Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
DUNGUN: Gejala menconteng dinding bangunan milik kerajaan dan premis perniagaan di Bandar Dungun bukan sahaja mencemar pemandangan malah merosakkan imej Bandar Dungun sebagai sebuga perbandaran
Kegiatan tidak bermoral oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab perlu dipandang serius pihak berkuasa tempatan bagi mengelak semakin banyak bangunan di Bandar ini terus dicemari.
Tinjauan Edisi Timur di sekitar bandar Dungun mendapati beberapa buah bangunan berhamiran jalan utama Kuantan-Dungun dicemari tulisan dan imej tidak bermoral termasuk sebuah dinding sebuah banguanan sekolah menengah di Bandar Dungun.
Terdapat diantara tulisan yang diconteng di dinding-dinding bangunan mempunyai mesej yang boleh menimbulkan perasaan tidak senang segolongan pihak, berbaur lucah dan perkauman.
Sebuah dinding bangunan milik persendirian di Kampung Batu 48 berhampiran Jalan Kuantan-Terengganu paling teruk dikhianati pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan dinding utama dikotori cat berbentuk tulisan dan imej tidak bermorak semenjak beberapa bulan lalu.
Peniaga berhampiran bangunan tercemar itu yang mahu dikenali sebagai Kasim, berkata, kedudukan bangunan yang dicemari dinding dengan tulisan tidak bermoral dan lucah mencemar pemandangan dan merosakkan imej Bandar Dungun.
“Perbuatan menconteng dinding seakan sudah menjadi satu gejala yang sukar dikawal oleh pihak berkuasa sehinggakan beberapa buah bangunan di Bandar ini tercemar dengan tulisan yang kurang menyenangkan dan berbaur lucah.
“Pihak berkuasa perlu bertindak tegas kepada sesiapa yang didapati terbukti melakukan perbuatan tersebut bagi memberi pengajaran kepada masyarakat dan membendung gejala yang tidak sihat ini terus berleluasa.
Sebuah lagi bangunan milik persendirian yang dicemari ialah bangunan berdekatan pasar malam Batu 48.
Pengunjung pasar malam, Juliah Mohd Salleh, 52, berkata, beliau sendiri berasa kurang selesa apabila terbaca tulisan di dinding bangunan itu yang berbaur lucah setiapa kali meletak kenderaan berhampiran bangunan itu.
Walaupun pihak berkuasa sukar mengenakan tindakan kepada pihak yang melakukan perbuatan buruk itu disebabkan kesukaran mencari si pelaku namun sikap pemilik bangunan yang tidak mahu membersih dinding bangunan mereka yang tercemar adalah tidak wajar kerana mereka masih bertanggungjawab dengan apa yang berlaku kepada bngunan milik mereka.
"Perbincangan dengan pemilik bangunan yang menajdi mangsa vandalism perlu dilakukan bagi memastikan keceriaan Bandar terus terjaga.
"Tiada gunanya pihak berkuasa tempatan mengambil langkah menceriakan Bandar Dungun dengan bermacam usaha namun dinding bangunan di kiri kanan jalan dikotori tulisan yang tidak menyenangkan.
Tinjauan juga mendapati sebuah bangunan sekolah menengah berhampiran tapak pasar malam Bandar Dungun di Jalan Nibong turut menjadi mangsa kegiatan vandalism yang dipercayai dilakukan pelajar sekolah berkenaan berdasarkan perkataan yang diconteng di dinding bangunan sekolah berkenaan.
"Kedudukan dinding bangunan sekolah yang tercemar itu yang berhampiran jalan menjatuhkan imej dan kecerian sekolah .
Peniaga pasar malam Bandar Dungun, Mahmud Hsyim, 48, berkata, kewujudan dinding yang tercemar itu disedari beliau, pengguna jalan raya dan pengunjung pasar malam semenjak beberapa bulan lalu namun sehingga kini tulisan tidak bermoral itu tidak dibersihkan. END
Tiada ulasan:
Catat Ulasan