search berita di sini

Orang ramai lega benteng guni berpasir dibina


Benteng guni berpasir menyelamat satu kilometer jalan yang hampir roboh dihakis ombak


Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:   Orang ramai lega dengan kerja pembinaan benteng oleh Jabatan Parit dan Saliran di pesisir Pantai Teluk Lipat sepanjang satu kilometer bermula dari hadapan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah sehingga simpang ke Sekolah IMTIAZ setelah sebahagian bahu jalan sepanjang satu kilometer di kawasan itu roboh dihakis ombak.
            Tinjauan Edisi Timur mendapati kerja-kerja membenteng dengan guni berpasir di kawasan itu yang mengalami hakisan teruk di musim tengkujuh 2009 bermula awal Mei lalu dan dijangka siap pertengahan Jun nanti.
Edisi Timur sebelum ini  menyiarkan rungutan orang ramai yang meminta pihak JPS mengambil tindakan segera menambah benteng ombak bagi menyelamat bahu jalan sepanjang 1 kilometer bermula dari hadapan Taman Selera hingga ke Simpang IMTIAZ yang terhakis teruk dan pokok rhu yang membarisi sepanjang pantai daripada tumbang
.
Akibat hakisan yang berterusan sebahagian bahu jalan roboh yang turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motorsikal.
Penduduk, Irfan Salam Mustakim, 22, beliau pernah mengalami pengalaman yang mendebarkan apabila hampir-hampir terjatuh ke bawah tebing apabila terpaksa memandu di bahu jalan bagi memberi laluan kepada kenderaan yang membelok di simpang tiga berdekatan sekolah IMTIAZ.
Beliau bernasib baik kerana mampu mengawal kenderaan daripada terjatuh disebabkan bahu jalan yang roboh dihakis ombak.
Pengunjung yang ditemui, Nordin Wahab, 44, berkata, pembinaan benteng bukan sahaja dapat menyelesai masalah hakisan malah turut mengindahkan kawasan pantai dan menyelamat pokok rhu di sepanjang jalan berhampiran pantai yang hampir tumbang kerana sebahagian tanah yang menyokong akar pokok hilang dihakis ombak.
Kakitangan swasta, Faezah Nordin, 26, berkata, yang selalu beriadah di kawasan itu, berkata percaya dengan usaha yang dijalankan JPS dari semasa ke semasa keindahan Pantai Teluk Lipat dapat dikekalkan khususnya untuk generasi yang akan datang.
“Kawasan tebing pantai yang dahulunya luas kini hanya tinggal semester kurang semeter saja dari jalan raya malah sebahagian bahu jalan sudah roboh . Tidak mustahil beberapa tahun lagi jalan yang ada sekarang ini akan tiada selepas dihakis ombak,”
Beliau berharap pembinaan benteng tidak hanya dilakukan di kawasan yang mengalami hakisan teruk sahaja malah benteng perlu dibina sepanjang pantai bagi mengelak kejadian bahu jalan roboh sebagai mana yang berlaku sebelum ini dapat dielakkan.
“Tidak seharusnya pembinaan benteng dilakukan di kawasan yang mengalami hakisan teruk sahaja sedangkan sepanjang pantai ini berisiko mengalami keadaan yang sama sebagaimana yang berlaku di kawasan yang dibenteng sekarang ini.
“Adalah lebih baik langkah awal diambil diambil JPS dengan membina benteng bukan sahaja di kawasan yang mengalami hakisan yang teruk sahaja malah benteng juga wajar dibina di sepanjang pantai kerana kawasan itu juga akan mengalami keadaan hakisan yang sama beberapa tahun lagi,” katanya.
Peniaga, Hassan Abdullah, 37, berkata, dibimbangi jika benteng tidak diperpanjangkan keindahan pantai Teluk LIpat yang terkenal dengan pasir memutih berlatarkan laut membiru hanyalah kenangan sahaja setelah dihakis ombak besar yang membadai pesisir pantai setiap kali musim tengkujuh tiba.
“walaupun benteng yang dibina tidak dapat menghalang kawasan berdekatan pantai dariapada dipenuhi pasir dan sampah sarap hingga jalan terpaksa ditutup disebabkan benteng yang dibina adalah rendah namun ianya mampu menyelamat jalan daripada roboh,”
“Saya terpaksa menutup kedai selama hampir dua bulan setiap kali musim monsoon tiba kerana kawasan gerai dipenuhi pasir dan sampah sarap,” katanya yang berharap pembinaan benteng konkrit sebagaimana yang dibina di hadapan Taman Selera dapat ditambah lagi.
Caption: Kerja membenteng dijalankan bagi menyelamat jalan bersebelahan Pantai Teluk Lipat sepanjang satu kilometer daripada roboh dihakis ombak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan