Paka: Sikap penternak lembu di kampung Durian Mentangau yang mengambil jalan mudah membiarkan binatang peliharaan berkeliaran siang dan malam mengganggu lalulintas membahayakan keselamatan pengguna jalan raya dan mengotor kenderaan kenderaan yang lalu lalang dikesali pengguna jalan raya.
Tinjauan Edisi Timur di sekitar jalan di kampung tersebut yang agak sibuk dengan pelbagai kenderaan dari kedua-dua arah jalan semenjak dinaik taraf beberapa tahun lalu. mendapati lembu berkeliaran di beberapa tempat termasuk di atas jalan berdekatan selekoh tajam yang menghalang pandangan penggun jalan raya.
Pengguna jalan raya, Nordin Mustakim, 44, berkata laluan tersebut menjadi sibuk kerana laluan tersebut adalah laluan pintas orang ramai terutama pengguna jalan raya dari kampung Padang Pulut dan kampung berdekatan untuk ke Bandar Paka dan kerteh.
“Sikap penternak lembu yang tidak memikirkan kepentingan orang ramai turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan tersebut.
Beliau berkata, apa yang menyakitkan hati, lembu yang seolah-olah tidak bertuan yang menjadikan jalanraya sebagai tempat tidur tidak mengendah hon walaupun berkali-kali dibunyikan pemandu kenderaan yang melalui laluan tersebut pada waktu malam hinggakan terpaksa memberhentikan kenderaan mereka.
Beliau sendiri pernah mengalami kecederaan dan menanggung kerugian akibat kerosakan motosikal terlanggar lembu yang tidur diatas jalan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja di awal pagi.
“Keadaan jalan yang mempunyai banyak selekoh membahayakan keselamatan pengguna dengan lembu yang berkeliaran diatas jalanraya kerana pemandu tidak sempat memperlahankan kenderaan apabila lembu tersebut berkeliaran berhampiran selekoh di laluan ini.
Pemilik lembu perlu memikir keselamatan dan kepentingan orang ramai daripada memngambil jalan mudah dengan tidak menjaga haiwan ternakan mereka.
“Apa yang lebih menyakitkan hati, apabila pengguna jalan raya mengalami kecederaan dan kerugian disebabkan terlanggar lembu kepunyaan mereka, tiada sesiapa mengaku lembu yang dilanggar kepunyaan mereka kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Seorang guru, Irfan Salam Muhammad, 37, berkata, beliau mahu tidak mahu terpaksa melalui jalan tersebut untuk ke tempat mengajar di Kuala Paka memandangkan jalan tersebut adalah jalan pintas bagi penduduk di Serdang dan kampung berhampiran.
“Pada sebelah pagi jalan di kampung tersebut dikotori najis lembu ataupun dipanggil pengguna jalan raya yang lain dengan nama “periuk api”.
“Bagi mengelak badan kenderaan berkarat dan menanggung kerugian saya terpaksa membasuh kereta setiap kali pulang kerja bagi menmbersih najis yang melekat di badan kenderaan,” katanya mengeluh panjang.
Penduduk, Mahusin Salleh, 55, berkata, sikap penternk lembu turut memburukkan imej kampung Durian Mentangau yang dikunjungi ramai kaki pancing terutama sekali di hari hujung minggu.
“Sukar untuk mengubah pendirian sesetengah penternak-penternak lembu disini yang beranggapan kaedah ternak lepas sudah lama diamalkan dan beranggapan tidak salah bagi mereka membiar lembu berkeliaran ke merata tempat.
Namun begitu beliau berharap pihak berkuasa tempatan mengambil peranan mengubah persepsi penternak terbabit yang masih berdegil membiarkan haiwan ternakan berkeliaran sehingga mengganggu lalulintas yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
Tindakan tegas perlu tidak diambil pihak berkuasa kepada pemilik lembu yang membiar bintang ternakan mereka berkeliaran di atas jalan raya siang dan malam bagi mengelak kemalangan terus berulang di kawasan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan