Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Hampir setiap tahun ladang sawit Risda Plantation di Tok Kah diancam kerosakan akibat kebakaran yang didapati berpunca daripada kecuaian penduduk yang tidak memadam api sepenuhnya unggun api yang dinyalakan semasa melakukan aktiviti mencari ayam hutan, pembersihanan kawasan kebun dan pembukaan kawasan hutan untuk tujuan penternakan kerbau.
Dalam kejadian terbaru, seluas 30 hektar ladang sawit Risda Plantation berjaya diselamatkan daripada musnah apabila hutan tanah gambut seluas 30 hektar yang hanya dipisahkan oleh sebuah alor dengan ladang kelapa sawit tersebut terbakar semenjak awal February lalu.
Ketua balai bomba dan penyelamat Dungun, Penolong Penguasa Bomba Suki Annuar, berkata,punca kebakaran dipercayai berpunca daripada unggun api yang dinyalakan pemburu ayam hutan di kawasan sekitar hutan paya gambut 100 meter daripada ladang sawit Risda Plantation.
“Pada tahun lepas, kebakaran tanah gambut berhampiran ladang sawit berpunca daripada kerja pembakaran hutan paya gambut oleh penternak kerbau namun begitu walaupun tahun demi tahun kebakaran kebakaran berlaku hingga mengakibatkan kerugian besar kepada Risda Plantation dan kepada penduduk kampung sendiri yang menerima dividen hasil keuntungan ladang, kebakaran tetap berulang termasuk pada tahun ini juga.
Kawasan paya gambut bukan sahaja mudah terbakar dan merebak dengan cepat malah amat sukar dikawal hingga memakan masa hampir sebulan lamanya disebabkan paya gambut terbakal hingga 5 kaki dalamnya.
Anggota operasi perlu membasahkan tanah gambut sedalam 5 kaki supaya api betul-betul padam bagi menyekat merebak ke kawasan sekitar tidak sebagaimana kebakaran hutan biasa yang tidak sukar dipadamkan.
Dengan ketiadaan bekalan air, struktur tanah gambut yang mudah jerlus dan menyukarkan pemindahan pump air, pihak kami menghadapi kesulitan setiap kali memadam kebakaran di kawasan tersebut hingga memakan masa berbulan lamanya.
Penduduk, Mohamad Addullah, 40, berkata, sikap pemburu ayam hutan yang kurang menitik beratkan kesulitan yang dialami orang lain yang berpunca daripada sikap cuai mereka menyebabkan hamper setiap tahun kebakaran tanah gambut berlaku
Beliau yang bekerja sebagai petani dan datang sekali sekali mendapatkan bekalan kayu seringkali terjumpa unggun api yang masih berbara di kawasan hutan gambut berkenaan yang ditinggalkan pemburu ayam hutan.
Dengan cuaca panas yang berpanjangan dan keadaan tanah yang bergambut, bara yang ditinggalkan seringkali menyebabkan kebakaran hutan paya gambut berhampiran dengan ladang sawit Risda Plantation.
Sementara itu, Pengurus Risda Plantation Kawasan Dungun, Mohd zulkifli Awang, 49, berkata, beliau lega apabila kebakaran hutan gambut yang memakan masa hampir sebulan untuk dipadamkan oleh pihak bomba dan penyelamat bersama-sama 15 pekerja ladang (kebakaran bermula 7.3.2010 dan dipadam sepenuhnya 24.3.2010) berjaya menyelamat 30 hektar ladang sawit yang nyaris-nyaris musnah baru-baru ini.
CAPTION
P1050694: Pengurus Risda Plantation, Mohd Zulkifli Awang menunjukkan punca air yang sedikit menyukarkan kebakaran dikawal.
P1050696, P10694: parit yang memisahkan ladang sawit dengan hutan gambut yang terbakar.
P1050692, P1050698: kebakaran hutan paya gambut berhampiran ladang sawit Risda Plantation di Tok Kah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan