search berita di sini

150 peserta mendapat manfaat projek RTB Padang Pulut




PROJEK INI AKAN DIRASMIKAN PADA 21.03.210 OLEN MENTERI DAN AHLI PARLIMEN DUNGUN...

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

Dungun: Projek Tanaman Pisang di kampung Padang Pulut yang dilaksanakan di bawah perancangan satu industri satu produk bakal memberikan pendapatan antara RM 1500 hingga RM 2000 kepada seramai 150 peserta yang secara tidak langsung mengeluar mereka daripada kategori rakyat miskin.
     Projek tanaman pisang seluas 85 hektar yang dibangunkan dalam dua fasa iaitu Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) dan Dusun Nukleus melibatkan 150 peserta yang terdiri daripada petani dari Kampung Bukit Merah, Kampung Padang Pulut, Kampung Pinang Merah dan beberapa buah kampung lagi dengan anggaran kapasita tanaman sebanyak 83, 420 batang pokok pisang.
    Ladang yang dilaksanakan dalam dua fasa pertama ini dilengkapi dengan sistem perparitan yang dijalankan oleh pihak Jabatan Parit dan Saliran bagi mengelak tanaman yang diusahakan peserta berhadapan dengan masalah banjir khusunya dimusim tengkujuh.
   Pihak jabatan pertanian memain peranan penting dengan menyedia kemudahan pagar berdawai, input pertanian, bekalan anak benih dan juga perkhidmatan khidmat berkaitan teknik penanaman kepada para peserta projek manakala dari aspek pemasaran pula pihak FAMA bersedia memasar pisang mentah dan Koperasi Penggerak Ketengah Berhad pula akan memasar produk siap yang diusahakan peserta iaitu kerepek pisang dan sebagainya.
    Ketua Peserta, Ismail Omar, berkata, komitmen yang penuh daripada peserta dan dengan bantuan dan sokongan pelbagai agensi terlibat beliau percaya projek ini akan memberi hasil lumayan kepada peserta yang bekerja petani sebagai pekerjaan utama mereka.
   “Kami difahamkan projek berkelompok ini dianggarkan akan memperolehi pendapatan bersih melebihi 3 juta pada tahun ketiga beroperasi,” katanya.
    Dengan menyertai projek tersebut, beliau percaya peserta tidak lagi berhadapan dengan pelbagai masalah berkaitan ancaman serangan musuh tanaman, masalah banjir, pemasaran dan sebagainya dengan kemudahan yang disediakan dan perancangan rapi pelbagai agensi terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan