AADK Terengganu tubuh 2 buah Pusat Khidmat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (PKAADK)
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
terengganukuonline.blogspot.com
DUNGUN: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu mewujudkan dua buah Pusat Komuniti untuk rujukan ibu bapa yang mempunyai ahli keluarga yang bermasalah ketagihan dadah dan sebagai tempat tinggal kepada bekas penagih yang enggan diterima ahli keluarga dan masyarakat setelah keluar dari pusat pemulihan (PUSPEN).
Penubuhan 2 buah pusat komuniti yang beroperasi awal Julai lalu di dua buah bangunan sementara di Jalan Pusara Kuala Terengganu dan di Taman Che Ngah Ajil Hulu Terengganu itu dapat mengelak bekas penagih yang hilang arah kerana disishkan masyarakat terjebak semula ke dalam kancah penagihan dadah.
Pengarah AADK Negeri Terengganu, Wan Addenan Wan Mohd Noor, berkata, penubuhan PKAADK selaras dengan pendekatan Care and Cure (C & C) agensi itu yang dilancarkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datok Wira Abu Samah pada 26.6.2010 sekaligus sebagai usaha AADK negeri Terengganu dalam mencapai misi negara bebas dadah pada 2015.
Katanya, PKAADK berfungsi menjadi tempat kepada bekas penagih yang disisihkan keluarga dan masyarakat mendapat tempat perlindungan bagi mengelak mereka berpeleseran dan terjebak semula dengah penyalahgunaan dadah.
“Kita amat sedih melihat bekas penagih yang keluar dari pusat pemulihan dan telah pulih daripada penagihan dadah pulang dengan azam yang baru hilang arah kerana sebahagian daripada mereka disisihkan masyarakat malah sebahagiannya sememangnya tidak mempunyai tempat tinggal.
Bagi mengelakkan mereka mencari semula rakan-rakan penagih yang menyebabkan mereka terjebak semula dengan penagihan dadah kita menyediakan PKAADK untuk mereka.
“PKAADK turut menerima penagih yang datang secara sukarela mendapatkan rawatan untuk berhenti menagih dadah dengan mematuhi syarat yang ditetapkan AADK yang diantaranya tidak mempunyai masalah mental, bebas daripada penyakit kronik seperti AIDS dan HIV kerana kita adalah pusat komuniti untuk pemulihan yang disediakan kerajaan bukannya pusat kebajikan.
“Sekarang ini kita mempunyai 5 resident di PKAADK, kita memanggil mereka sebagai ‘resident’ berbanding panggilan ‘penghuni’ untuk tahanan di pusat serenti.
“Perbezaan paling nyata antara PUSPEN dan PKAADK ialah di PUSPEN semua yang berada di sana adalah melalui tangkapan dan juga sukarela dengan setiap penghuni perlu patuh dan tertakluk di bawah akta-akta penagih dadah.
Manakala di PKAADK konsep yang diguna pakai adalah lebih mesra seperti di hospital, resident yang datang secara sukarela untuk mendapatkan rawatan pada bila-bila masa boleh keluar daripada PKAADK apabila sudah pulih daripada gejala penagihan dadah.
“Penagih yang ingin berhenti boleh datang pada bila-bila masa dan adalah lebih baik pihak keluarga sendiri datang bersama-sama penagih.
Resident di PKAADK tinggal dalam suasana sebuah keluarga dengan disediakan prasarana mencukupi dan uniknya mereka dibenarkan bekerja dalam masyarakat.
“Kita akan berbincang dengan Datok Seri Ahmad Said untuk mendapatkan beberapa projek dan membuat kerjasama dengan beberapa syarikat dan agensi seperti MAIDAM untuk menyediakan kemahiran dan pekerjaan kepada resident di PKAADK.
“Setiap PKAADK yang ditubuh berkonsepkan rumah dengan mempunyai bilangan resident antara 20 hingga 30 resident untuk menyenangkan pegawai AADK memberi bimbingan kepada mereka.
“Buat masa ini kita hanya menerima resident lelaki sahaja dan bagi menambah bilangan PKAADK, saya menggesa kepada masyarakat, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin masyarakat bersama-sama mewujudkan PKAADK.
“Kepada pihak yang berminat khususnya mereka yang mempunyai rumah atau bangunan untuk dijadikan PKAADK di kawasan masing-masing untuk memberi ruang bekas penagih yang tersisih dari masyarakat kita bersedia bekerjasama.
DItanya mengenai hala tuju AADK negeri Terengganu dan perancangan beliau setelah memulakan tuagas sebagai pengarah AADK negeri pertengahan Jun lalu, beliau berkata pada mesyuarat Majlis Tindakan Menangani Dadah (MTMD) 24 Ogos nanti yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Terengganu; Datok Seri Ahmad Said nanti perbincangan gerak kerja akan dibuat termasuk memohon tanah untuk dibina bangunan khusus untuk PKAADK.
“Selain penubuhan PKAADK kita juga menyeru pihak berkuasa tempatan, NGO serta mana-mana pihak membantu AADK menubuhkan rumah-rumah komuniti di kawasan masing-masing bagi membolehkan bekas-bekas penagih dapat berdikari serta tidak terjebak semula dengan gejala penagihan dadah dan membantu penagih yang bertekad ingin berubah. END
3705: 3706: Pengarah Agensi Ati Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu, Wan Addenan Wan Mohd Noor (barisan belakang, empat dari kanan) bersama pemenang kejohanan badminton tahunan AADK negeri Terengganu yang berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negara (MSN) Balai Besar Dungun.
3702: 3701: 3703: pengarah AADK negeri Teregganu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan