dRAFT BERITA YANG BELUM DIEDIT
PENYEWA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
DUNGUN: Orang ramai merungut hampir 50 buah rumah kosong di Flet Bijangga di Jalan Bijangga milik Yayasan Pembangunan Keluarga yang sepatutnya disewakan kepada keluarga yang kurang berkemampuan dan tidak mempunyai tempat tinggal sendiri tidak dibenar disewa disebabkan mengalami kerosakan teruk dipercayai akibat sikap tidak bertanggungjawab sebahagian penyewa yang meninggalkan rumah sewa tanpa memaklum kepada peihak pengurusan Yayasan Pembangunan Keluarga terlebih dahulu.
Pekerja swasta, Wan Affendi Wan Za’bar, 34, berkata, beliau telah beberapa kali ke pejabat pengurusan Flet Bijangga bertanyakan rumah kosong untuk disewa semenjak beberapa bulan lalu namun beliau diberitahu rumah kosong yang ada tidak dapat disewakan kerana mengalami kerosakan teruk.
Tinjauan Edisi Timur di Flet Bijangga mendapati terdapat lima buah bangunan flet dan terdapat kira-kira sepuluh buah rumah tidak disewa di setiap blok kerana mengalami kerosakan teruk.
Sebahagian rumah, tidak berkunci dan dipenuhi sampah manakala cermin tingkap pecah dan tandas tidak dapat digunakan kerana tersumbat.
Seorang penghuni yang ditemui yang dikenali dengan nama Zakaria berkata, rumah yang ditinggalkan kosong kebanyakannya ditinggalkan penyewa tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada pihak pengurusan yang mempunyai pejabat di flet itu.
Rumah yang ditinggalkan kosong tanpa diketahui pihak pejabat diceroboh budak-budak nakal menyebabkan kelengkapan rumah menjadi rosak.
Pencari rumah sewa, Husin Ali, 39. berkata, beliau beberapa kali bertanyakan rumah kosong di flet itu untuk disewa namun pegawai terbabit yang ditemui memberitahu rumah tersebut tidak dibenarkan untuk disewa kerana rosak dan akan dibaiki tidak lama lagi.
Namun sehingga sekarang flet yang rosak tersebut masih tidak dibenarkan untuk disewa kerana kerosakan belum dibaiki walaupun telah beberapa bulan berlalu.
”Setelah kerajaan membelanjakan peruntukan berjuta ringgit membangunkan 5 buah flet sebagai tempat kediaman kepada keluarga yang kurang berkemampuan, sudah seharusnya semua pihak wjar menghargainya bagi membolehkan ianya memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.
”Saya berharap rumah kosong yang rosak dibaiki dengan segera bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah dan tidak mempunyai rumah sendiri sepertinya dapat menyewa,” katanya yang terpaksa menyewa rumah dengan kadar harga yang mahal berbanding pendapatan beliau sebagai seorang tukang paip.ENd
Caption:
10255: salah sebuah rumah di Flet Bijangga yang tidak dapat disewa kerana peralatan rosak dipenuhi sampah semenjak berbulan lalu
10262; Keadaan tandas di sebuah rumah yang tidak dapat disewakan kerana rosak teruk
10263: sama sebagaimana caption diatas
10344, 10322; Flet bijangga Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di Kampung Bijangga Dungun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan