Jangan sampai pisang berbuah dua kali
Ubah sikap jika mahu padang ragut awam diwujudkan semula : Pegawai Pejabat Veterinar daerah Dungun
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
DUNGUN: Tiada persepakatan di antara ahli dan persefahaman di antara ahli Persatuan Penternak Padang Ragut Awam Paya Kemudi menjadi sebab pihak Pejabat Veterinar daerah Dungun mengambil tindakan menutup padang ragut kepada penternak dan menyewakan kepada pihak persendirian.
Dengan objektif membantu penternak untuk berjaya di dalam bidang penternakan, Pejabat Veterinar membuka sebuah ladang ragut awam kira-kira 100 hektar di Paya Kemudi pada awal 80 an yang menelan belanja melebihi RM 200, 000 (dua ratus ribu) berkonsep "cut and carry" (potong/cerut dan bawa pulang ke kandang)
Pegawai Veterinar daerah Dungun, Ahmad Fahmi Mamat, berkata, setelah padang ragut awam itu dibuka kebanyakan penternak yang sebahagian besarnya menyertai skim pawah yang dianjurkan Jabatan Veterinar “mewah rumput” dan berusaha dengan tekun mengusahakan padang ragut dan menjaga ternakan mereka.
“Namun selepas dua tahun penternak menikmati “mewah rumput” hasil tertubuhnya padang ragut milik jabatan haiwan itu, sebahagian penternak mula “membuat perangai” dengan melanggar peraturan yang ditetapkan Jabatan Veterinar dan dipatuhi mereka selama ini.
Beliau berkata, sebahagian penternak mula bertindak mengikut haluan masing-masing tanpa berbincang di antara ahli persatuan terlebih dahulu dengan memgambil jalan mudah membawa masuk binatang ternakan ke dalam kawasan padang ragut walaupun menyedari melanggar paeraturan yang ditetapkan.
“Tindakan mereka menyalahi peraturan "cut and carry" (potong dan bawa pulang rumput ke kanda) manakala penternak kerbau pula bersikap tidak bertanggungjawab dengan melepas kerbau merayau di dalam padang ragut hingga memusnahkan pagar dan kelengkapan yang terdapat di padang ragut.
“Padahnya, sebahagian padang rumput musnah hingga menyukarkan ahli Persatuan Penternak Padang Ragut Awam Paya Kemudi untuk mendapatkan bekalan rumput.
“Tidak cukup dengan melanggar peraturan , sebahagian ahli Persatuan Penternakan Padang Ragut Paya Kemudi yang ditetapkan, sebahagian penternak enggan turut serta melakukan kerja membaja rumput , menyelenggara padang ragut yang selama ini dijalankan secara bergotong royong.
“Apa yang lebih menyedihkan kadang-kala tugas membaja, menebas semak yang sepatutnya dilakukan oleh ahli persatuan terpaksa dilakukan oleh kakitangan Jabatan Veterinar sendiri bersama beberapa kerat ahli persatuan.
“Tidak tahan dengan sikap tidak endah sebahagian penternak itu, Jabatan Veterinar mengeluarkan notis amaran supaya ahli persatuan memastikan kerbau tidak lagi berkeliaran di dalam padang ragut dan bersama-sama melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan padang ragut namun sikap mereka tidak berubah menyebabkan padang ragut terpaksa ditutup dan disewakan kepada pihak syarikat persendirian..
"Sejak itu, tiada permohonan mahupun cadangan tapak baru diterima daripada penternak termasuk daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Serdang sendiri untuk dijadikan padang ragut.
“Jika tapak cadangan yang dicadangkan bersesuaian dan penternak memberi yang penuh untuk mengusahakannya, tidak ada alasan untuk kita menolak permohonan mereka,” katanya yang berharap penternak berubah sikap dan tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Edisi Timur sebelum ini menyiarkan keluhan penternak lembu di beberapa buah kampung antaranya Kampung Serdang, Kampung Paya Kemudi, Kampung Binjai, Kampung Delong dan beberapa buah kampung sekitar mengeluh kesukaran mendapat bekalan rumput setelah padang ragut awam milik Jabatan Verterinar ditutup empat tahun lalu selepas disewakan kepada sebuah syarikat persendirian.
Penternak merayu sebuah padang ragut diwujudkan semula bagi menyelesai masalah yang dihadapi.
Ada diantara penternak yang selama ini menjadikan aktiviti menternak lembu sebagai sumber pendapatan terpaksa menjual sebahagian binatang ternakan mereka berikutan ketiadaan padang ragut menjadikan pekerjaan itu tidak lagi menguntungkan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Serdang, Kamarudin Embung, 62, berkata sebuah tanah kosong kira-kira seluas 30 hektar akan di cadangkan kepada pihak Pejabat Tanah dan Daerah untuk dijadikan padang ragut.
“Kita menghadapi kesukaran mendapat tanah yang sesuai untuk dicdangkan kepada pihak Pejabat Veterinar kerana kawasan Kampung Serdang mempunyai kawasan tanah rendah dan sering ditenggelami air dan tidak sesuai untuk dijadikan padang ragut.END
Ralat: Keluasan sebenar padang ragut itu ialah kira-kira 100 hektar bukan 24 hektar sebagaimana dalam berita dikeluarkan sebelum ini.
Caption:
147, 148: Lembu penternak di Kampung Serdang, Kemudi, Padang Pulut dan beberapa buah kampung berhampiran kurus kering merayau di tepia jalan kerana kekurangan rumput selepas padang ragut awam yang ditutup 4 tahun lalu tidak berganti, lembu kurus menangis tak cukup makan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan