search berita di sini

Trek Joging Bukit Bauk perlu kemudahan

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

PAKA:           Trek jogging Bukit Bauk yang mempunyai keunikan tersendiri kerana bukan sahaja menjadi tumpuan ornag ramai berjogging malah laluan yang dikelilingi pelbagai spesis hutan bernilai ratusan tahun itu malah menjadi tarikan kepada orang ramai untuk menikamati pemandangan bandar Dungun dan Paka yang cukup menarik dari ketinggian  1000 kaki dari aras laut.
Orang ramai yang terdiri pelbagai lapis usia mengunjugi trek jogging itu di waktu pagi dan petang menjadikan kawasan yang dibangunkan Pejabat Perhutanan berkonsepkan hutan semulajadi itu sungguh meriah di waktu pagi dan petang.

                Panorama bandar Dungun dikelilingi lautan dan kehijauan alam dan bandar industri petrokimia  Paka yang dapat dinikamati pengunjung dari ketinggian 1000 kaki dari aras laut menjadikan trek itu menjadi lokasi kunjungan  pencinta alam dari dalam danluar dari negeri ini.
                Tinjauan Edisi Timur mendapati terdapat longgokan sampah di beberapa tempat yang menjadi persinggahan pengunjung yang diantaranya di puncak Bukit berhampiran menara telekomunikasi.
                Pengunjung yang ditemui meminta pihak bertanggungjawab menyedia papan informasi di permulaan laluan untuk kemudahan orang rami mendapat makluman laluan itu selain menyediakan beberapa kemudahan lain yang sesuai.
                 Kakitangan awam yang ditemui di lokasi, Maidin Ali, 44, berkata, beliau tidak pernah berpeluang menikmati pemandangan daerah Dungun secantik pemandangan dari puncak Bukit bauk yang sungguh mengkagumkan.
                “Pemandangan seluas mata membolehkan pengunjung menyaksikan daerah Dungun yang yang dikelilingi bukit bukau dan air laut yang membiru.
                Dari puncak laluan jogging pengunjung dapat melihat dengan jelas bandar baru Paka yang terkenal dengan perkembangan perindustrian petrokimia dan perkampungan nelayan tradisional.
                 Mohd Noor Roslan, 44, berkata, beliau lebih suka beiadah bersama keluarga di laluan jogging Bukit Bauk kerana suasana di laluan itu jauh daripada keriuhan bandar yang sekaligus menjadikannya bebeza dengan pusat rekreasi yang lain di dungun.
                “Dengan kewujudan laluan jogging ini ianya menambah kawasan rekreasi yang sedia ada dan membantu merealisasikan hasrat kerajaan bagi menjadikan Dungun sebagai sebuah daerah pelancongan yang semakin dikenali ramai sebagai sebuah daerah yang mempunyai banyak tempat menarik,” katanya.
                Rakan bh, yang disiarkan akhbar Berita Harian sebelum ini, berkata, beliau memuji langkah Jabatan Perhutanan yang komited membangunkan laluan jogging Bukit Bauk yang semakin dikenali ramai.
                Sementara itu seorang pengunjung, Seri Noor, 31, berkata, sebuah papan informasi berkaitan laluan jogging perlu dibina pihak Jabatan Perhutanan di permulan laluan jogging itu bagi membolehkan pengunjung mendapat latar belakang dan informasi yang berguna berkaitan laluan itu.
“Disebabkan tiada papan informasi diletakkan, tidak ramai yang tahu bahawa laluan jogging yang bermula dari kaki Bukit Bauk berhampiran Jalan Utama Terengganu Kuantan akan berakhir di kawasan pantai Sura Hujung melalui  Tanjung Gadong.
                “Pihak Jabatan Perhutanan perlu menyediakan beberapa tong sampah di laluan jogging itu untuk memastikan laluan jogging sentiasa bersih dan mengelak orang ramai membuang sampah di merata tempat.
                “Disebabkan tiada tong sampah disediakan, terdapat sampah berlonggokan di beberapa tempat di sepanjang laluan terutamanya di puncak Bukit Bauk yang berhampiran menara telekomunukasi.
                “Dengan penyediaan kemudahan yang bersesuaian dan promosi yang dijalankan saya percaya lebih ramai pengunjung akan berkunjung ke sini,” katanya.END
 Caption:
603: 582: pengunjung dapat menikmati pemandang bandar baru industri petrokimia Paka dari puncak trek logging bukit bauk
608: seorang pengunjung melihat longgokan sampah di puncak trek jogging bukit bauk
612: puncak trek jogging dicemari sampah kerana tiada tong sampah disediakan.
625: 608:pengunjung dapat menikmati pemandangan bandar dungun yang dikelilingi laur dan bukit bukau dari puncak trek jogging Bukit Bauk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan