1030080: Pengerusi KRT Amran berjabat salam dengan pegawai Integrasi Nasional daerah Dungun Baharuddin , diperhatikan Ketua Balai Polis Paka Mahadi di majlis taklimat SRS Taman Murni Perdana
Paka: Kerjasama yang erat antara penduduk dengan pihak polis berjaya mengurangkan kadar jenayah di Paka pada tahun 2009 khususnya dengan khidmat yang diberikan penduduk dalam menjayakan Skim Rondaan dan Sukarela (SRS) dan kawalan oleh pihak Angktan Relawan Rakyat (RELA).
Pada 2009 bilangan kes jenayah kekerasan mencatat peningkatan sebanyak 3 kes manakala jenayah harta benda pula mencatat penurunan sebanyak 41 kes, secara keseluruhan berlaku penurunan sebanyak 38 kes.
Selain daripada menjalankan rondan dan kawalan penubuhan KRT juga memberi banyak manfaat kepada penududuk dengan penganjuran berbagai program kemasyarakatan dalam memupuk perpaduan dalam masyarakat.
Pengerusi KRT Taman Murni Perdana, Amran Mohamad, 38, berkata semenjak SRS dijalankan di taman perumahan itu kejadian pecah rumah dan lain-lain kegiatan jenayah sudah tidak berlaku.
Beliau yang menjawat jawatan tersebut setahun yang lepas dan dianugerahkan sebagai salah sebuah KRT terbaik baru-baru ini berharap kecemerlangan tersebut dapat dikekalkan untuk tahun-tahun yang akan datang.
“Alhamdulillah, penduduk di sini memberi komitmen yang tinggi dengan menyertai program-program yang dianjurkan dan melalui biro-biro yang dilantik, kami menganjurkan berbagai program seperti Skim Rondaan Sukarela (SRS), kursus keibubapaan, sambutan maulidurrasul dan lain-lain lagi.
“Dengan penubuhan KRT-KRT di taman-taman perumahan, bebanan tugas pihak berkuasa dalam mencegah jenayah dan gejala sosial yang negatif dapat diringankan,” katanya yang berkat walaupun penduduk di aman perumaahan tersebut berbilang kaum namun kesepaktan yang ditunjukkan membolehkan program-proram kemasyarakatan anjuran KRT dapat dijyakan sepenuhnya.
Penduduk Hashimah Bakar, 40, berkata beliau bangga bangga dengan penglibatan belia dan remaja dalam pasukan SRS di kawasan perumahan ini semenjak beroperasi bermula pertengahan tahun lepas.
“Dengan penglibatan belia dan remaja di dalam pasukan SRS, kegiatan lumba haram yang menjadi salah satu masalah sosial di kawasan ini akan dapat dibenteras.
Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Dungun, Baharuddin Abd Ghani berkata, pihak sentiasa menambah bilangan rondaan SRS dari semasa ke semasa.
Bagi memastikan SRS mencapai objektif untuk mengurangkan kadar jenayah di kawasan setempat melalui prinsip “mesra rukun tetangga” pihaknya sentiasa memantau perjalanan SRS di setiap setiap pos kawalan dan mengadakan majlis-majlis taklimat Skim Rondaan sukarela (SRS) dengan kerjasama pihak polis dearah.
“Kita sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan anggota sukarela kita setiasa mematuhi etika yang ditetapkan dalam melaksanakan tugas membuat roandaan dan kawalan di kawasan masing-masing termasuklah etika berpakaian, penggunaan peralatan dan sebagainya semasa menjalankan tugas.
Anggota SRS juga sentiasa diingatkan supaya mempraktikkan prinsip “mesra rukun tetangga” semasa menjalankan kawalan dan rondaan bagi mewujudkan suasana hormat menghormati sesame jiran di sesuatu kawasan.
“Sesi taklimat berkenaan SRS kepada orang ramai sentiasa diadakan dari semasa ke semasa di KRT-KRT dikampung-kampung dan juga taman-taman perumahan, dengan cara ini masyarakat lebih faham kepentingan mempunyai SRS di kawasan kediaman, menarik lebih ramai anggota dan memastikan anggota sentiasa diberi peringatan supaya mematuhi etika dalam melaksanakan tugas,” katanya di majlis Taklimat Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Taman Murni Perdana Bersama Polis Paka di sini baru-baru ini.
Pihaknya sentiasa memberi galakan kepada masyarakat setempat menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan KRT Taman murni Perdana merupakan salah satu KRT yang bergiat aktif di daerah Dungun.
Sehingga kini sebanyak 76 KRT ditubuhkan dan jumlah ini akan bertamabah berdasarkan bilangan permohonan baru yang kita terima dari semasa ke semasa. Beliau juga berharap ahli masyarakat memberi kerjasama menjayakan program-program kemasyarakatan untuk mengatasi masalah sosial yang semakin meningkat dan mengeratkan perpaduan dalam masyarakat.
Majlis tersebut dihadiri lebih 100 orang penduduk Taman Murni Perdana bagi mendengar taklimat berkenaan kepentinan SRS, fungsi dan etika rondan dan kawalan oleh Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Dungun, Baharuddin Abd Ghani dan Ketua Balai Polis Paka, Chief Inspektor Mahadi Husin.
Beliau berharap kerjasama antara angota SRS dan penduduk tempatan pihak polis akan berterusan untuk masa-masa yang akan datang bagi membenteras jenayah secara habis-habisan. end
Tiada ulasan:
Catat Ulasan