search berita di sini

Masjis Santong uzur, bau busuk najis kelawar

Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail
 
D
ungun: Penduduk di Kampung Santung di sini sedih dan bimbang keadaan masjid yang sentiasa dihidupkan dengan berbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan namun terlalu uzur dengan keadaan bumbung masjid yang pobek menjadi sarang kelawar hinggakan berbau busuk dan meloyakan.
Penduduk di Kampung Santong menggesa pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah segera membuat penambahbaikan masjid uzur yang sentiasa diimarahkan dengan pelbagai aktiviti itu.
Nordin Abu Bakar, 47, berkata beliau amat kecewa tiada kerja penambahbaikan dibuat semenjak masjid itu dibina pada tahun 1986 yang menyebabkan keadaan masjid  menjadi sebegitu uzur berbanding  masjid-masjid yang dibina serentak dengannya di kampung yang lain.
“Kami kesal walaupun sudah bertahun ahli jemaah menunaikan tuntutan agama dengan bau yang kurang menyenangkan dan berisiko ditimpa syiling yang robek, impian kami untuk memiliki masjid yang lebih selamat dan suci hanya tinggal angan-angan,’ katanya hampa.
Tinjauan Edisi Timur Berita Harian di masjid tersebut mendapati selain daripada berdepan dengan risiko keselamatan disebabkan syiling yang hampir roboh, keadaan di dalam dan luar bangunan juga amat dhoif dan kurang selesa dengan bau busuk tahi kelawar yang menyucuk hidung dan karpet yang dibasahi hujan.
Pengerusi JKKK Kampung Santong, Shafie Salleh, 53, yang juga Penasihat kepada AJK masjid berkenaan berkata atap masjid mula bocor semenjak 3 tahun lepas namun pada tahun ini lantai masjid boleh dikatakan sentiasa basah kerana hujan yang lebat dan berpanjangan berbanding tahun-tahun yang lepas
“Setiap kali hujan lebat turun berbelas besen diatur menadah air hujan daripada terus membasahi karpet yang memakan masa untuk kering dan berbau hapak walaupun hujan sudah berhenti berhari-hari lamanya.
“Ruang syiling masjid dikotori najis kelawar dan burung yang membuat sarang setelah syiling yang berlubang dan terkopak dibiarkan tanpa dibaiki
Beliau berkata, bau busuk menjadi semakin kuat bila musim hujan tiba kerana syiling dibasahi hujan dan udara menjadi lembab.
“Kami terpaksa menghidu bau najis yang kurang menyenangkan dan khuatir dengan kebersihan masjid setiap kali air menitik dari syiling yang dikotori najis kelawar.
“Sebelum ini pihak JKR beberapa kali datang meninjau keadaan keadaan masalah yang uzur tetapi sudah bertahun tiada apa penambahbaikan dibuat, masjid semakin uzur dan keadaan semakin hari semakin membimbangkan keselamatan penduduk di sini,” katanya.
Bilal masjid Che Ku Ngah Che Ku Mat, 53, berkata beliau bimbang dengan keadaan masjid yang sebegini dhoif, sedikit sebanyak kegiatan aktiviti mengimarahkan masjid turut akan terganggu terutama sekali kedatangan pihak luar untuk bersama-sama penduduk kampung di masjid ini.
Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan badan-badan swasta seperti Bomba dan Penyelamat Paka, PEKIDA dan lain-lain seringkali menganjurkan aktiviti bersama-sama penduduk kampung di masjid itu.
Diharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi membuat kerja membaikpulih keadaan masjid yang terlalu uzur ini terutama sekali mengganti tangki air dengan segera bagi mengelakkan terjadi kejadian yang tidak diingini.
Kami merayu pembinaan disegerakan kerana kami sudah tidak tahan dengan bau busuk dan amat tidak selesa dengan keadaan masjid yang terlalu uzur ini,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah, berkata, pembinaan masjid baru bagi menggantikan masjid yang uzur sudah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Masjid Peringkat Negeri.
                Beliau berharap pihak Jabatan Agama dan Jabatan Kerja Raya dapat menyegerakan pembinaan masjid memandangkan masjid yang sedia ada keadaannya terlalu uzur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan