali nyaris-nyaris dilanggar kenderaan dari arah Kuala Dungun yang tidak memberhentikan kenderaan di simpang itu.
“saya yang setiap hari melalui simpang tersebut untuk ke tempat kerja di Bandar Dungun jalan raya menjadi semakin bimbang dengan keselamatan diri setiap kali melalui simpang tersebut lebih-lebih lagi dengan keadaan jalan yang menjadi semakin sibuk setelah menjadi laluan utama bas ekspress bermula pertengahan Februari lalu.
Tinjauan Edisi Timur di simpang empat tersebut mendapati dakwaan pengguna jalanraya khususnya penduduk Seberang Pintasan ternyata berasas, dalam tempoh sejam meninjau lalulintas di persimpangan tersebut beberapa buah kenderaan dari arah Kuala Dungun tidak memberhentikan kenderaan mereka semasa melalui simpang tersebut.
Seorang suri rumah, Rosnah Hussin, 40, berkata beliau bimbang dengan keselamatan anak-anak yang sering bermain di taman permainan bersebelahan simpang empat tersebut setelah sebuah kenderaan yang bertembung di simpang empat tersebut merempuh taman permainan tersebut.
“Lampu isyarat perlu dibina segera bagi mengelak kemalangan terus berulang yang bukan sahaja membahayakan pengguna kenderaan malah keselamtan pejalan kaki dan kanak-kanak di taman permainan tersebut.
Syed Ahmad Syed Abdullah, berkata, kebanyakan pemandu dari arah Kuala Dungun yang tidak memberhentikan kenderaan di simpang tersebut bukan penduduk sekitar tetapi kebanyakannya pemandu luar yang tidak mengetahui perlu berbuat demikian.
“Laluan ini menjadi pilihan pemandu dari arah Kuantan yang memilih laluan melalui jambatan Kuala Dungun untuk ke Kuala Terengganu kerana ianya lebih dekat berbanding mengguna laluan Pulau Serai.
“Pemandu dari arah Kuantan tidak perlu melalui Jalan Pak Sabah, Tanjung Pagar dan Pulau serai untuk ke Kuala Terengganu, hanya melalui jambatan Kuala Dungun dan keluar melalui simpang Tanjong Jara yang lebih dekat dan keadaan jalan yang lebih selesa.
“Selain itu, pada hari minggu simpang empat ini sibuk dengan pengunjung untuk ke kawasan rekreasi Teluk BIdara dan pasar minggu yang berdekatan dengan simpang tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan