Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Beliau bersama rakan-rakan sekerja terpinga-pinga apabila diberitahu pengurus kedai makan tempat beliau dan rakan-rakan meraikan hari lahir bahawa terdapat kalimah suci pada kotak kek yang dibelinya itu.
Badaruddin Che Mi, 25, berkata, pengurus kedai makan yang pada mulanya membelek-belek kotak kek kerana tertarik dengan kotak kek berwarna biru laut itu, memaklumkan kepada saya dan rakan-rakan terdapat kalimah suci pada logo syarikat yang dicetak di kotak kek.
“Saya dan rakan-rakan memerhatikan 3 logo syarikat di kotak itu dan setelah diperhatikan betul-betul memang sahih ianya berbentuk kalimah “Allah”,” katanya yang kali pertama membeli kek di kedai itu.
“Sebagai seorang pembeli yang beragama islam, saya amat kecewa dengan tindakan syarikat terbabit yang mengguna kalimah Allah pada logo syarikat lebih-lebih lagi dengan mencetak di kotak kek yang sudah pastinya akan dibuang pembeli ke tempat terbuang.
Turut tertera di kotak kek tersebut alamat pejabat utama syarikat kek yang terletak di Jalan Tok Lam Kuala Terengganu dan 4 cawangan yang beralamt di Jalan Masjid Abidin Kuala Terengganu, Kampung Gemia Paka, Kompleks Perniagaan Sura Gate, dan Jalan Besar Kuala Berang.
Pengurus kedai makan tersebut yang tidak mahu dikenali, berkata, pihak jabatan agama perlu menyiasat penggunaan kalimah suci oleh syarikat ini yang seolah-olah mempersenda masyarakat islam dan boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.
“Pemilik Kedai Kek & Roti Sweeden perlu menggugurkan penggunaan kalimah “Allah” kerana perbuatan tersebut memperlekeh dan mempermain-mainkan sensitivity masyarakat islam,” katanya yang ditemui.END
Caption:
:Pembeli, Badaruddin Che Mi menunjukkan kalimah Allah yang tertera pada logo syarikat yang dicetak pada kotak kek yang dibelinya di sebuah kedai kek di Kompleks Perniagaan Sura Gate.
:Pembeli, Badaruddin Che Mi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan