Mohd Zawawi Mat Ail
bhkt@bharian.com.my
Paka: Sebatang jalan utama yang menghubungkan Kg Telaga Emas dengan Bandar Paka yang roboh 3 bulan lalu (November) masih tidak dibaiki, ianya membahayakan keselamatan penduduk apabila murid-murid Sek Keb Paka dari kampug tersebut terpaksa mempertaruh keselamatan diri setiap kali melalui jambatan kayu sementara selebar 2 hasta yang dibina penduduk.
Tinjauan Edisi Timur mendapati penduduk kampung dan pelajar sekolah menyeberang jalan dengan melalui jambatan sementara yang selebar 2 hasta, dibina penduduk menggunakan kayu bulat.
Suhaizi Imran, 10, murid Sek Keb Kuala Paka yang ditemui Edisi Timur berkata, dia dan rakan-rakan terpaksa memberanikan diri melalui jambatan kecil itu walaupun dia takut dan gayat setiap kali pergi dan pulang dari sekolah.
Ditanya kenapa tidak melalui jalan lain unuk ke sekolah, dia dan rakan-rakan memberitahu jalan tersebut merupakan jalan utama ke sekolah dan Bandar Paka, mahu tidak mahu mereka terpaksa memberanikan diri juga menyeberanginya daripada terpaksa berjalan kaki sejauh 5 kilometer melalui Bandar paka untuk ke sekolah.
“Saya tidak mempunyai basikal ayah tidak mampu,” katanya yang turut memberitahu rakan-rakannya yang berbasikal melalui jalan roboh tersebut apatah lagi saya yang terpaksa berjalan 5 kilometer untuk ke sekolah.
Penduduk, Ismail Bakar, 40, berkata terdapat laluan lain untuk ke sekolah dan Bandar Paka namun mereka terpaksa melalui jarak sejauh 5 kilometer melalui simpang Santong dan Kuala Paka, menempuh 2 persimpangan lampu isyarat untuk sampai ke sana.
“Selain daripada jauh, laluan tersebut yang sentiasa sibuk dengan pelbagai kendaraan juga merbahaya lebih-lebih lagi kepada pelajar sekolah rendah.
Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung Telaga Mas, Ali Mohamad berkata beliau telah mengajukan permasalahan yang dihadapi penduduk kepada pihak bertanggungjawab namun sehingga kini tiada tindakan diambil.
Jalan tersebut roboh disebabkan pembentung yang ada tidak dapat menahan tekanan air yang melimpah jalan.
“Bimbang dengan paras air yang semakin meningkat di kawasan perumahan rumah kos murah dan menyelamat beberapa kawasan kediaman penduduk tenggelam, jalan yang roboh itu terpaksa di perluas lagi dengan mengguna jentera berat bagi melancarkan pengaliran air bagi menyelamat perumahan rumah kos rendah daripada tenggelam.
“Perumahan rumah kos murah berhampiran berjaya diselamat daripada ditenggelami air namun jalan yang menjadi laluan utama penduduk Telaga Mas yang roboh terpaksa diroboh lagi bagi menyelamat rumah murah menyebabkan jalan yang roboh menjadi bertambah besar dan dalam.
Bimbang dengan keselamatan penduduk yang masih menyeberang jalan yang roboh tersebut beliau terpaksa menyekat laluan tersebut dengan membuat sekatan dengan melonggokkan batu, dahan-dahan pokok mati dan juga membentang tali menghalang penduduk melaluinya.
Namun sekatan yang dibuat tersebut dipercayai dibuang penduduk dan terus dilalui walaupun membahayakan keselamatan diri jika terjatuh ke dalam gaung sedalam 2 meter itu.
Apa yang lebih membimbangkan beliau, disebabkan jalan tersebut tidak dibaiki walaupun sudah hamper 3 bulan roboh, kejadian yang yang tidak diingini sudah berlaku sebelum ini
“2 orang pembonceng motosikal bersama-sama motorsikalnya terjatuh ke dalam gaung tersebut dan mengalami kerugian dan cedera.
“Sebagai Pengerusi JKKK yang memikul amanah menjaga keselamatan dan kebajikan penduduk saya merayu pihak berkenaan membaiki jalan yang roboh ini dengan secepatyang mungkin,’ katanya yang bimbang kejadian yang sama berulang lagi.
ADUN PAKA, Zakaria Abdullah yang ditemui berkata, beliau sudah mengusulkan permasalahan yang dihadapi penduduk semenjak jalan tersebut roboh berbulan yang lalu.
“Saya difahamkan peruntukan sudah ada dan berharap pihak JPS mempercepat kerja-kerja membaiki jalan roboh tersebut.
“Pembinaan jambatan lebih sesuai dibina di situ berbanding pembentung yang tidakdapatmenahan tekanan air yang kuat,’ katanya. END
Tiada ulasan:
Catat Ulasan