search berita di sini

Terowong Bukit Tebuk bekas laluan keretapi bijih besi dicemari sampah, mangsa vandalism minta dikomersialkan

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
DUNGUN:           Sikap orang ramai yang menjadikan kawasan sekitar Bukit Tebuk sebagai tempat membuang sampah mencemarkan kawasan bersejaran itu yang pernah menjadi laluan keretapi bijih besi dari pengkalan di Sura jetty ke lobong bijih di bukit besi suatu ketika dahulu.
                 Megikut fakta sejarah erowong yang terletak di kampung che lijah dungun itu dibina semasa pembukaan lombong bijih dan timah padatahu 1935 dan siap sepenuhnya pada tahu 1936.Terewong bukit Tebuk digunakan sebagai laluan keretapi dari bukit besi ke pelabuhan di Kuala Dungun. Penggunaannya sebagai laluan keretapi telah dihentikansetelah penutupan pelombonhan bijih besi dan timah di bukit besi namun laluan bukit itu terus digunakan penduduk setempat untuk berulang alik dar bukit besi ke bandar dungun sebelum jalan yang ada sekarang ini dibina.
                Tinjauan Edisi Timur semalam mendapati lokasi bersejarah yang diwartakan sebagai sebuah lokasi bersejarah oleh pihak kerajaan itu bagaikan terabai tanpa ada pengawasan pihak bertanggungjawab dikesali penduduk dan pelancong yang berkunjung ke kawasan itu.
                Selain sampah berlonggokan di tepi jalan, keadaan jalan di dalam terowong rosak dan berlopak manakala dinding terowong pula dicemari dengan contengan tulisan dan cat oleh golongan tidak bertanggungjawab.
                Penduduk, Yahaya MUsa, 55, berkata, keadaan jalan yang rosak dan berlopak merbahaya kepada pengguna kenderaan yang melalui terowong sepanjang 15 meter itu.
                “Laluan ini seringkali menjadi laluan kepada penduduk di Kampung Padang Jambu dan Nibong untuk ke Jalan Utama Kuantan Terengganu bagi mengelak melalui jalan utama yang sibuk dengan pelbagai kenderaan.
                “Selain daripada jalan yang berlopak, lampu laluan dalam terowong juga kerap kali rosak menyebabkan lauan itu gelap gelita  amat merbahaya kepada pemandu kenderaan yang melalui laluan terowong itu.
                Pencinta sejarah yang ditemui wartawan di lokasi, Wan Noraini Wan Rahim, 37, berkata, pihak bertanggungjawab perlu membuat pemantauan dan mengambil langkah pemuliharaan kerana dengan keadaan lokasi yang dicemari sampah, dinding berconteng dan jalan berlopak-lopak ianya memberi imej yang kurang elok kepada orang ramai yang mengunjungi lokasi bersejarah itu. 
                “Terowong Bukit Tebuk mempunyai nilai sejarah yang tinggi kerana inilah satu-satunya terowong yang menjadi laluan keretapi yang mengangkut bijih dan pelombong suatu ketika dahulu dan masih kekal hingga ke hari ini selepas lombong bijih di Bukit Besi ditutup.
                Mustafa Ismail, 45, berkata, beliau percaya dengan adanya inisiatif daripada pihak yang bertanggungjawab, Terowong Bukit Tebuk akan dikunjungi ramai terutamanya pencinta sejarah.
                “Selain daripada mengambil inisiatif memastikan kawasan sekitar terowong dalam keadaan bersih pihak bertanggngjawab juga perlu menggiatkan lagi promosi kerana masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan sebuah terowong peninggalan sejarah yang menjadi laluan keretapi mengangkut bijih besi dari Bukit besi ke pengkalan di Sura Jetty dan mengangkut pelombong pekerja bijih dari Dungun ke lombong bijih di Bukit Besi suatu ketika dahulu.
                Penduduk  yang pernah bekerja sebagai pelombong bijih suatu ketika dahulu, Maimon Deraman, 67, berkata, beliau terkilan melihat terowong yang menyimpan pelbagai memori berharga kepada bekas pelombong yang pernah bekerja di syarikat lombong bijih di Bukit Besi seolah-olah tidak bernilai di mata generasi sekarang ini hinggakan menjadi kiri dan kanan jalan di sekitar terowong itu dipenuhi sampah.
                “Bagi mengelak kawasan di sekitar terowong daripada terus dicemari sampah yang dipercayai dibuang penduduk yang tinggal berdekatan, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan tegas kepada penduduk sekitar yang memlakukannya.
                “Salah satu penyebab kawasan berdekatan terowong itu dijadikan tempat pembuangan sampah ialah kerana tiada tong sampah disediakan PBT di kawasan rumah penduduk yang berhampiran.
                PIhak bertanggungjawab juga perlu menaik taraf jalan di dalam terowong yang rosak dan membuat pemantauan dari semasa ke semasa supaya kegiatan vandalism menconteng dinding terowong tidak terus berlaku yang sedikit sebanyak memberi imej yang kurang elok kepada pihak berkuasa tempatan sendiri.
                Mohd Zainunddin Pilus, 44, berkata, pihak bertanggungjawab sewajarnya membuat perancangan rapi bagi mengkomersialkan lagi lokasi bersejarah itu termasuk menyediakan fasiliti untuk kemudahan pengunjung yang datang melawat dan seterusnya menarik lebih ramai kedatangan pelancong.
                Dengan adanya perancangan yang rapi saya percaya lokasi ini akan dikunjungi ramai yang turut memberi limpahan rezeki kepada penduduk sekitar dan menyemarakkan lagi Dungun sebagai daerah pelancongan yang semakin terkenal kerana mempunyai keindahan semulajadi dan lokasi peninggalan sejarah perusahaan bijih besi suatu ketika dahulu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan