Dungun: Bertujuan meringankan beban yang ditanggung mangsa gempa bumi Haiti pelajar Semester 5 Diploma Pengurusan Hotel Uitm Cawangan Dungun mengambil inisiatif mengumpul sumbangan daripada warga korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO)serta warga Uitm Cawangan Dungun sendiri melalui penjualan meja majlis makan malam di Dewan Baiduri Hotel Uitm baru-baru ini.
Melalui usaha yang dijalankan itu sebanyak RM 5,000 berjaya diserahkan kepada pertubuhan Mercy untuk disumbangkan kepada mangsa gempa bumi di Hati.
Pelajar, Nur Adilah Md Zain, 21, berkata, beliau berasa gembira kerana usaha beliau bersama-sama pelajar pengurusan hotel yang lain untuk mengumpul dana meringankan penderitaan mangsa gempa bumi di Haiti akhirnya membuahkan hasil.
“Kami tidak menyangka melalui usaha yang dijalankan kami berjaya mengumpul dana sebanyak itu bagi meringankan penderitaan mangsa gempa bumi di Haiti walaupun sumbangan tidak seberapa jika dibandingkan keperluan mereka.
Rakan beliau Rabiatul Basyaria Mohamad, 21 berkata, penganjuran majlis makan malam membantu mangsa Haiti bukan sahaja dapat membantu mangsa Haiti malah melalui penganjuran majlis ini ianya memberi pengalaman sebenar kepada kami mengurus sesuatu majlis.
“Penganjuran majlis ini memberi pengalaman berharga kepada kami untuk kami mengaplikasikan apa yang dipelajari dibilik kuliah selama ini apatah lagi segala pengrusan termasuk penyediaan makanan, jemputan yang semuanya diuruskan oleh pelajar sendiri,” katanya yang mengelolakan urusan publisiti majlis itu.
Ketua projek, Muhamad Salihin Jaafar, 22, berkata, pelajar diberi pilihan untuk menganjurkan “event” untuk memperlengkapkan keperluan pembelajaran mereka.
“Kami di Uitm sentiasa mendapat dorongan penuh daripada tenaga pengajar dan kakitangan Uitm sendiri untuk menganjur program yang melibatkan komuniti apatah lagi dengan penganjuran penganjuran majlis amal begini yang bertujuan menjadi medium kepada syarikat korporat dan individu bagi menghulurkan bantuan dari segi wang ringgit khususnya.
"Selain itu ia juga menjadi salah satu daripada cara bagi mahasiswa dan maghasiswi menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakatantarabangsa.
Majlis yang turut diisi dengan tayangan puisi kemanusiaan itu dihadiri pelbagai syarikat korporat dan NGO yang menyumbang amal pada malam itu, diantaranya wakil media, Bank Rakyat, Mampan Jitu (M) Sdn Bhd, Bisa Bona dan Kolej Teras Timur.
Executive Director Mercy Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal, berkata, inisiatif pelajar dengan penganjuran majlis amal bagi mengumpul derma membantu pihak yang memerlukan.
“Kami di Mercy sentiasa mengalu-alukan sumbangan dan menghargai usaha pelbagai pihak dalam melahirkan keprihatinan terhadap nasib pihak yang ditimpa bencana sebagaimana yang dialami oleh mangsa gempa bumi di Haiti,” kata beliau yang ditemui di majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kampus Bahagian HalEhwal Pelajar (HEP)Prof Madya Haji Abdul Rahim Ramli baru-baru ini.END
CAPTION:
111111: Pelajar Diploma Pengurusan Hotel selaku penganjur majlis "Charity Dinner for Haiti" bergambar kenangan di majlis amal di Dewan Baiduri Hotel Uitm Dungun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan