search berita di sini

Karnival komuniti Kampung Batu Tiong meriah
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
terengganukuonline.blogspot.com
DUNGUN:            Karnival komuniti Kampung Batu Tiong anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) dan Kelab Rukuntetangga (KRT) Kampung Batu Tiong meriah dengan penganjuran sukan rakyat dan penyertaan lebih 100  peserta dalam pertandingan memancing  ikan air tawar yang dianjurkan selama dua hari.
                Karnival Komuniti peringkat kampung itu dijadikan sebagai acara tahunan semenjak  semenjak empat tahun lalu bagi mengeratkan perpaduan dan semamangat kejiranan tanpa mengira fahaman politik di kalangan penduduk kampung Batu Tiong yang merupakan sebuah kampung yang pesat membangun semenjak beberapa tahun lalu dan mempunyai penduduk melebihi 2000.
                Seawal jam 8.00 pagi para penduduk kampung berderet di tebing Sungai Batu Tiong mempamerkan kemahiran masing-masing di sungai itu yang pernah dikenali ramai suatu ketika dahulu di kalangan kaki pancing kerana menjadi lubuk ikan air tawar.
                Peserta pertandingan Ahmad Abd Aziz, 44, berkata, pertandingan memancing secara tradisional dengan menggunakan batang kayu sebagai batang pancing sungguh menarik dan memberi peluang kepada penduduk kampung yang berminat.
                “Walaupun para peserta menghadapi kesukaran menaikkan ikan dalam masa diberi iaitu 3 jam kerana air menjadi payau setelah air pasang para peserta tidak meninggalkan tebing hinggalah masa pertandingan ditutup paja jam 11.00 pagi,” katanya.
                Di hari kedua karnival pelbagai acara sukan rakyat dianjurkan termasuk pertandingan mengopek dan makan buah durian, pertandingan menghias makanan, tarik tali wanita yang dipertandingkan mengikut  kategori kanak-kanak, wanita, pemuda dan juga warga emas.
                Warga emas, Hasnah Ali, 54, berkata, beliau terut menyertai pertandingan yang diadakan bagi memanfaatkan peluang mengeratkan hubungan silaturrahim dan berkenal-kenalan dengan penduduk yang baru tinggal di kampung ini.
                “Sejak tiga tahun lalu bilangan penduduk di kampung ini semakin bertambah dengan pembinaan rumah yang tumbuh bagaikan cendawan hasil perlaksanaan projek-projek kemudahan seperti pembinaan jalan yang lebih selesa dan juga penyediaan lot-lot tanah perumahan kepada golongan generasi kedua.
                “Aktiviti kemyarakatan seperti ini memberi peluang kepada penduduk-penduduk kampung khususnya kepada mereka yang baru tinggal di kampung ini.
Pengerusi JKKK Kampung Batu Tiong, Rusli Che. Hassan, 43, berkata, pertandingan memancing di Sungai Batu Tiong dan sukan rakyat adalah antara acara tahunan JKKK dan KRT Kampung Batu Tiong bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk Kampung Batu Tiong.
                “Kita berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan penduduk kampung yang sanggup berpanas lebih tiga jam menyertai pertandingan memancing yang dianjurkan.
                “Kita juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Berita Harian dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Dungun, Datok Dr. Rosli Mat Hasan yang sudi menaja sebanyak 300 naskhah akhbar Berita Harian untuk diagihkan kepada penduduk kampung pada hari pertama karnival ini diadakan,” katanya. END.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan