Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
PAKA: Setelah bertahun bersesak di rumah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) setiap kali mengadakan majlis dan mesyuarat, penduduk Kampung Telaga Mas, kini lebih penduduk Kampung Telaga Mas yang melebihi 300 buah keluarga lebih berasa lega malah tersenyum lebar dengan pembinaan dewan serba guna dua tingkat berharga RM 200,000 yang sedang berjalan akhir bulan lalu dan dijangka siap sepenuhnya Julai nanti.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telaga, Ali Mohamad, 54, berkata walaupun menghadapi pelbagai kesulitan dengan ketiadaan dewan orang ramai, ianya tidak menjadi penghalang kepada penduduk Kampung Telaga Mas yang selama ini sentiasa aktif menganjur pelbagai program kemasyarakatan dan program bersama badan-badan kerajaan mahupun pertubuhan NGO dan swasta.
Dengan ketiadaan balai serba guna di Kampung Telaga Mas beliau dengan rela hati menjadikan rumah beliau sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan dan tempat bermesyuarat semenjak bertahun dahulu bagi memastikan program dan aktiviti kemayarakatan dapat dijayakan dengan sebaik yang mungkin.
“Kami bangga kerana impian dan harapan penduduk kampung untuk memiliki sebuah bangunan khas untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan akhirnya tercapai juga.
“Terima kasih kepada pejabat daerah Dungun yang prihatin dengan keperluan dan masalah yang dihadapi penduduk selama ini,” katanya.
Penduduk, Kamal Ismail, 52, umur penama kedua, berkata, dengan siapnya bangunan balai raya dua tingkat itu nanti penduduk kampung tidak perlu lagi bersesak di rumah pengerusi JKKK sebagaimana yang dialami bertahun-tahun lamanya.
“Sebelum ini program penganjuran program dan aktiviti kemasyarakatan terpaksa dihadkan bilangan jemputan kerana masalah ruang.
Wahid jusoh, umur penama ketiga, pertambahan bilangan pendudukyang seiring dengan pertambahan taman-taman perumahan di sekitar Kampung Telaga Mas, kemudahan balai raya serba guna yang selesa semestinya menjadi satu keperluan yang menjadi keutamaan.
“Kampung Telaga Mas tidak pernah sunyi dengan penganjuran pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan terutamanya anjuran JKKK Kampung bersama jabatan-jabatan kerajaan dan swasta,” katanya.
Penduduk ditemui dalam satu majlis penutup sambutan hari guru Tadika Kemas Kampung Telaga Mas dan penyampaian bantuan beras sumbangan Mtek Trading Sdn. Bhd iaitu sebuah syarikat kontraktor tempatan kepada penduduk miskin di rumah Pengerusi JKKK Kampung Telaga Mas yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah baru-baru ini.
Lebih 100 orang penduduk terpaksa bersesak di halaman rumah pengerusi JKK disebabkan ruang halaman yang sempit hinggakan sebahagian penduduk terpaksa berdiri sepanjang majlis yang berlangsung selama tiga jam itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan