search berita di sini

RENTETAN SEJARAN POLITIK TERENGGANU..

PERBICARAAN AHMAD RAMZI ZUBIR

KUALA TERENGGANU, Jan 17: Perbicaraan Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir, bekas Setiausaha Politik mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, yang dijadualkan bermula di Mahkamah Session hari ini, terpaksa ditangguhkan kerana tertuduh dikatakan deman serta mengalami penanahan dalam kerongkong (tonsilitis) dan sedang dirawat di Hospital Specialist Kuala Terengganu.
Mahkamah telah diberitahu tentang keadaan Ahmad Ramzi oleh peguambelanya Datuk Hazman Ahmad yang menyerahkan surat pengesahan sakit tersebut kepada hakim Mohamad Khalid Ab Karim.

Selain Hazman, tertuduh juga diwakili oleh peguam Rosli Abd Rahman dan Mohamed Noor Mahmud, sementara peguam Alias Abdullah sebagai peguam pemerhati kepada Ahmad Ramzi. Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya Shahidani Abd Aziz @ Juned
dibantu Nor Azimol Azmi Mohd serta Ooi Choi Goek.
Berikutan perkembangan terbaru itu, hakim Mohamad Khalid menetapkan Feb 9 dan 11, dan Mei 18 hingga 21 untuk kes itu dibicarakan.
Pada Jun 4, 2009, Ahmad Ramzi, 38, telah dituduh dibawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dalam Mahkamah Session Kuala Terenggan dengan tiga pertuduhanan melakukan ugutan jenayah dengan mengancam mendatangkan kematian kepada ADUN Paka Mohd Ariffin Abdullah, ADUN Permaisuri Abdul Halim Jusoh dan ADUN Ajil Datuk Rosol Wahid dan satu pertuduhan dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menfitnah Wan Ahamad Wan Muda melalui laman web http://ownsn-sbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor talipon bimbit Wan Ahamad Wan Muda pada 13 April 2009.
Jika didapati bersalah, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara maksima dua tahun kerana ugutan SMS dan penjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kedua.
Turut kelihatan hadir diluar dewan perbicaraan termasuk saksi perbicaraan iaitu Datuk Rasol Wahid, Abdul Halim Jusoh, Hj Zakaria Abdullah (ADUN Paka) dan beberapa ahli keluarga. –
[Horizon33_19-1-2010_5-43-8.jpg]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan