Kemudahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) di bawah Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM 1, 500 bagi seorang pelajar itu bertujuan bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung pelajar untuk memulakan pengajian di peringkat pengajian tinggi.
Pelajar kurang upaya, Ainon Mohamad, 20, berkata, sudah semestinya beliau gembira menerima wang wang pendahuluan yang membolehkan beliau membeli kelengkapan pelajaran lebih-lebih lagi dengan kesuntukan kewangan yang dihadapi keluarganya. “Setelah mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran saya berasa agak rungsing memikirkan perbelanjaan yang perlu disediakan namun dengan bantuan yang diterima pada hari ini saya tidak lagi rungsing. “Dengan bilangan adik beradik yang ramai dan bergantung kepada pendapatan bapa sebagai seorang buruh kasar saya perlu berjimat cermat menggunakan wang pendahuluan yang diterima dengan berbelanja apa yang perlu menunggu pinjaman penuh diluluskan. “Apa yang penting, impian saya untuk berjaya dalam hidup semakin cerah dengan dapat mencecak kaki ke menara gading untuk membela nasib keluarga dan seterusnya meringankan bebanan keluarga dengan menanggung pembelajaran adik-adik. “Saya mahu membuktikan bahawa kemiskinan keluarga dan kekurangan diri tidak menghalang saya untuk mencapai kejayaan dan berjaya dalam pelajaran,” katanya penuh semangat. Beliau yang menghadapi pergerakan terbatas semenjak kecil disebabkan tulang kaki yang bengkok melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengurusan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan bekasa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paka. Tan Sian Yee, 19, berkata, kemudahan pendahuluan pinjaman membantu beliau untuk menyediakan kelengkapan pembelajaran dengan sempurna. “Saya telah melunaskam yuran pendaftaran sebanyak RM 1, 615.00 di hari pendaftaran tempoh hari. “Tiada alasan untuk golongan remaja mensia-siakan masa dan peluang yang ada setelah pihak kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dari peringkat tadika hinggalah ke peringkat universiti. “Amat malang kepada golongan remaja tidak merebut peluang yang ada untuk belajar dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu sebaik yang mungkin untuk masa depan diri sendiri dan membanlas jasa keluarga seterusnya berbakti kepada negara,” kata beliau yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Chong Hwa Wee Seng dan melanjutkan pelajaran peringkat sarjana muda dalam bidang Mikrobiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Lebih 1000 pelajar dan ibu bapa pelajar menghadiri majlis penyampaian wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Negara (PTPTN) yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh di Dewan Balai Orang Ramai Ketengah Jaya baru-baru ini. Wakil PTPTN, Hasliza Abdul Latif, berkata, disamping menyediakan pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN juga menyediakan kemudahan wang pendahuluan pembiayaan khusus kepada pelajar-pelajar baru IPTA untuk persiapan ke IPT. “Mulai 2010, PTPTN memperluaskan skop penyediaan kemudahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) kepada pelajar-pelajar yang ditawarkan tempat mengikuti program diploma di Politeknik di samping skop sedia ada untuk pelajar-pelajar yang mendapat tempat di IPTA. “Sehingga kini sebanyak RM 428 123 waran WPP telah ditunaikan dengan jumlah sebanyak 623.5 juta. “Bagi kemasukan Jun 2010 lepasan STPM seramai 52 ribu pelajar telah memenuhi syarat dan ditawarkan WPP ini dengan melibatkan peruntukan sebanyak 78.5 juta. “Manakala bagi Parlimen Dungun seramai 205 pelajar telah ditawarkan WPP ini dengan peruntukan sebanyak RM 307 005 “Secara keseluruhan bagi negeri Terengganu, seramai 2 205 pelajar telah ditawarkan WPP ini. “Pelajar-pelajar yang menerima WPP ini diharap dapat berjimat cermat dan berbelanja dengan tujuan yang betul kerana WPP ini adalah sebahagian daripada pembiayaan pendidikan yang akan diluluskan. PTPTN akan menyelaraskan jumlah ini dengan cara memotong jumlah pinjaman yang akan dikeluarkan pada setiap semester ke dua dan berikutnya atas kadar RM 500 pada setiap semester. “Para penerima pinjaman dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat CGPA 2.0 dan ke atas. “Sekiranya pelajar mendapat CGPA 2.0 ke bawah wang pinjaman PTPTN pelajar akan ditahan pada semester berikutnya,” katanya.END YANG ARIF, ANGKA INI TELAH DI SEMAK BEBERAPA KALI DAN DISAHKAN BETUL. SEKIAN TERIMA KASIH Caption: 10911: 10916: 10936: 10938: Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh menyampaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) kepada pelajar diperhatikan Idris Bidin, Penolong Pegawai Pelajaran daerah Dungun. 10944: penerima WPP, Ainon Mohamad, 19, 10946: Penerima WPP, Tan Sian Yee, 19 Pelajar IPTA menerima bayaran pendahuluan PTPTN Parlimen Dungun di Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan