Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun: Saki baki berpuluh keluarga di kampung Seberang Pintasan yang terpaksa meninggalkan kediaman yang didiami mereka berpuluh tahun yang lalu setelah semakin ramai pemilik tanah mengeluarkan notis berpindah semenjak awal tahun lalu terbela dengan keprihatinan pihak kerajaan menempatkan mereka di beberapa buah perkampungan dan perumahan di bawah skim Perumahan Rumah Rakyat Termiskin semnjak beberpa tahun yang lalu.
Mereka terpaksa meroboh rumah yang dibina kerana terpaksa akur dengan notis yang diberikan pemilik tanah walaupun kebanyakan daripada mereka tidak tahu kemana harus dituju selain daripada meminta simpati sanak saudara menumpang buat sementara waktu.
Sebelum ini pemilik-pemilik tanah berkenaan tidak berminat memajukan tanah tersebut kerana kampung tersebut jauh terpencil dan bergantung kepada pengangkutan bot pemambang untuk ke pekan Kuala Dungun, namun setelah jambatan Kuala Dungun siap sepenuhnya 2 tahun lepas kampung seberang pintasan berubah wajah, kawasan pantai teluk lipat di kampung tersebut dikunjungi orang ramai setiap kali hujung minggu manakala jalan kampung seberang pintasan pula menjadi laluan utama bas bermula awal 2010.
Kesusahan yang dialami penduduk terbabit mendapat perhatian kerajaan melalui bantuan Perumahan Rumah Rakyat Termiskin (PPRT) dan pembahagian lot tanah di Kampung Rhu Batil.
Sebahagian penduduk terbabit menerima kunci PPRT masing-masing di Perumahan Rumah Rakyat Termiskin Temiang baru-baru ini di dalam sebuah majlis yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Datok Za’aba Datok Mohd Adib.
Penerima bantuan, Esah Ngah, 60, berkata, beliau mendirikan rumah di tanah milik orang lebih 20 tahun dulu dan terpaksa berpindah setelah mendapat notis dari pemilik tanah tersebut.
“Makcik tiada tanah sendiri untuk didirikan rumah menyebabkan mak cik terpaksa menumpang di rumah sanak saudara namun kesusahan yang dialami mak cik berakhir pada hari ini dengan penerimaan bantuan rumah PPRT ini.
“Tiada apa yang mampu mak cik ucapkan bagi menggambarkan terima kasih kepada pihak yang prihatin dengan nasib yang dialami kami,” kata beliau yang merupakan seorang ibu tunggal penuh hiba.
Mohd Abdullah, 71, berkata, beliau menumpang di atas sebidang tanah milik orang di kampung seberang pintasan semenjak 10 tahun lalu dengan kadar bayaran sebanyakl RM 60 sebulan namun terpaksa akur dengan arahan berpindah yang dikeluarkan pemilik tanah.
“Kebanyakan keluarga yang terlibat bekerja sebagai nelayan dan buruh kasar, dengan pendapatan yang kecil dan tidak menentu amat sukar bagi kami memiliki tanah melalui cara pembelian tunai melainkan dengan bantuan kerajaan apatah lagi dengan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang ini.
Adun Rantau Abang, Datok Za’aba Datok Mohd Adib, berkata, terdapat banyak keluarga di Kampung Seberang Pintasan yang dahulunya datang bekerja sebagai nelayan dan menumpang mendirikan rumah di atas milik persendirian namun setelah sekian lama berpuluh tahun menumpang, mereka terpaksa berpindah kerana pemilik tanah ingin memajukan tanah tersebut.
“sebahagian besar telah berpindah dan diberikan lot tanah di beberapa buah perkampungan iaitu di perkampungan Baru Kuala Abang dan Perkampungan Rhu Batimanakala sebahagian lagi masih berada di tanah yang ditumpangi mereka.
“Kita sedang mengenal pasti penduduk terbabit agar nasib mereka terbela dan mereka yang betul-betul layak akan dipertimbangkan untuk ditempatkan di beberapa penempatan baru dan perumahan PPRT bergantung kepada peruntukan yang ada.
“Kitab berharap penduduk terlibat bersabar kerana pembinaan rumah PPRT diadakan secara berperingkat-peringkat,” katanya yang ditemui di majlis penyerahan kunci rumah kepada penerima bantuan rumah PPRT Kampung Temiang yang diantaranya adalah keluarga yang terpaksa berpindah setelah tanah yang ditumpangi dimajukan pemilik tanah terbabit di sini baru-baru ini.END
Caption:
50164: Penerima rumah PPRT, Mohd Abdullah, 71
50134: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang; Datok Za’aba Datok Mohd Adib
50168: Penerima bantuan bersama ahli keluarga di hadapan rumah PPRT Kampung Temiang
50171: Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Temiang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan