DUNGUN: Penduduk di Perumahan Kos Rendah 3, Jalan Merbok Alor Tembesu terkilan dan tidak bersetuju dengan tindakan pihak Indah Water Consortium yang dikatakan bertindak ibarat “marah nyamuk seekor kelambu dibakar”
yang menyebabkan 12 buah keluarga di taman itu terpaksa berkejar ke Masjid Tengku Intan Zaharan dan Sekolah Kebangsaan Sri Dungun dan Sekolah Kebangsaan Sultan Omar setiap kali membuang air besar dan kecil.

Saliran kumbahan yang selalu tersumbat dan tangki najis penuh kerap kali berlaku semenjak akhir tahun lalu menjadi semakin parah dua minggu lalu hinggakan tandas tidak boleh diguna langsung kerana melimpah dan rumah berbau najis.
Penduduk, Atikah Mohd Noor, 42, berkata, tidak tahan dengan masalah yang dihadapi beliau menghubungi pihak Indah Water Consortium meminta kerja mengepam tangki najis dilakukan namun pihak Indah Water Consortium mengatakan kerja mengepam najis tidak dilakukan kerana terdapat beberapa penduduk yang berkongsi tangki septik tidak membayar bil caj perkhidmatan sebanyak RM 16.00 setiap enam bulan yang dikenakan kepada setiap rumah di kawasan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan