Bantuan persekolahan rahmat bagi pelajar yang kurang berkemampuan]
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
terengganukuonline.blpgspot.com
terengganukuonline.blpgspot.com
PAKA: Bagi memastikan peluang pelajaran dapat dinikmati semua rakyat kerajaan negeri Terengganu menyalurkan berbagai kemudahan dan bantuan pada setiap tahun termasuk menyediakan bantuan pakaian persekolahan dan bantuan alat bantuan pembelajaran e-book
Pada tahun ini seramai pelajar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka menerima bantuan pakaian persekolahan berbentuk wang tunai sebanyak RM 100 seorang dengan jumlah peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM 490, 000.00 sekaligus menjadikan Dun Paka sebagai Dun yang paling banyak menerima peruntukan berbanding Dun-Dun lain di negeri Terengganu.
Bantuan persekolahan serta Sumbangan e-book daripada kerajaan negeri teramat itu amat bermakna kepada para pelajar bgi meningkatkan pencapaian akademik lebih-lebih lagi kepada dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Ibu tunggal, Yati Anjela Dewi Abdullah, 44, berkata, beliau terharu dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak kerajaan negeri dengan sumbangan e book yang diterima anaknya.
“Bagi golongan yang berkemampuan mereka tidak menghadapi masalah untuk menyediakan kemudahan komputer dan sebagainya namun bagi golongan kurang berkemampuan seperti saya sumbangan yang diterima amat besar nilainya.
“Ibu mana yang tidak mahu memenuhi keperluan pendidikan anak-anak namun dengan pendapatan RM 400 sebulan sebagai penjual surat khabar amat sukar untuk saya memenuhi keperluan persekolahan 4 orang anak yang masih belajar apatah lagi membeli alatan bantuan pembajaran seperti e-book.
“Saya bersyukur pada tahun ini saya mendapat bantuan untuk membeli pakaian sekolah dan e-book dari kerajaan negeri Terengganu.
“Sebelum ini hanya mendengar bahawa kerajaan negeri menyumbangkan alat bantu belajar e book kepada murid-murid sekolah namun pada hari ini beliau berasa bangga kerana anak beliau menerima sumbangan e book yang disampaikan menteri besar sendiri ,” kata beliau
Warga hilang penglihatan, Mohd Abdul Nasir Abdul Malek, 44, berkata, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih dengan kepritinan kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpanan Menteri Besar Datok Ahmad Said yang memandang berat keperluan pembelajaran anak-anak negeri Terengganu.
“Saya difahamkan peruntukan e book tidak dinikmati oleh murid-murid selain di negeri Terengganu sahaja.
Selain menjadikan pelajar celik IT yang menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan, ianya juga memberi suntikan semangat kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dengan sumbangan yang diterima,” kata beliau yang mengusahakan rawatan urutan fefleksologi di rumah setelah hilang penglihatan 4 tahun lalu.
Ibrahim Nasir, 54, berkata, bantuan persekolah pakaian sekolah yang diterima sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan bagi menanggung persekolahan empat orang anak beliau.
“Dengan pendapatan tidak menentu sebagai seorang buruh kasar saya bersyukur dan berterima kasih dengan keprihatinan pihak kerajaan negeri .
Murid kurang upaya, Mohd Firdaus Abdul Rahman, 11, berkata, beliau gembira menerima e-book dan akan mengguna kemudahan alat bantu belajar dengan sebaik yang mungkin untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti.
“Saya bertekad mencapai kecemerlangan dalam pelajaran untuk mencapai cita-cita menjadi seorang doktor,” kata beliau yang mengalami kesukaran bergerak berpunca daripada masalah saraf semenjak dari kecil.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Zakaria Abdullah, berkata, pada tahun ini bantuan pakaian persekolahan kepada pelajar diberi dalam bentuk wang tunai tidak sebagaimana tahun lepas yang diberi dalam bentuk pakaian bagi mengelak berlaku pakaian yang dibekal tidak sepadan dengan saiz badan pelajar.
“Kita bersyukur kerana Paka mendapat peruntukan bantuan persekolah lebih banyak pada tahun ini berbanding tahun lepas yang membolehkan banyak keluarga yang kurang berkemampuan mendapat bantuan.
Majlis pengagihan bantuan persekolah dan pengagihan e-book kepada 1109 murid sekolah-sekolah dalam Dun Paka yang disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu Datok Ahmad Said di Dewan Anggerik Sekolah Menengah Kebangsaan Paka baru-baru ini turut dihadiri Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu; Razali Daud, ADUN Paka; Mohd Ariffin Abdullah serta ketua-ketua jabatan kerajaan. End.
Caption:
0431: Mohd Firdaus Abdul Rahman
0439: ibu tunggal bekerja sebagai penjual surat khabar, Yati Anjela Dewi Abdullah
0451: 0459: Ibu bapa pelajar di DUN PAka memnuhi dewan di Sek MEn Paka mnenerima bantuan pakaian sekolah
0475: warga hilang pemnglihatan terharu terima e book dan bantuan pakaian sekolah anak
0482: Mohd Abdul Nasir Abdul MAlek
0425: Menteri Besar Terengganu, Datok Ahmad Said menyampaikan e book kepada pelajar di DUN Paka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan