search berita di sini

Kebakaran bangunan sekolah rendah kebangsaan pulau serai petang JUmaat 19.3.2010.

Laporan awal

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
bhkt@bharian.com.my

    Sebuah pejabat sekolah yang berada di tingkat satu bangunan sekolah tidak berjaya diselamatkan dan tiga puluh peratus bilik guru bersebelahan pejabat tersebut hangus terbakar dalam satu kejadian kebakaran jam 2.59 petang semlam.
    Penolong Penguasa bomba Balai Bomba dan Penyelamat daerah Dungun, Suki Annuar berkata, pihak sebuah jentera penyelamat bersama seramai 10 anggota bomba yang diketuai oleh beliau bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada orang awam jam 2.59 petang.
    Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian pada jam 3.07 petang berjaya mengawal kebakaran pada jam 3.22 dan api dapat dipadam sepenuhnya jam 3.52 petang.
    Punca kebakaran masih dalam penyiasatan Bahagian Penyiasatan Jabatan Biomba dan Penyelamat Negeri Terengganu manakala kos kerugian sebanyak RM 229,000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan