search berita di sini

Kem anak Malaysia pupuk semangat jati diri

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
 
DUNGUN:     45 peserta yang terdiri daripada remaja berumur 4 hingga 17 tahun mengikuti Kem Padu Anak Malaysia 2010 peringkat daerah Dungun yang berlangsung selama 5 hari bertempat di Tapak Rekreasi Bukit Bauk Paka.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Zulkarnain Zulkifli, 16, berkata, program yang diikuti banyak memberi manfaat terutamanya dalam membantu peserta membentuk disiplin dan ketahanan diri, semangat berdikari dan juga keyakinan diri.

                Beliau yang menggemari aktiviti lasak berkata, salah satu aktiviti yang menarik ialah latihan membaca peta iaitu peserta didedahkan secara teori dan praktikal kemahiran membaca peta yang amat berguna semasa berada di dalam hutan.
                “Melalui aktiviti Latihan Ikhtiar Hidup pula kami diajar mengguna sumber alam yang ada di dalam hutan untuk menjalani kehidupan di dalam hutan.
                “Selain itu, kami juga mendapat pengalaman baru menjelajah hutan rimba Bukit Bauk yang kaya dengan pelbagai spesis balak herba dan balak yang tidak terusik berusia ratusan tahun.
                Penama Wang Pot Sheng, 15, berkata, banyak pengalaman baru yang diperolehi sepanjang mengikuti program Kem Padu Anak Malaysia.
Pengalaman mengikuti aktiviti lasak seperti fling fox, meredah hutan Bukit Bauk, bebenar-benar mencabar tahap kecergasan fizikal peserta namun dengan semangat dan dorongan daripada jurulatih yang berpengalaman kami tidak mengeluh sebaliknya mengakhiri setiap cabaran dengan kegembiraan dan kepuasan.
 “Selain daripada aktiviti lasak para peserta juga mengikuti bengkel motivasi dan teknik belajar secara efisyen bagi memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
                “Selepas mengikuti kem ini saya berasa lebih bersemangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
“Saya berasa bangga dan bertuah dapat menyertai kem ini, justeru berharap dapat menyerti program ini lagi pada tahun yang akan datang,”katanya.
Low Shun Yen, 14, berkata, Program sebegini bukan sahaja dapat menjalinkan semangat Satu Malaysia sebagaimana yang dilaungkan oleh kerajaan malah ianya amat berkesan bagi menanam semangat jati diri sebagai seorang warganegara yang bergelar Anak Malaysia.
                “Kami berasa bangga menjadi anak Malaysia yang hidup dalam keharmonian hasil kepimpinan yang ada sekarang tidak sebagaimana di negara luar yang penglibatan peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan tanpa mengira latar belakang agama dan budaya.
                Pelajar Sekolah Menengah Balai Besar, Noor Faidah Syahirah Mustafa, berkata, kem itu adalah pengalaman manis dalam hisupnya keranan didedahkan dengan pelbagai keadaan sukar serta mencabar.
                “Sebelum ini saya tidak pernah melalui aktiviti lasak seperti meredah hutan, flying fox dan kejayaan melakukannya dengan bantuan juruklatih menjadikan saya lebih berani dan mempunyai keyakinan diri menghadapi setiap cabaran,” katanya.
                Program tahunan yang kedua kali dianjurkan dianjurkan di Tapak Rekreasi Bukit Bauk itu dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM) merangkap Pegawai Penyelaras Pebangunan Dun Sura yang turut dihadiri Pengarah Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri (JPNIN) Negeri Terengganu, Tukimin Sarlan baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan