MENGAPA KITA TERHENTI BEBERAPA KETIKA MEMBACA ARTICLE INI>>!!!
'Jangan tertekan surat sokongan mohon tender'
Oleh Zainab Mohd Yatim
2010/07/07
KUALA LUMPUR: Pegawai yang meluluskan tender atau kontrak kerajaan tidak seharusnya melihat surat sokongan orang kenamaan termasuk menteri atau Ahli Parlimen sebagai tekanan dalam melaksanakan tugas mereka mengikut dasar dan peraturan ditetapkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menegaskan, jika surat sokongan itu menyatakan sila pertimbangkan, maka bermaksud ia hanya setakat untuk pertimbangannya, bukan diluluskan secara melulu tanpa dinilai sewajarnya.
Surat sokongan tidak seharusnya memberi tekanan kepada pegawai kerajaan hingga terpaksa melanggar dasar pemerolehan, katanya pada Sidang Kemuncak Tadbir Urus Korporat Kedua 2010 di sini, semalam.
Ia anjuran bersama Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG), Pakatan Tadbir Urus Korporat Malaysia (MACD) dan Asian World Summit Sdn Bhd.
Idris yang memberi taklimat mengenai Program Transformasi Kerajaan (GTK) berkata, langkah memulihkan peranan sektor awam adalah satu daripada perkara yang diberikan keutamaan dalam GTK.
Beliau yang juga Ketua Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), berkata kerajaan sudah melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan penipuan dan rasuah di negara ini.
Ini, termasuk mengguna pakai sistem tender terbuka untuk memastikan ketelusan dalam pemberian kontrak kerajaan, membuka maklumat mengenai tender kerajaan kepada rakyat seperti menerusi laman web, dan meluluskan Akta Perlindungan Kepada Pemberi Maklumat 2010.
Pada sesi soal jawab mengenai tadbir urus korporat yang dikatakan gagal dilaksanakan, Idris menggariskan tiga langkah mencapai tahap tadbir urus korporat lebih baik.
Lantik Ketua Eksekutif (CEO) yang terbaik, pastikan mesyuarat Lembaga Pengarah menghasilkan keputusan bermakna dan tidak membosankan serta memberikan lebih banyak keputusan yang membawa manfaat kepada syarikat dan pastikan perniagaan dikawal seperti kawalan audit untuk elak penyelewengan, katanya.
Beliau juga menegaskan, mesyuarat Lembaga Pengarah tidak perlu bertumpu dan berpanjangan hanya membuat strategi pengurusan syarikat, tanpa menyentuh langkah pelaksanaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan