search berita di sini

MPD bangunkan Dataran Dewan Merdeka sebagai warisan sejarah

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
 
DUNGUN:   Dataran Dewan Merdeka yang sebelum ini dikenali ramai dengan nama Padang Zink Merah yang merupakan sebuah padang yang mempunyai nilai sejarah kerana padang ini pernah digunakan Allahyarham Tun Abdul Razak untuk merasmikan Pesta Pembangunan Negeri iaitu pada tahun 1974 dan menjadi tempat berlangsungnya aktiviti kemasyarakatan penduduk Dungun sejak akhir 70 an kini berubah wajah dengan pelbagai infrastruktur yang dibangunkan pihak Majlis Perbandaran Dungun.
Disamping membangunkan kemudahan MPD mengekalkan nilai sejarah dataran ini yang dibina dengan hasil sumbangan 3 syarikat jepun yang terlibat secara langsung dengan aktiviti pelombongan bijih besi di daerah Dungun pada tahun 1957 iaitu Eastern Mining & Metal Co. Ltd,  Eastern Stevedoring Co. Ltd dan juga Malaay States Shipping Co. Ltd. Dengan keluasan keluasan 6.80 ekar.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Zainal Abidin Husin, berkata seiring dengan peredaran masa dan pembangunan yang pesat, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah mengambil beberapa inisiatif bagi membangunankan Dataran tersebuat  dimana lebih banyak kemudahan infrastruktur seperti padang, landskap, laluan pejalan kaki, lampu dan lain-lain kemudahan disediakan dan dinaiktaraf.
Kedudukannya adalah strategik iaitu dikelilingi oleh pejabat kerajaan dan juga kuarters kerajaan. Dataran dewan merdeka ini telah dirancangkan sebagai pusat pertumbuhan desa. Oleh yang demikian disekitar kawasan ini banyak terdapatnya kemudahan-kemudahan awam seperti Majjd Intan Zaharah (dahulunya dikenali sebagai Masjid Kg. Molek), Sekolah  dan sebagainya.
Bagi meningkatkan lagi imej dataran dewan merdeka, satu lagi pembangunan berteraskan sukan telah dibangunkan bersebelah dengan kawasan tersebut iaitu Arena Square yang melibatkan kos pembangunan sebanyak RM 3.7 juta. Selain itu juga, landskap dan laluan pejalan kaki di dataran dewan mendeka juga dinaiktaraf lagi dengan kos sebanyak RM 2 juta.
Pada masa kini, aktiviti di dataran dewan merdeka tidak hanya tertumpu di siang hari kerana dengan kemudahan-kemudahan  yang didiakan oleh pihak Majlis Perbandaran Dungun, pelbagai aktiviti dapat dijalankan di kawasan tersebut pada malam hari. Untuk menarik minat golongan muda , pihak MPD telah mengambil inisiatif dengan menyediakan wayang gambar pada waktu malam dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah sosial dikalangan peduduk Dungun amnya
“Kita juga akan membina system saliran di kawasan Dataran Merdeka untuk mengatasi masalah banjir di kawasan itu yang selalu digenangi air terutamanya di musim tengkujuh.
Pada masa dahulu, dataran dewan merdeka ini digunakan untuk aktiviti sukan diperingkat daerah seperti bolasepak dan olahraga yang mana dikendalikan oleh  persatuan olahraga amatur.
“Selain daripada itu, zink-zink merah yang dahulunya mengelilingi daratan dewan merdeka tersebut turut dirobohkan bagi memberi peluang kepada penduduk kampung dan orang awam menggunakan kemudahan yang disediakan,” katanya yang ditemui semalam.
Penduduk, Husin Rahim, Penduduk, Husin Rahim, 55, berkata, dataran dewan merdeka dahulunya dikenali sebagai Dewan Zink Merah. Ianya adalah kerana struktur dewannya yang dikelilingi oleh zink yang berwarna merah.
Beliau berkata disebabkan tiada kemudahan disediakan Dataran Merdeka hanya dipenuhi orang ramai apabila ada pertandingan sukan sahaja namun setelah pelbagai kemudahan disediakan MPD Padang Merdeka berubah wajah dan dikunjungi ramai tgerurtamanya di waktu petang dan hujung minggu.
Peniaga gerai minuman, Dahlan Noor, 44, berkata hasil usaha yang dilakukan MPD turut menambah rezeki para peniaga disekitar Padang Merdeka setelah kawasan itu dikunjungi ramai lerana daya tarikan sebagai sebuah padang bersejarah, salah sebuah tempat rekreasi daerah dan juga tempat berlangsungnya majlis-majlis utama.
Kini dengan pelbagai pembangunan infrastruktur yang disediakan, dataran dewan  merdeka telah kembali kepada zaman kegemilangannya sewaktu ianya mula didirikan dahulu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan